Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Hasilkan Memoir Tipu, Diarah Bayar $22j Dolar
- Dendam Berdarah Sepupu Cemburu
- Lelaki Koma Dibelasah Kerana Pertahan Anak Buah
- Ibu Ini Memukul Anaknya Agar Terkenal di Facebook
- Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Sulit Dengan Anak Majikan
- Bina Landasan Kereta Api Peribadi Keliling Rumah
- Video Ular Senduk Tumpang Naik Teksi
- Zed Zaidi Kini Ahli Perkasa
Hasilkan Memoir Tipu, Diarah Bayar $22j Dolar Posted: 13 May 2014 02:30 PM PDT Massachusetts – Seorang wanita yang menghasilkan sebuah memoir mengenai pembunuhan beramai-ramai Nazi ke atas Yahudi di Jerman, hingga ia menjadi memoir paling laris dijual, diarahkan membayar sebanyak $22.5 juta kepada penerbit buku, Jane Daniel selepas kisahnya itu adalah pembohongan semata-mata. Penipuan itu terbongkar selepas 17 tahun buku Misha: A Mémoire of the Holocaust Years dihasilkan dan diterbitkan pada 1997. Wanita itu, Misha Defonseca mendapat $22.5 juta dolar daripada penerbit buku tersebut yang menceritakan mengenai seorang budak perempuan Yahudi yang terpaksa mengembara ke Eropah sendirian selepas ibu bapanya ditangkap oleh Nazi. Dia juga mendakwa menghabiskan masa selama berbulan-bulan di dalam hutan bagi menyembunyikan diri dari tentera Nazi. Misha mendakwa kisah itu berlaku ketika dia berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Selepas menghasilkan memoir itu, Misha dan penulis buku terbabit, Vera Lee memperolehi pendapatan lumayan. Kisah Misha itu kemudiannya menimbulkan kecurigaan oleh wartawan, forensik geologis dan ramai lagi. Ia mendorong Daniel untuk menyiasat dan kemudiannya mendapati nama sebenar Misha adalah Monica Ernestine Josephine dan dia juga bukan seorang Yahudi. Defonseca, yang kini menetap di Massachusetts, mengakui penjualan buku tersebut adalah berdasarkan fantasinya dan buku itu dialihbahasa kepada 18 bahasa serta dijadikan filem di Perancis. "Ia adalah cerita saya. Ia bukan realiti tapi ia adalah realiti saya. Saya ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang saya khianati,'' katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Dendam Berdarah Sepupu Cemburu Posted: 12 May 2014 09:00 PM PDT Satu majlis perkahwinan di India bertukar tragedi berdarah apabila pengantin perempuan ditembak mati oleh sepupunya sendiri kerana didakwa 'curang'. Ketika kejadian Dr Jaishri Namdeo, 29 sedang berdiri bersama suaminya di atas pentas dalam majlis perkahwinan yang dilangsungkan di bandar Bhopal sebelum Anurag Singh menyerbu naik dan melepaskan tembakan rambang. Anurag – pernah menjalin hubungan dengan Jaishri – hadir ke majlis itu dengan menyamar sebagai jurugambar. Dia kemudian cuba membunuh diri namun gagal selepas ditarik tetamu yang berada berhampiran dan membolehkan orang ramai menangkapnya. Tetamu merampas pistol yang dipegang Anurag dan membelasahnya sementara menunggu polis tiba. Jaishri – seorang doktor kanak-kanak – mati di hospital akibat cedera terkena tembakan di leher. Suaminya, Rohit Namdeo yang bertugas sebagai pakar bedah bagaimanapun terselamat dalam serangan itu. Ratusan tetamu dan ibu bapa mereka pergi ke hospital untuk mendapatkan berita mengenai keadaan pasangan pengantin baru berkenaan. Namun harapan mereka musnah apabila mengetahui Jaishri tidak dapat diselamatkan. Anurag ditahan sementara siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar serangannya dijalankan. posted@malaysiasensasi.net |
Lelaki Koma Dibelasah Kerana Pertahan Anak Buah Posted: 12 May 2014 08:30 PM PDT Seorang bapa dua anak dibelasah hingga koma gara-gara menegur tindakan dua remaja mengganggu anak saudaranya di taman. Josh Price,21, ditumbuk di kepala hingga terbaring di tanah oleh dua lelaki yang keluar dari sebuah van sebelum kepalanya disepak hingga mengalami pendarahan. Kejadian berlaku di Taman Trinity Ossett, West Yorkshire, England pada 3 Mei lalu. Selain mempunyai darah beku di otak, Price mengalami lumpuh di bahagian kiri badan susulan insiden tersebut. Dia juga disahkan doktor mungkin mengalami masalah pertuturan selepas ini. Meskipun kini sudah keluar dari Unit Rawatan Rapi, doktor tidak dapat memberi jaminan dia akan pulih seperti biasa. Bapa Price menyifatkan kejadian ini sangat kejam kerana membuatkan anak-anak Price yang masih kecil sering bertanya apa sudah jadi pada bapa mereka. Hingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mencari pihak bertanggung jawab. Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan sebelum ini namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. posted@malaysiasensasi.net |
Ibu Ini Memukul Anaknya Agar Terkenal di Facebook Posted: 12 May 2014 07:29 PM PDT Sebuah video yang menunjukkan tindakan seorang ibu dari Trinidad dan Tobago memukul anaknya (12) dengan sabuk untuk berkongsi foto dirinya di Facebook, yang menjadi bahan perbincangan di negaranya, bahkan menjadi viral di Internet. Sebuah video telah dimuat naik di Facebook menunjukkan Helen Bartlett, seorang ibu empat anak bertempat tinggal di Point Fortin, memukul anak gadisnya. Klip yang berdurasi enam minit itu, menggambarkan Bartlett menghujani anaknya dengan pukulan, yang merintih kesakitan. posted@malaysiasensasi.net |
Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Sulit Dengan Anak Majikan Posted: 12 May 2014 07:27 PM PDT Dubai : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia. Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan. Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks. Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan. Amah berkenaan akan dihantar pulang ke negaranya selepas dia menamatkan tempoh hukuman di penjara. Ketika mengemukakan rayuan, peguam budak tersebut berkata adalah mustahil bagi budak itu untuk menempah bilik hotel hanya semata-mata untuk mengadakan seks dengan pembantu rumahnya. "Adalah jelas bahawa pembantu rumah ini melakukan seks dengan pihak ketiga, namun menuduh anak guam saya melakukannya hanya disebabkan wanita itu bergaduh dengan abang kepada anak guam saya ini" ; katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Bina Landasan Kereta Api Peribadi Keliling Rumah Posted: 12 May 2014 06:00 PM PDT Sebuah rumah di pinggir Sherwood, Oregon, Amerika Syarikat seolah-olah menjadi salah satu harta sangat menarik. Ini kerana rumah milik Todd Miller ini mempunyai tanah yang cukup luas sekitar 8 hektar dengan sistem laluan kereta api peribadi. Tidak hanya mempunyai laluan kereta api, Todd pun bahkan membina kereta api wap sendiri berukuran mini yang boleh dinaiki mengelilingi kawasan persekitaran rumahnya. Kawasan rumah yang dikelilingi laluan kereta api sepanjang 3.3 kilometer dengan 0,12 kilometernya merupakan terowong buatan. Todd memulakan hobinya semasa berumur lima tahun di mana ia mendapatkan mainan kereta api pertama kali. Uniknya kereta api buatannya memerlukan batu arang agar dapat begerak. Todd mengaku memerlukan waktu 8 tahun untuk membuat kereta api wap lengkap dengan serombongnya. Menurutnya, Kereta Api yang dia buat ini mampu menarik penumpang hingga 30 ke 40 orang. Selain itu untuk menambah pengalamannya memandu dalam kereta api zaman dulu, Todd pun membuat model stesen berdasarkan model tahun 1930-an dan 1940-an. Todd merancang akan membuat kebun anggur di tanah yang yang luas. posted@malaysiasensasi.net |
Video Ular Senduk Tumpang Naik Teksi Posted: 12 May 2014 05:30 PM PDT Seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini. Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut. Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat. Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan. Fuh, bayangkan kalau cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi kan?- REM RAMZI posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 12 May 2014 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengesahkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk meneruskan legasi Seniman bagi memperjuang dan membela golongan artis. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34 tahun berkata dia telah dilantik sebagai salah seorang exco Biro Kesenian dan Warisan di bawah PERKASA bagi menyambung semula perjuangan anak seni. Menurutnya, PERKASA menjadi wadah bagi mewakili anak seni dengan menyuarakan masalah dan perkara berbangkit untuk diselesaikan secara wajar mengikut undang-undang dan prosedur yang boleh memberi keuntungan kepada golongan itu. "Dibawah PERKASA, kita cuma ranting tidak seperti Persatuan Seniman sebelum ini. Jadi walaupun cuma biro tetapi saya fikir ini akan jadi tempat yang mudah untuk kita memperjuangkan sesuatu perkara dalam industri seni. "Ini akibat yang terpaksa diterima oleh 5,000 orang ahli Seniman sejak persatuan ini tergantung disebabkan terdapat beberapa ahli Seniman yang tidak puas hati disebabkan kepentingan diri mereka," katanya. Katanya, sejak Mahkamah Tinggi mengisytiharkan mesyuarat agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia adalah terbatal dan tidak sah, dia mengakui terkilan kerana dia tidak mempunyai saluran bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. "Saya terkilan bila lihat ramai anak seni yang perlukan bantuan, ada yang meninggal dunia tetapi tidak boleh buat apa-apa jadi saya menganggap ini satu penganiayaan kepada 5,000 ahli seniman dan seluruh anak-anak seni di Malaysia. "Selama persatuan ini beroperasi, kita yang membela serta memperjuangkan hak anak-anak seni. Mereka teraniaya apabila kita dapat membantu dan memberi sumbangan ketika mereka jatuh sakit," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telemovie untuk tayangan Aidilfitri nanti. Katanya walaupun beliau tidak mempunyai kaitan dengan Persatuan Seniman lagi, tetapi Zed Zaidi tetap dibayangi oleh persatuan itu kerana ramai artis yang masih percaya dia boleh membela golongan itu. "Banyak artis yang masih lagi minta dibantu tetapi kita dah tiada platform itu, jadi kalau nak, kita kena guna Biro Kesenian dan Warisan di bawah PERKASA kerana niat kita bukan hanya untuk anak seni yang sekarang ini tetapi kita akan memikirkan tentang nasib anak seni pada masa akan datang. "Ia bukan sahaja untuk hari ini tetapi untuk anak-anak kita nanti, pelajar-pelajar fakulti persembahan yang nak masuk dalam industri seni tetapi tiada jaminan," katanya kepada The Rakyat Post. – The Rakyat Post posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment