3 Tahun Bercinta, Abby Abadi Tak Pernah Cakar Saya – Zul Ariffin
3 Tahun Bercinta, Abby Abadi Tak Pernah Cakar Saya – Zul Ariffin |
- 3 Tahun Bercinta, Abby Abadi Tak Pernah Cakar Saya – Zul Ariffin
- Bekas Isteri Restui Hubungan Nedim Nazri & Nora Danish
- Raja Azmi Tak Nafi Bertudung Kerana Mahu Berniaga
- Amy Search Dah Malas Ambil Tahu Pasal Anaknya, Nabila Huda
Posted: 19 Jun 2014 02:04 AM PDT
Kah, kah, kah. Gelak juga Abang Nara membaca pengakuan Zul Ariffin ini. Memang terasa kelakarnya. Seperti yang anda tahu, Zul Ariffin sebelum ini bercinta dengan Abby Abadi selama 3 tahun sebelum mereka berdua berpisah. Selepas itu Abby Abadi berkahwin dengan Farhan dan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian baru-baru ini. Yang lebih mengejutkan, bekas suami Abby Abadi mendakwa yang dirinya pernah dicakar oleh Abby Abadi sehingga menimbulkan kecederaan.
Berkongsi pengalaman bercinta dengan Abby, Zul Ariffin memaklumkan yang sepanjang percintaan mereka, Abby bukanlah seorang wanita yang kasar. Tiada cakaran yang berlaku. Tiada keganasan. Kata Zul Ariffin menerusi MalaysianDigest:- Tidak, tak benar. Seperti saya katakan, sepanjang saya mengenali dia, dia bukan seorang wanita yang begitu. Tentang perceraiannya itu saya tak mahu komen. Tetapi, selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa (mencederakan suami) Bukan nak kata Abby memang benar melakukan kekerasan, namun selalunya masa bercinta memang semuanya indah. Bak kata orang, hanya lepas berkahwin barulah tahu perangai suami isteri kita. Tak gitu? Abang Nara yakin korang pun ada pengalaman korang sendiri. Mungkin selepas ini kita boleh bertanya kepada Norman Hakim pulak mengenai perkahwinannya dengan Abby. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 19 Jun 2014 01:29 AM PDT
Nah bekas isteri Nedim Nazri sendiri pun dah bagi ‘green light’ dan merestui hubungan bekas suaminya itu bersama Nora Danish. Jadi isu sebelum ini yang kononnya Nora Danish menjadi punca penceraian mereka bolehlah ditanam dalam tanah dan dibuang jauh-jauh. Entah siapa entah yang cemburu sampai sanggup membuat khabar angin sebegitu. Cemburu gagal mendapat cinta Nora Danish atau cemburu tak dingorat oleh Nedim?
Nora Danish juga telah melahirkan rasa terima kasih dan terharunya dengan komentar yang diberikan oleh Bee Khan. Memang sah hubungan mereka berdua baik dan tak ada masalah seperti yang digembar-gemburkan. Rasanya Bee Khan, Nedim dan Nora masing-masing sudah memandang ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang lagi. Itulah yang harus kita semua lakukan. Jadi diharap dengan penjelasan yang serba panjang ini daripada Bee Khan, semua pihak akan berpuas hati dan tak ada timbul khabar angin yang tidak masuk akal lagi. Janganlah cemburu melihat kebahagiaan Nora Danish dan Nedim Nazri. Abang Nara tengok mereka berdua memang sangat ‘sweet’. Lebih baik kita jodohkan mereka berdua cepat bertemu jodoh. Mana tahu dapat jemputan boleh makan nasi minyak free. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 19 Jun 2014 12:44 AM PDT
Abang Nara memang agak pelik apabila Raja Azmi mengumumkan dirinya sudah bertudung baru-baru ini. Bukan apa, tak sampai sehari dua bertudung, tup-tup pengarah ini dah ada rekaan tudungnya sendiri. Cepat sangat kan? Sampai ada yang berkata Raja Azmi tidak ikhlas bertudung untuk menutup aurat tetapi hanya mahu berniaga sahaja. Hmmm.
Namun tidak dinafikan Raja Azmi tampak lebih ayu, menawan dan berseri sejak memakai tudung ini. Mungkin kerana itu Raja Azmi kini memiliki jenama tudungnya sendiri yang diberi nama ‘Raja Azmi for Variante Hijab’. Menariknya, Raja Azmi tidak menafikan penghijrahannya itu adalah kerana mahu berniaga. Katanya menerusi Mstar Online. Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu. Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring Semoga niat Raja Azmi kerana mahu mengikut syariat Islam datang lebih awal daripada niat mahu berniaga. Apa pun yang penting, Raja Azmi dah pakai tudung dan dah tutup aurat. Niat sebenarnya, biar Allah sahaja yang tentukan. Semoga perniagaan tudung Raja Azmi akan maju dan akan mengalakkan lebih ramai wanita seusia dengannya untuk memakai tudung. Sama-samalah kita doakan. P.S: Remaja dipuja kerana mempunyai ekor Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 19 Jun 2014 12:31 AM PDT
Nampak sangat Amy Search sudah kecewa, bengang atau terlalu sedih dengan kontroversi yang seringkali menghimpit anaknya, Nabila Huda. Kalau dulu Nabila sering menimbulkan kekecohan dengan pakaian seksinya, baru-baru ini kontroversi timbul sekali lagi apabila Nabila Huda diajak memeluk agama lain oleh peminatnya disebabkan gaya hidupnya yang nampak agak sosial.
Berkata menerusi Sinar Harian, Amy Search memaklumkan yang dia enggan lagi mengambil tahu perihal anaknya itu. Kata Amy:- Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini (peminat ajak tukar agama). Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media. Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia Nampak gayanya Amy Search pun dah putus asa untuk menasihati anaknya. Mungkin ini buat sementara waktu sahaja. Diharap Amy jangan berterusan putus asa dengan anak sendiri. Walaupun sebelum ini Amy ada menasihati Nabila, nampak gaya ia seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak apalah Amy, satu hari nanti pasti akan berkesan juga nasihat anda. Banyakkan berdoa moga hati Nabila dilembutkan. P.S: Zon larangan merokok diperluas ke R&R Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment