MH370: Rakyat Malaysia Ditipu Dengan Rakaman Audio Disunting Terlebih Dahulu?
MH370: Rakyat Malaysia Ditipu Dengan Rakaman Audio Disunting Terlebih Dahulu? |
MH370: Rakyat Malaysia Ditipu Dengan Rakaman Audio Disunting Terlebih Dahulu? Posted: 04 May 2014 01:28 AM PDT MH370: Rakyat Malaysia Ditipu Dengan Rakaman Audio Disunting Terlebih Dahulu? | PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang. Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza. Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio. Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.
Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit. Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.
Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru. – sumber - |
Tolak GST : Cina Dakwa Bangsa Melayu Bodoh? Posted: 04 May 2014 01:15 AM PDT Tolak GST : Cina Dakwa Bangsa Melayu Bodoh? | Bukan sekali ada individu dari bangsa lain menyelar bangsa Melayu ekoran kebodohan sendiri dalam berpolitik. Khususnya berkenaan pertelingkahan sesama Melayu sehingga menyebabkan kuasa politik bangsa itu semakin berpecah belah saat ini. Kali ini seorang individu dengan identiti laman sosial berbangsa cina menegur kebodohan bangsa Melayu yang beramai-ramai membantah perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lepas. Menurutnya, dia berasa lucu dan tertawa apabila GST yang dilihat bakal membantu perniagaan dan ekonomi golongan bumiputera dibangkang dan dibantah keras oleh bangsa itu sendiri dengan melakukan demonstrasi jalanan.
Pada peringkat lebih lanjut statusnya, individu itu dilihat menegur bangsa Melayu dengan lebih tegas akibat perangai golongan berkenaan yang suka menentang tanpa usul periksa. Lebih-lebih lagi, ekoran kedegilan puak yang obses dan taksub dengan pembangkang enggan hadir dalam ceramah penerangan berkaitan GST yang diadakan oleh kerajaan.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment