Powered by Blogger.

Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar

Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar


Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar

Posted: 12 Jun 2014 05:29 PM PDT

Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar  |  Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

guru Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

* Gambar Guru Hiasan

Gosip Suami Berlaku Curang, Ini Luahan Hati Ayu Raudhah

Posted: 12 Jun 2014 05:09 PM PDT

Gosip Suami Berlaku Curang, Ini Luahan Hati Ayu Raudhah   |   Bukan minggu yang mudah buat Ayu Raudhah sepanjang beberapa hari lepas kami kira selepas suaminya, Zaquan Adha dikhabarkan sering bersembang dengan perempuan lain di laman sosial seperti Instagram & WeChat.

Walaupun tiada lagi penafian yang datang dari Ayu Raudhah, pelakon itu tampil memberikan satu kenyataan melalui akaun Instagram beliau meluahkan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap suaminya atas apa yang terjadi selain melahirkan rasa syukur.

“Alhamdulillah I sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha, no matter what people said! I percaya apa Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian dan semoga Allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaan-Nya dan bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yg Allah berikan,” tulis Ayu Raudhah.

Bertuah Zaquan Adha beristerikan Ayu Raudhah yang jelas tidak mudah melatah dengan segala tohmahan yang mendatang. Semoga terus berbahagia hendaknya.  – sumber -

Tunggu Masuk Lokap : Identiti Sebenar Facebook Chow Jack Hina Islam Tersebar

Posted: 12 Jun 2014 04:54 PM PDT

Tunggu Masuk Lokap : Identiti Sebenar Facebook Chow Jack Hina Islam Tersebar   |   Terdahulu, pihak kami pernah menyiarkan satu artikel mengenai akaun Facebook yang menghina bulan Ramadhan dan Aidilfitri dengan menggunakan nama samaran Chow Jack.

Jika anda terlepas isu tersebut, sila rujuk artikel Facebook Chow Jack Cetus Kontroversi. Menerusi maklumat terkini yang diterima, individu disebalik akaun Chow Jack dikenal pasti sebagai Chen Siew Loon yang berasal dari negeri Perak. Berikut adalah butiran penting identiti Chow Jack.

chow jack1 Tunggu Masuk Lokap : Identiti Sebenar Facebook Chow Jack Hina Islam Tersebar


Kenyataan Kontroversi Chow Jack Hina Islam

chow jack 2 Tunggu Masuk Lokap : Identiti Sebenar Facebook Chow Jack Hina Islam Tersebar

Penulis ucapkan tahniah menghina agama kami, lepas nie ko duduk lah dalam lokap ngan syaitan ko tu.

- sumber -

Arip (Kilauan Emas 4) Pernah Dihina Orang Kampung

Posted: 12 Jun 2014 11:57 AM PDT

Arip (Kilauan Emas 4) Pernah Dihina Orang Kampung  |  Juara program Kilauan Emas musim Ke-4, Arip, mengakui pernah dihina oleh segelintir masyarakat di kampungnya, Jerantut Pahang kerana pekerjaannya yang tidak tetap sebelum ini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din, 42, berkata, kata-kata hinaan itu tidak pernah melunturkan semangatnya malah kini dia dapat membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam program yang disertainya itu.

"Sebelum menyertai Kilauan Emas 4, saya kerja macam-macam seperti membancuh air di kedai makan, kerja kilang dan bemain muzik dan orang di kampung pula selalu memperlekehkan saya dan ada masanya diri dhina.

"Tetapi saya tidak pernah patah semangat. Saya percaya jika berusaha, tidak kiralah kerja apa sekalipun, pasti akan berjaya.

"Dan kemenangan sebagai juara dalam Kilauan Emas 4  juga membuktikan saya mampu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," katanya.

Pada Rabu lalu, Arip diumumkan sebagai juara program siaran Astro itu yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry, trofi serta pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima penghargaan Anugerah Khas Juri serta wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai menambat hati juri dengan membuat persembahan terbaik.

Sementara itu, Arip berkata dia tidak akan menggunakan wang kemenangannya selagi tidak menghantar ibunya mengerjakan ibadah Haji kerana ia merupakan impiannya sejak dahulu lagi yang belum tertunai.

"Dah lama dah nak hantar ibu ke Mekah tetapi masa itu saya tak cukup duit. Memandangkan kejayaan saya dalam Kilauan Emas 4 juga kerana berkat doanya, maka saya mahu membelanjakan wang hadiah itu menghantar ibu menunaikan Haji pada tahun ini.

"Kemudian, saya akan membuat kenduri di kampung sebagai tanda syukur dengan kemenangan ini," ujarnya.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, Arip berkata, dia mahu mengubah taraf kehidupannya bersama dengan keluarga ke tahap yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Arip yang mempunyai dua orang anak itu turut mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di dalam industri seni muzik tempatan.

Nabil Berang Aksi Cium Nabil dan Zira Di Paris Dipertikaikan

Posted: 12 Jun 2014 11:04 AM PDT

Nabil Berang Aksi Cium Nabil dan Zira Di Paris Dipertikaikan  |  Adakah trend dunia hiburan dewasa ini sudah semakin pelik dan berubah? Ini kerana kalau pasangan yang belum berkahwin cuba berkongsi gambar-gambar bercium pipi atau beraksi mesra di laman Instagram, ia tidak pula dikritik hebat peminat.

Apa yang lebih menjadi sasaran mereka ialah aksi bercium atau hubungan terlalu rapat pasangan artis yang sudah berkahwin. Sebelum ini pasangan yang pernah mendapat kecaman peminat ialah Che Ta dan Zain Saidin serta Diana Amir dan Mohd Habib Bullah.

Motif di sebalik kecaman yang dilontarkan di laman sosial tidak pula diketahui namun ia mungkin ada kaitan dengan perasaan cemburu atau membenci.

Terbaru, pasangan Nabil dan Zira turut menjadi bahan kritikan peminat di laman Instagram gara-gara pelawak dan pelakon itu berkongsi sekeping gambarnya mencium pipi isteri tercinta ketika bercuti di Paris, Perancis beberapa minggu lalu.

Ia membuatkan Nabil terkejut dan berasa pelik dengan pemikiran sempit segelintir peminat. Beliau yang ditemui di majlis sidang media program terbaru Astro Warna berjudul Cakap Melayulah! semalam memberitahu bahawa sudah menjadi haknya untuk mencium pipi isteri kerana mereka sudah berkahwin.

"Sebenarnya saya rasa pelik sikit. Sorry to say, tapi saya tengok banyak artis-artis yang belum kahwin pergi bercuti berdua, orang buat relaks je.

Ni suami isteri kot. Saya punya pasallah nak bercium. Sebab isteri saya, bukan isteri orang lain. Saya tak tau yang komen tu ada masalah apa.

Saya cuma nak share benda yang seronok masa kat Paris. Lagipun cium pipi je. Kalau cium mulut, lainlah. Masa saya nikah hari tu pun ada jugak cium pipi, diorang tak nak komen ke?

Saya nampak cara yang positif ialah dengan menggalakkan artis-artis lain supaya cepat berkahwin. So takdelah orang pertikaikan kemesraan kita suami isteri."  – sumber -

Kontroversi Neelofa Dedah Rahsia Putus Cinta Dengan Hans Isaac

Posted: 12 Jun 2014 10:40 AM PDT

Neelofa Dedah Rahsia Putus Cinta Dengan Hans Isaac  |  Teka-teki percintaan Hans Isaac dan Neelofa tercetus sejak dua tahun lalu, namun masing-masing tidak pernah tampil memberi pengesahan sebaliknya lebih selesa menyembunyikan daripada pengetahuan umum. Desas-desus mengenai hubungan mereka lebih hangat diperkatakan apabila Hans memberi kenyataan kononnya akan berkahwin hujung tahun ini.

“Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali.

“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” kata pelakon dan pengacara, Noorneelofa Mohd Noor atau Neelofa, 25, mengenai hubungannya bersama pelakon juga penerbit, Hans Isaac.

Bagaimanapun, Neelofa yang baru saja memenangi anugerah Pengacara Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2013 baru-baru ini tampil membuat pengakuan terbuka semalam kepada Harian Metro selepas tidak tahan lagi sering dikaitkan dengan aktor terkenal itu.

Namun, pengacara program Nona dan MeleTop itu tidak sedia berkongsi punca perpisahan sebaliknya hanya menyifatkan tiada jodoh.

Wajah Kekasih Engku Emran Tersebar, Bakal Pengganti Erra Fazira?

Posted: 12 Jun 2014 10:24 AM PDT

Wajah Kekasih Engku Emran Tersebar, Bakal Pengganti Erra Fazira?   |   Bagi yang rajin mengikuti laman Instagram bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran, pastinya menyedari bahawa Emran kini seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa dia sudah berjumpa pengganti bekas isterinya.

Walaupun sebelum ini, Emran memulakan hashtag #prayformomandayah di mana menunjukkan usahanya untuk memujuk Erra supaya kembali bersama, namun nampaknya Emran kini sudah pun ‘move on’ daripada misinya itu.

emran Wajah Kekasih Engku Emran Tersebar, Bakal Pengganti Erra Fazira?
Siapakah wanita baharu yang bertakhta di hati Emran? Jika diikutkan daripada gambaran yang diberikan wanita itu dikenali sebagai Adeena Richardson yang mana wanita ini pernah melukis gambar Emran dengan disertakan ‘signature’ Adeena di sebelah lukisan tersebut.

Menerusi forum hiburan Cari, terdapat sebuah gambar yang didakwa sebagai Adeena.

adeena Wajah Kekasih Engku Emran Tersebar, Bakal Pengganti Erra Fazira?
Adakah ini memang Adeena yang berjaya mencuri hati Emran? Kalau betul, memang cantik orangnya. Tak kalah dengan kecantikan Erra jugak. Tak gitu? – sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani