Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Tanda Tangan Termahal Jimi Hendrix
- Wanita Indonesia Lahirkan Cicak Tokek
- Malaysia Takkan Henti Cari Gareth Huntley
Tanda Tangan Termahal Jimi Hendrix Posted: 01 Jun 2014 10:25 AM PDT Jimi adalah seorang gitaris, penyanyi dan penulis lagu, berasal dari Amerika Syarikat. Dia ialah seorang yang penting dan berpengaruh dalam sejarah dan perkembangan muzik popular di dunia. Jimi meninggal dunia pada 18 September 1970 dalam bilik di sebuah hotel di London. Namun tahukan anda? Tanda tangan Jimi Hendrix yang terdapat pada sebuah kertas bernilai 41,000 poundsterling. |
Wanita Indonesia Lahirkan Cicak Tokek Posted: 01 Jun 2014 10:22 AM PDT Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengemparkan penduduk perkampungan itu apabila melahirkan cicak tokek atau gecko. Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah ini. Cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana itu. Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu. Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan. "Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam," katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan. Katanya, kira-kira pukul 5.30 pagi, Nelci mengalami kesakitan dan dibantu untuk bersalin. "Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek," katanya. Sementara itu, Josephine yang tidak pernah berdepan pengalaman seperti itu berkata, dia terkejut melihat haiwan itu keluar dari rahim Nelci. Beliau kemudian membawa cicak tokek itu ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa. "Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama," katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Malaysia Takkan Henti Cari Gareth Huntley Posted: 01 Jun 2014 10:20 AM PDT Malaysia memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Pulau Tioman Selasa lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Pertahanan itu berkata isu kehilangan lelaki itu telah dibincangkan di mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari UK, Philip Hammond di Singapura di luar sidang, Shangri La Dialogue yang baru selesai. Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat peringkat Menteri Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) kesembilan di sini, Ahad. Menurut siasatan Polis Diraja Malaysia, tidak ada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes warga Britain yang hilang itu. Namun, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan, katanya. Huntley, yang dikatakan bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan hilang setelah pergi ke Air Terjun Lubuk Teja pada hari tersebut. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment