Keith Foo Akan Bertunang Dengan Kim Raymond 24 Jun Ini
Keith Foo Akan Bertunang Dengan Kim Raymond 24 Jun Ini |
- Keith Foo Akan Bertunang Dengan Kim Raymond 24 Jun Ini
- (15 GAMBAR)Uqasha Senrose Kini Manis Bertudung
- Nota Khas Buat Abby Abadi Dari Blogger Dari Dapur Kakjee
- Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac, Yabedabedu!!!
| Keith Foo Akan Bertunang Dengan Kim Raymond 24 Jun Ini Posted: 13 Jun 2014 01:10 AM PDT Pasti retak seribu hati para gadis di luar sana membaca perkhabaran ini. Pelakon kacak bergaya dan paling hangat di pasaran sekarang iaitu Keith Foo bakal bertunang dengan kekasihnya, Kim Raymond pada 24 Jun ini. Kepada yang menyimpan perasaan kepada Keith Foo, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Hati Keith sudah dimiliki dan bakal dimeterai dengan ikatan pertunangan. Majlis pertunangan dikatakan akan berlangsung di Publika pada waktu malam. Keith Foo juga telah mula menghantar kad jemputan kepada rakan-rakan rapatnya. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Keith Foo atas berita gembira ini. Semoga pertunangan ini akan dibawa ke jinjang pelamin. Tahniah Keith dan Kim. Info asal Murai. Baca Yang Ini Pulak:- |
| (15 GAMBAR)Uqasha Senrose Kini Manis Bertudung Posted: 13 Jun 2014 12:34 AM PDT Pergh~~~ Cantiknya. Memang menawan, manis, jelita dan mempersona sungguh apabila Uqasha Senrose bertudung. Memang boleh tangkap cintan dibuatnya. Nasib baik Abang Nara dah kahwin. Hehehe. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Uqasha atas penghijrahan ini. Semoga semakin murah rezeki dan hidup semakin diberkati. Bekas kekasih Pekin Ibrahim ini menyatakan penghijrahannya ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana lelaki. Jadi ia bukanlah sebab putus cinta baru-baru ini. Baguslah macam itu. Nak bertudung hati kena ikhlas. Kata Uqasha menerusi portal GUA:-
Abang Nara tengok cara pemakaian tudung Uqasha memang cantik dan simple. Tak adalah sampai terbelit leher. Semoga Uqasha Senrose terus istiqamah dalam bertudung selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar Uqasha bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Ops Warta buru pesalah trafik
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Nota Khas Buat Abby Abadi Dari Blogger Dari Dapur Kakjee Posted: 12 Jun 2014 07:46 PM PDT Kisah perceraian Abby Abadi dengan bekas suaminya Nor Farhan mendapat liputan meluas media dan juga mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Siapa sangka perkenalan seminggu membawa kepada ikatan perkahwinan mereka, dan tidak siapa menyangka bahawa mereka bercerai dalam masa tidak sampai setahun usia perkahwinan.
Pada pendapat kami nota dari Kakjee ada kebenarannya, namun terpulang juga pada yang empunya diri sama ada mahu menerima atau tidak nasihat beliau. Maklumlah kita cuma manusia yang tidak lepas membuat kesilapan. Dan kadangkala berdiam diri itu lebih baik. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac, Yabedabedu!!! Posted: 12 Jun 2014 07:32 PM PDT Yes!!!! Berita gembira untuk para jejaka di luar sana. Si jelita, Neelofa telah mengesahkan bahawa dirinya kini tiada lagi apa-apa hubungan dengan Hans Isaac. Hubungan mereka sudah tamat. Percintaan mereka sudah putus. Antara Neelofa dan Hans, tiada lagi ikatan percintaan. Marilah sama-sama kita menjerit yabedabedu tanda kegembiraan atas berita ini. Sebelum ini Hans Isaac ada memaklumkan yang dia bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Nampaknya bakal isteri Hans bukanlah Neelofa. Menerusi Harian Metro hari ini, Neelofa berkata:-
Tidak diketahui punca perpisahan mereka, namun itu tidak penting. Yang penting Neelofa sudah kembali single. Jadi kepada jejaka di luar sana yang ada menaruh hati pada Neelofa, inilah peluang anda. Siapa cepat dia dapat. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment