Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Polis Pukul Anjing Milik Gelandangan Sehingga Mati Di Depan Khalayak Posted: 07 Jun 2014 04:51 PM PDT Bagi pencinta haiwan, anjing sering dianggap sebagai kawan baik manusia dan kesetiaan anjing pada tuannya memang tiada berbelah bahagi..Namun, tindakan kejam sekumpulan penguatkuasa di China yang memukul anjing milik seorang gelandangan ini sehingga mati telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas rakaman foto tersebut tersebar meluas di Internet.. ![]() ![]() Situasi ini dikatakan telah dirakam sekitar bulan Mac dimana seorang warga Internet telah mengirim gambar di laman sosial Weibo tentang suatu kejadian yang berlaku di persimpangan jalan Langzhong Tianshanggong di wilayah Sichuan di mana seekor anjing milik seorang lelaki gelandangan telah dipukul sehingga mati oleh polis. Dari gambar-gambar yang dilampirkan, ia jelas menunjukkan seorang lelaki gelandangan berpakaian kelabu yang duduk di tepi jalan sambil memegang rantai besi di tangannya. Di sebelahnya terdapat dua orang pegawai polis yang berpakaian seragam memegang sejenis pencangkuk keluli dan pemyodok, di dalam proses untuk membunuh anjing tersebut. Menurut saksi yang ditemubual iaitu En. Wang yang menyaksikan insiden tersebut, mengimbas semula sebelum berlakunya kejadian itu, lelaki gelandangan terbabit hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pegawai polis dari balai polis daerah berdekatan tiba dan bertanyakan beberapa soalan kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu katanya masih berdiam diri walaupun disoal. Tidak lama kemudian, pihak polis mengeluarkan alatan mereka dan memukul anjing tersebut. ![]() ![]() ![]() ![]() posted@malaysiasensasi.net |
Belajar Mencipta Lagu Hanya Dalam 1 Hari Posted: 07 Jun 2014 04:28 PM PDT ![]() Mahu belajar mencipta lagu, asas nyanyian dan menulis lirik yang puitis?. Akademi Komposer akan menganjurkan kursus Mencipta Lagu - Hanya dalam 1 hari anda akan mampu menulis lagu. Benar hanya 1 hari sahaja. Kursus ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh komposer terkenal Adinda Amiro..Keterangan lanjut sila KLIK SINI posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment