Powered by Blogger.

Hoki Piala Dunia : Skuad Hoki Negara Berjaya Benam New Zealand

Hoki Piala Dunia : Skuad Hoki Negara Berjaya Benam New Zealand


Hoki Piala Dunia : Skuad Hoki Negara Berjaya Benam New Zealand

Posted: 01 May 2014 01:51 AM PDT

Skuad Hoki Negara Berjaya Pamer Aksi Berkualiti – Tengku Abdullah  |  Kejayaan skuad hoki negara menewaskan pasukan pilihan New Zealand pada suku akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di sini hari ini mendapat pujian ramai termasuk Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah, yang turut menyaksikan anak buah Muhammad Dharmaraj Abdullah mencatatkan kemenangan 3-2 menerusi pukulan penalti di Stadium Hoki Indera Mahkota, menyifatkan Malaysia menampilkan permainan yang berkualiti.

Perlawanan tersebut terpaksa diputuskan menerusi pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan itu terikat 4-4 selepas tamat masa penuh perlawanan.

"Kita dapat melihat sendiri macam mana cara permainan pasukan hoki negara yang mampu mendahului New Zealand 4-1 pada separuh masa pertama dan kemudiannya mereka cuba mengatasi kita dengan cepat namun penentuan penalti telah memihak kepada kita," titah baginda kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Tengku Abdullah bertitah pemain juga telah berjaya memperagakan aksi yang baik setanding dengan pasukan yang berstatus lebih tinggi.

"Alhamdulillah…Alhamdulillah, penentuan penalti telah memihak kepada kita dan semua telah terbukti," katanya.

Kritikan daripada luar bagaimanapun masih belum berakhir walaupun skuad hoki negara berjaya buktikan sesuatu hari ini, titah baginda apabila ditanya mengenai kritikan pedas yang diterima skuad negara sebelum ini setelah gagal mempamerkan aksi cemerlang pada dua perlawanan peringkat kumpulan.

Antara kritikan yang dilemparkan terhadap skuad negara ialah pemain 'lambat panas, bekas jurulatih remaja (Muhammad Dharmaraj) tidak berhak melatih skuad senior dan sebagainya.

Malaysia tercorot dalam Kumpulan B selepas diaibkan Perancis 3-2 dan 3-1 oleh Korea Selatan sebelum menang 4-3 ke atas Kanada.

Tengku Abdullah turut meluahkan rasa berpuas hati dengan kehadiran lebih 1,000 penyokong memberi sokongan kepada pasukan negara hari ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang datang ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan hoki negara," titahnya.

Pada perlawanan separuh akhir Sabtu ini, Malaysia akan berdepan dengan Kanada apabila pasukan itu mengatasi Poland 3-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

– BERNAMA

Cuepacs: Penjawat Awam Sertai Protes Anti-GST Dianggap Pengkhianat

Posted: 01 May 2014 01:14 AM PDT

Cuepacs: Penjawat Awam Sertai Protes Anti-GST Dianggap Pengkhianat  |  Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
 

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan… jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
    
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
 

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.
 
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.


Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.

"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya. – Bernama -

Bantah Nusyuz, Sari Yanti Tolak Tuntutan Kembali Taat Suami

Posted: 30 Apr 2014 09:30 PM PDT

Bantah Nusyuz, Sari Yanti Tolak Tuntutan Kembali Taat Suami | Hasrat pelakon Sari Yanti Mohd Nazari atau Sari Yanti mahu bercerai dengan suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin tidak kesampaian apabila aktress itu terpaksa memfailkan bantahan dakwaan nusyuz terhadap dirinya.

Permohonan tersebut dibuat untuk menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang dibuat oleh suaminya di Mahkamah Sri Petaling, pada 7 Mac lalu.

Permohonan bantahan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah pada sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor,.

Terdahulu, Pada 25 Februari lalu, pelakon Kisah Kaisara itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah.

Pasangan ini berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2 dan anak anak kini tinggal bersama si bapa.

Kes ditangguh untuk sebuatn semua pada 28 Mei 2014. -rotikaya

Julia Ziegler Nafi Mabuk Di Sydney

Posted: 30 Apr 2014 09:25 PM PDT

Julia Ziegler Nafi Mabuk Di Sydney | Rabu lalu, kecoh juga dunia hiburan tempatan dengan khabar dari Australia yang mendakwa seorang pelakon wanita berdarah kacukan telah mabuk di tengah tengah kota Sydney selain menunjukkan perangai kurang sopan dikhalayak ramai.

Dalam pada peminat berteka teki tentang siapakah gerangan aktress itu, nama Julia Ziegler pun terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan juga, beliau berdarah kacukan.

“Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini”

“Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!” katanya kepada Harian Metro.

Hayat Isteri Pelakon PCK Mungkin 8 Tahun Sahaja

Posted: 30 Apr 2014 09:21 PM PDT

Hayat Isteri Pelakon PCK Mungkin 8 Tahun Sahaja | Kebanyakan kita tentu masih ingat pengorbanan salah seorang pelakon sitkom Phua Chu Kang, Pierre Png yang pernah memberikan sebahagian hati kepada tunangnya untuk menyelamatkan nyawa wanita kesayangannya itu.

Kini selepas 11 tahun berkahwin, Pierre, 40, dan Andrea De Cruz, 39, terpaksa menelan kenyataan pahit bahawa mereka tidak boleh memiliki cahaya mata kerana tubuh De Cruz menolak sebarang ubat selepas pemindahan hati pada 2002.

32132BAB3543263C0984DA3CA25 300x200 Hayat Isteri Pelakon PCK Mungkin 8 Tahun Sahaja

Menurut De Cruz ketika dia dan Pierre menghadiri sebuah majlis pelancaran oleh Lux baru-baru ini, tubuhnya dijangka akan menolak hati yang ‘dipinjamkan’ selepas 20 tahun dan kini 12 tahun sudah berlalu.

Justeru, hanya tinggal lapan tahun sahaja lagi dan perkara ini menggusarkan mereka.

Mengakui dia dan Pierre ada terfikir untuk mengambil anak angkat sejak 2010, mereka bagaimanapun menunda hasrat tersebut kerana faktor kesibukan dan kesihatan.

Jadi buat sementara waktu ini, peneman mereka suami isteri di rumah cumalah tiga ekor anjing.

Pada 2010 kisah selebriti Singapura, De Cruz dan Pierre menyentuh hati banyak pihak apabila Pierre sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada De Cruz yang mengalami kerosakan hati kerana pengambilan ubat kurus Slim 10.-mynewshub

Yasmin Hani Pasang CCTV Awasi Anak Di Rumah

Posted: 30 Apr 2014 09:13 PM PDT

Yasmin Hani Pasang CCTV Awasi Anak Di Rumah | Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yang kini berusia 6 bulan sepanjang dia keluar bekerja.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga apabila melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah.

“Saya pasang CCTV dan boleh pantau melalui telefon bimbit. Saya beritahu pembantu rumah agar meletakkan anak saya di depan kamera tersebut kecuali waktu mandi sahaja, itu pun saya boleh gerakkan kamera itu 360 darjah.

“Saya sengaja pasang CCTV sebab takut hendak tinggalkan dia bawah jagaan orang lain. Dulu saya bergilir-gilir dengan suami untuk menjaga dia tetapi sekarang kami semakin sibuk dan terpaksa ambil pembantu rumah dari Indonesia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, ia juga sebagai salah satu cara dia melepaskan rindu kepada anak sulungnya itu.

Biarpun sibuk bekerja, namun cara itu membolehkan Yasmin berkomunikasi dengan anaknya– mStar Online

Dua Keping ‘Medal’ Tembaga Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui

Posted: 30 Apr 2014 09:07 PM PDT

Dua Keping ‘Medal’ Tembaga Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui | Dua keping ‘medal’ tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka.

Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata ‘medal’ itu ditemui pada pukul 11.30 malam Rabu, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

“Saya bersama pasukan saya akan pergi ke pulau itu petang Khamis untuk melihat sendiri medal itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Ditanya sama ada kontrak pencarian selama empat bulan diperoleh syarikat itu yang tamat pada pukul 12 malam Rabu akan dilanjutkan selepas penemuan tersebut, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas segala urusan berkenaan penemuan medal itu selesai.

“Kita tengok sama ada benarkan syarikat itu teruskan atau tidak, pencarian syarikat itu tidak akan ganggu usaha pencarian syarikat kedua kerana lokasi pencarian dua syarikat ini berbeza,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani