Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Pasangan Lepas Jogging Dicekup Mandi Dalam Hotel Bajet
- Kenapa Kenyataan Rayers Jadi Isu Kepada UMNO?
- Kunci Gari Tersekat Dalam Kemaluan
- Bapak Pukul Anak Sampai Mati Kerana Meniru Di Sekolah
- Jepun Juara Piala Thomas 2014
- DAP Menang PRK Kerusi Parlimen Bukit Gelugor
- Lima Beradik Yatim Piatu Dapat Bantuan Bulanan JKM
- TMJ Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu FAM
Pasangan Lepas Jogging Dicekup Mandi Dalam Hotel Bajet Posted: 25 May 2014 01:30 PM PDT Sepasang kekasih yang baru lepas habis berjoging di Ayer Keroh sempat ke sebuah hotel bajet di Ujong Pasir, di sini, yang terletak 15 kilometer kerana mendakwa mahu membersihkan diri sebelum mereka dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat. Dalam operasi jam 9 pagi, pasangan itu yang lengkap berpakaian sukan ditahan berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet disewa teman lelaki wanita terbabit. Difahamkan, pasangan kekasih berumur 19 tahun itu orang tempatan yang tinggal bersama keluarga masing-masing. Ketua Penguat Kuasa Agama (JAIM) Rahimin Bani berkata, maklumat diterima daripada orang awam memberitahu melihat pasangan disyaki pelajar sekolah yang kedua-duanya memakai seluar trek masuk ke hotel berkenaan pada awal pagi. Katanya, anggota penguatkuasa agama bergegas ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan terbabit berkurung di dalam bilik itu. Setelah disoal siasat, pihaknya mendapati bilik berkenaan disewa lelaki terbabit sejak semalam (kelmarin) dan membawa teman wanitanya untuk membersihkan diri selepas berjoging sebelum mendaftar keluar. 'Kedua-dua pasangan itu yang tidak bekerja itu terus ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati berkurung di dalam bilik berkenaan tanpa hubungan mahram' katanya, di sini, semalam. Rahimin menambah lagi, remaja wanita itu mendakwa dia baru datang ke hotel berkenaan dan tujuannya hanya mahu mandi di situ sebelum ditahan JAIM. Pasangan itu mendakwa tidak berbuat sebarang perbuatan tidak senonoh ketika bersama di dalam bilik itu dan hanya bersarapan dengan membawa makanan yang dibungkus. Dalam masa sama, di bilik berlainan hotel bajet yang sama satu lagi pasangan ditahan selepas didapati berkurung melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan pasangannya berusia 22 tahun. Beliau berkata, pasangan itu didapati telah mendaftar masuk ke bilik itu sejak malam sehingga ditahan berdasarkan siasatan, mereka sering berjumpa dan bermalam bersama pada setiap bulan serta mengakui sudah beberapa kali terlanjur.posted@malaysiasensasi.net |
Kenapa Kenyataan Rayers Jadi Isu Kepada UMNO? Posted: 25 May 2014 08:56 AM PDT Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Umno menjadikan isu terhadap kenyataan Adun DAP (Seri Delima) RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dalam Sidang Dun Pulau Pinang, Selasa lalu. Menurutnya, andai kenyataan itu disifatkan bermasalah, Rayer sepatutnya ditegur di dalam sidang itu dengan membawa usul bukan dengan cara menyerang dan mengugut. "Mengapa kenyataan Rayers menjadi masalah kepada Umno? Kalau ya pun masalah, tegurlah. Bawa usul. Jangan bawa cara tindakan biadab. "Ini nak cuba pertahankan serangan terhadap Dun kerana satu kenyataan. Kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita harus serang Parlimen kerana sikap dan kenyataan biadab pimpinan Umno dan menteri? Tapi kita tak boleh lakukan begitu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis meraikan perkahwinan anak perempuannya, di sini. Beliau juga menyebut mahu menanti tindakan pihak berkuasa terhadap serangan tersebut. "Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil. Tapi saya yakin... saya sendiri berpengalaman, baling batu pada bas ketika saya berkempen, apa tindakan? Tidak ada," katanya. Malah Anwar mengingatkan pemimpin Umno bahawa dirinya sendiri telah dihina sejak berpuluh tahun lamanya. "Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang. Saya tidak anggap tindakan menyerbu Dun ini ringan. "Mainkan sentimen 'sebab'. Oh sebab orang maki saya, adakah saya terajang orang Umno itu? Tak boleh. "Kita mesti hormat proses undang-undang. Menteri dalam negeri selain daripada polis harus mengambil tindakan. Menjamin keselamatan rakyat tak kira sama ada kawan atau musuh politik," katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Kunci Gari Tersekat Dalam Kemaluan Posted: 25 May 2014 08:51 AM PDT Fantasi seks pasangan warga Kanada berakhir dengan kejadian memalukan apabila seorang wanita terpaksa dihantar ke hospital kerana kunci gari yang mengikat tangan mereka tersekat di dalam kemaluannya. Pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Jason dan Michelle berada di Van Nuys, California, ketika mereka "melakonkan" fantasi mengenai seorang puteri dan seekor naga. Kejadian itu dipaparkan dalam satu episod dalam program "Sex Sent Me To The E.R." di saluran TLC. Ketika melakukan perkara itu, kunci gari yang mengikat tangan mereka di masukkan ke dalam kemaluan Michelle dan tersekat di bahagian uterus menyebabkan mereka terpaksa "menambah babak" fantasi mereka di unit kecemasan hospital. Pada mulanya, pasangan itu enggan memberitahu perkara sebenar kepada doktor yang melakukan pemeriksaan kerana malu akibat perkara itu. Namun, selepas doktor gagal mengesan punca masalah yang dihadapi Michelle, dia terpaksa membuka mulut. "Ia sukar bagi saya, tetapi saya akhirnya terpaksa mendedahkan perkara sebenar," katanya. Ahli psikologi unit kecemasan, Doktor Michelle Pearl tidak mengendalikan kes berkenaan tetapi dia menyatakan ini bukan kali pertama kes seperti itu terjadi. posted@malaysiasensasi.net |
Bapak Pukul Anak Sampai Mati Kerana Meniru Di Sekolah Posted: 25 May 2014 08:48 AM PDT Gara-gara meniru di sekolah, seorang budak dipukul hingga mati oleh bapanya di Hangzhou, timur China. Polis berkata, Ye Hung, 35, dituduh memukul Chou, 11, dengan mengikat anaknya sebelum dipukul dengan kejam. "Selepas membelasah mangsa, suspek membiarkan mangsa dalam kesakitan seharian," katanya kepada Xinhuanet. Menurutnya, doktor mengesahkan budak itu maut akibat serangan jantung 12 jam kemudian. Seorang ahli keluarganya, Park Jen, 37, berkata, suspek seorang ayah bertanggung jawab dan amat mementingkan pendidikan. "Beliau terlalu marah dan kecewa dengan perbuatan anaknya itu," katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 25 May 2014 08:46 AM PDT Jepun berjaya melakar sejarah menjulang Piala Thomas buat pertama kali apabila menewaskan Malaysia dengan kemenangan tipis 3-2. Pada aksi akhir yang berlangsung penuh sengit, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara. Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16. Bagaimanapun, Jepun kembali menyamakan kedudukan apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21. Malaysia terus ketinggalan apabila perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng kecundang kepada Kento Momota 15-21, 17-21 sekali gus memberi kelebihan kepada negara matahari terbit itu. Tidak mahu menyerah awal, Malaysia kembali bernafas apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menewaskan K.Sonoda-T.Kamura 19-21, 21-17, 21-12. Pada perlawanan penentuan, pemain ranking ke 66 dunia, Liew Daren menunjukkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada perseorangan ketiga Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992. posted@malaysiasensasi.net |
DAP Menang PRK Kerusi Parlimen Bukit Gelugor Posted: 25 May 2014 08:27 AM PDT DAP mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P051, Ahad dengan majoriti lebih kecil. Calonnya, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti 37,659 undi menewaskan tiga lagi calon lain. Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dengan 3,583 undi. Dua lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar mendapat sebanyak 299 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang juga seorang peguam sekadar memperoleh 225 undi. Jumlah undi yang diperoleh ketiga-tiga lawan Ramkarpal itu menyaksikan mereka hilang wang pertaruhan. Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam. Kemenangan itu seolah-olah dijangka awal apabila dewan pengumuman mula sesak dipenuhi penyokong DAP yang berhimpun sejak petang sebelum keputusan diumumkan. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal akibat kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu. Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum. Pada PRU-13 lalu, mendiang Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam yang memperoleh 14,061 undi. posted@malaysiasensasi.net |
Lima Beradik Yatim Piatu Dapat Bantuan Bulanan JKM Posted: 25 May 2014 07:17 AM PDT Lima beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri di Cheras, Jumaat lepas akan menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada JKM mengenai kelima-lima beradik itu sebelum bantuan berkenaan disalurkan. "Bantuan itu akan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara 'Purple Walk 2014' dan Persatuan Wanita (Perwani) Siswi di Dataran Merdeka. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Juruteknik Jefri Mohd Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadiaan langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew. Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3. posted@malaysiasensasi.net |
TMJ Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu FAM Posted: 25 May 2014 07:14 AM PDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad. Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan presiden, berharap Tengku Abdullah dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. "Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Harimau Selatan itu. Tengku Mahkota Pahang memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan TMJ dengan majoriti dua pertiga undi. Tengku Abdullah memperoleh 27 undi manakala TMJ 12 undi pada kongres FAM ke-50 di Shah Alam, Selangor. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment