Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya
Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya |
- Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya
- (GAMBAR) Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya MEX
- GAMBAR: JAIS Serbu Perkahwinan Hindu Libatkan Pengantin Islam!
- Gempar: Pemaju Beli Ais Kepal Semangkuk RM80,000?
- Suami Erma Fatima, Bade Kahwin Lagi
- Pembantu Rumah Fasha Sandha Kena Hukuman Penjara
Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya Posted: 31 May 2014 08:23 PM PDT Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya| Pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan suaminya, Noor Farhan Che Bakar bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, baru-baru ini. Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu. Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu. Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula. Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.
Hmm, mungkinkah dalam erti kata lain video ini ingin mengatakan yang Farhan gemar berpelesaran sehingga menyebabkan rumah tangga Abby dan Farhan goyah walaupun usia perkahwinan mereka baharu sahaja mencecah 10 bulan? – MYNEWSHUB.MY |
(GAMBAR) Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya MEX Posted: 31 May 2014 08:20 PM PDT (GAMBAR) Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya MEX| Dua maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta di Km17 arah selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan di Lebuhraya MEX kira-kira jam 2 petang tadi. Menurut sumber,kejadian itu berlaku disebabkan kenderaan tersebut dipandu laju lalu terbabas dan merempuh lereng bukit di tepi lebuhraya.Mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.-mynewshub |
GAMBAR: JAIS Serbu Perkahwinan Hindu Libatkan Pengantin Islam! Posted: 31 May 2014 08:18 PM PDT GAMBAR: JAIS Serbu Perkahwinan Hindu Libatkan Pengantin Islam!| Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.-mynewshub |
Gempar: Pemaju Beli Ais Kepal Semangkuk RM80,000? Posted: 31 May 2014 08:15 PM PDT Gempar: Pemaju Beli Ais Kepal Semangkuk RM80,000?| Seorang pemaju perumahan sanggup membeli semangkuk ais kepal pada harga RM80,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2014 di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini, semalam. Ahli perniagaan terbabit yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng menyifatkan pembelian dilakukan itu sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan YSB khusus untuk membantu golongan kurang upaya di negeri ini. Dia yang ditemui berkata, ais kepal dibelinya itu dari gerai jualan amal di karnival berkenaan dianggap paling mahal pernah dibeli sejak lima tahun lalu.
Alhamdulillah semoga murah rezeki buat pemaju ini. |
Suami Erma Fatima, Bade Kahwin Lagi Posted: 31 May 2014 08:12 PM PDT Suami Erma Fatima, Bade Kahwin Lagi | Akhbar tempatan tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini. Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor. Wartawan dalam laporan itu juga mendakwa mereka telah menerima gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut walaupun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari Bade mahu pun Erma Fatima sendiri menemui jalan buntu.
Erma Fatima kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya. -rotikaya |
Pembantu Rumah Fasha Sandha Kena Hukuman Penjara Posted: 31 May 2014 08:09 PM PDT Pembantu Rumah Fasha Sandha Kena Hukuman Penjara | Dua pembantu rumah pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di kediaman mereka di Duta Suria, Ampang sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu. Nilawati dan Sri Maniami masing-masing berasal dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya itu.
Kedua dua mereka yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan & berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga. Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya.-rotikaya |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment