Live Streaming Uruguay vs England Piala Dunia Brazil 2014 – 20 Jun 2014
Live Streaming Uruguay vs England Piala Dunia Brazil 2014 – 20 Jun 2014 |
- Live Streaming Uruguay vs England Piala Dunia Brazil 2014 – 20 Jun 2014
- Siaran Langsung Colombia Vs Ivory Coast Piala Dunia 20 Jun 2014
- Video Facebook Tergendala Tidak Dapat Dibuka 19 Jun 2014
- Isu Nabila Tukar Agama, Amy Search Tidak Mahu Ambil Tahu
- Berita Terkini : Penumpang MH370 Akan Dibebaskan Sebelum Ramadhan?
- Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan Dan Dipijak
- Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami
- Punca Blogger Syuhada Baharudin Meninggal Dunia
- Punca Penemuan Naga Putih Di Johor Bahru
- Raja Azmi Mengaku Berhijab Kerana Bisnes Tudung
Live Streaming Uruguay vs England Piala Dunia Brazil 2014 – 20 Jun 2014 Posted: 19 Jun 2014 01:31 AM PDT Live Streaming Uruguay vs England Piala Dunia Brazil 2014 – 20 Jun 2014 | Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 dari kumpulan D iaitu pertembungan diantara pasukan Uruguay dan England pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Siaran langsung perlawanan boleh ditonton melalui link yang disenaraikan di bawah. |
Siaran Langsung Colombia Vs Ivory Coast Piala Dunia 20 Jun 2014 Posted: 19 Jun 2014 12:58 AM PDT Siaran Langsung Colombia Vs Ivory Coast Piala Dunia 20 Jun 2014 | Siaran Langsung Colombia Vs Ivory Coast Piala Dunia 20 Jun 2014 (Jumaat) | Adakah kejutan akan bakal berlaku pagi ini susulan dari tersingkirnya juara bertahan, Sepanyol dan wakil Asia, Australia pagi tadi. Colombia dan Ivory Coast yang masing-masing menang perlawanan pertama mereka kan cuba mengelak kekalahan pada pagi ini jam 1200 pagi bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2014.
Berikut adalah jadual penuh perlawanan pagi ini 20 Jun 2014 beserta dengan jadual siaran langsung (LIVE) perlawanan di RTM dan Astro. 00:00MYT Colombia v Cote d'Ivoire (Ivory Coast) (Group C) – Astro CH801 & CH821
Siaran Langsung Colombia Vs Ivory Coast Piala Dunia 20 Jun 2014 | Live Streaming FIFA World Cup 2014: Server 1
|
Video Facebook Tergendala Tidak Dapat Dibuka 19 Jun 2014 Posted: 19 Jun 2014 12:32 AM PDT Facebook Tergendala Tidak Dapat Dibuka 19 Jun 2014 | Facebook tergendala tidak dapat dibuka pada 19 Jun 2014. Pengguna laman sosial terutamanya Facebook akan mengalami gangguan atau kegagalan akses terhadap laman berkenaan berikutan masalah server. Dalam pada masa yang sama, pihak Facebook akan membaik pulih laman tersebut dalam masa yang terdekat.
Pengguna media sosial menggunakan platform Twitter dan Instagram untuk bergosip tentangnya. - sumber -
|
Isu Nabila Tukar Agama, Amy Search Tidak Mahu Ambil Tahu Posted: 19 Jun 2014 12:24 AM PDT Isu Nabila Tukar Agama, Amy Search Tidak Mahu Ambil Tahu | Saya hanya tahu mengenai berita (peminat ajak tukar agama) itu semalam…Itu pun selepas membacanya di media.
Itu jawapan yang diberikan kepada Amy Search, bapa kepada pelakon Nabila Huda berikutan seorang peminat yang mengajak anaknya itu menukar agama.
Nabila Huda kini berada di Barcelona bercuti bersama kekasihnya. – sumber - |
Berita Terkini : Penumpang MH370 Akan Dibebaskan Sebelum Ramadhan? Posted: 18 Jun 2014 04:56 PM PDT Berita Terkini : Penumpang MH370 Akan Dibebaskan Sebelum Ramadhan? | Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370: Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia. Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup. Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.
- Sharifah Sofia Syed Rashid - sumber - |
Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan Dan Dipijak Posted: 18 Jun 2014 02:49 PM PDT Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan Dan Dipijak | Ditumbuk bertalu-talu sebelum dipijak di kepala. Itu pengalaman pahit yang dilalui seorang jurugambar Utusan Malaysia ketika sedang membuat tugasan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, jurugambar tersebut, Irwan Majid, 31, cedera di kepala dan tangan kiri selepas dibelasah dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis heroin. Salah seorang suspek dikatakan suami kepada wanita terbabit. Menceritakan detik-detik cemas itu, Irwan berkata, kejadian berlaku ketika dia serta dua lagi rakan pemberita sedang merakam gambar tertuduh yang diiringi keluar dari mahkamah.
Beberapa anggota polis yang melihat insiden tersebut segera meleraikan pergaduhan manakala Irwan sempat menangkap suspek yang bergelut dengannya dengan cara memaut leher lelaki berkenaan. Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang memijak kepalanya berjaya melarikan diri. Selain itu, kamera mangsa turut pecah selepas terjatuh ketika dia dibelasah dua suspek berkenaan. Irwan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ber-usia 46 tahun yang ditangkap akan direman untuk membantu siasatan.
|
Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami Posted: 18 Jun 2014 02:40 PM PDT Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami | Pelakon Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.
Nedim adalah bekas suami saya dan bapa kepada anak saya. Dia menjalin hubungan dengan Nora Danish untuk jangka masa yang agak lama dan mereka kelihatan sangat bahagia bersama. Dre juga seronok bila bersama bapanya serta Nora dan anak dia. Sebagai seorang ibu, tak ada apa lagi yang boleh saya minta selain melihat anak saya bahagia dan dikelilingi oleh orang yang menyayanginya. Dalam pada itu, Bee juga berharap penjelasannya itu dapat memberi pencerahan yang sepatutnya dan berharap masyarakat luar berhenti dari terus memberikan komen negatif. - sumber - |
Punca Blogger Syuhada Baharudin Meninggal Dunia Posted: 18 Jun 2014 02:35 PM PDT Punca Blogger Syuhada Baharudin Meninggal Dunia | Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang blogger iaitu Syuhada Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi KPJ Ampang Puteri pada rabu 18 Jun 2014. Menurut sumber blogger, punca kematian Allahyarhamah Syuhada akibat jatuh pengsan sebaik sahaja pulang dari percutian ke Vietnam lantas koma selama seminggu di hospital. - sumber - |
Punca Penemuan Naga Putih Di Johor Bahru Posted: 18 Jun 2014 02:27 PM PDT Punca Penemuan Naga Putih Di Johor Bahru | Penemuan seekor naga putih di apartment Tanjung Puteri, Johor Bahru telah menjadi topik hangat laman sosial. Naga putih tersebut kononnya jatuh dari langit dan terus menemui ajal. Pihak kerajaan juga dikatakan sudah mengambil bangkai naga putih tersebut untuk dianalisa. Sebenarnya, ramai orang telah tertipu dengan berita palsu naga putih di Johor Bahru ini. Sebenarnya gambar naga putih yang disebarkan ini telah lama tersebar di laman sesawang Weibo iaitu laman sesawang seperti Twitter di China. |
Raja Azmi Mengaku Berhijab Kerana Bisnes Tudung Posted: 18 Jun 2014 08:22 AM PDT Penerbit filem Raja Azmi menjelaskan salah satu sebab kenapa dia membuat keputusan bertudung adalah kerana mahu mengembangkan perniagaan bisnes berkenaan. Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, berkata, dia tidak dapat menafikan perkara tersebut tetapi niat berkenaan turut datang serentak dengan hasrat untuk berubah. "Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu. "Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring," katanya. Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran tudung Raja Azmi For Variente Hijab di butik tersebut di Bangsar, di sini pada Rabu. Sebelum ini Raja Azmi dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dia berhijab kerana keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka. Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.-mStar |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment