Fenomena KAX Di Malaysia Kini Bermula
Fenomena KAX Di Malaysia Kini Bermula |
- Fenomena KAX Di Malaysia Kini Bermula
- Saya Tidak Perlu Untuk Jaga Hati Peminat – Tasha Shilla
- Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan?
- Nak Gila Talak Sekalipun Kami Punya Pasal – Adam AF
- (TAKZIAH)Penyanyi Dan Komposer Adam Ahmad Meninggal Dunia
Fenomena KAX Di Malaysia Kini Bermula Posted: 14 May 2014 10:13 PM PDT Ingat lagi tak artikel mengenai patung KAX yang pernah Abang Nara tulis satu ketika dahulu? Ala, yang sentiasa ada di sisi menemani para selebriti tempatan seperti Najwa Latif, Fizo Omar, Yana Samsudin dan ramai lagi tue. Ha, akhirnya segala persoalan mengenai patung KAX terjawab sudah apabila Abang Nara menghadiri majlis pelancarannya baru-baru ini. Rupa-rupanya patung-patung KAX edisi terhad ini dilancarkan oleh Xpax bersempena dengan demam bola sepak yang akan melanda seluruh dunia pada bulan Jun ini. Untuk mendapatkan salah satu daripada 8 patung KAX comel ini, anda hanya perlu melanggan servis Xpax bermula 29 April sehingga 31 Ogos ini. Kesemua patung KAX ini menyarung jersi bola sepak negara yang berlainan. Apa yang menariknya, kesemua 8 patung KAX ini mempunyai nama dan personaliti yang berbeza. Ada Romeo (jersi Netherlands), Harley (jersi Spain), Jasper (jersi Argentina), Peachy (jersi England), Mia (jersi Itali), Dolly (jersi Brazil), Foxy (jersi Portugal) dan Joey (jersi Germany). Kesemuanya comel-comel dan ada daya tarikan yang tersendiri. Kalau ikutkan hati, Abang Nara nak kumpul kelapan-lapan patung KAX ini untuk disimpan menjadi koleksi. Selain Romeo yang pandai memikat hati para wanita (macam Abang Nara), personaliti Harley yang sukakan cabaran memang amat sesuai untuk jejaka-jejaka lasak di luar sana. Kalau untuk remaja-remaja perempuan, Mia yang spontan dan sentiasa gembira tersangatlah comel. Kalau anda jenis wanita yang suka bergaya, mungkin Foxy yang sentiasa tampak anggun adalah sesuai untuk anda. Abang Nara yakin akan ada patung KAX yang sesuai dengan personaliti anda. Bila dah langgan, korang akan dapat satu “code” yang boleh digunakan untuk menebus patung KAX di cawangan Celcom terpilih. Senang je kan? Banyak lagi informasi dan maklumat mengenai patung KAX ini yang boleh korang tahu dengan melayari laman web www.kax.com.my. Jom kita lumba siapa yang lagi cepat dapat kumpulkan kesemua 8 patung KAX. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tidak Perlu Untuk Jaga Hati Peminat – Tasha Shilla Posted: 14 May 2014 09:38 PM PDT Peminat adalah segalanya bagi seorang selebriti. Jatuh bangun dan populariti seorang selebriti itu bergantung kepada sokongan para peminatnya. Namun dengan kemodenan dan teknologi yang semakin canggih, kadangkala para peminat lebih banyak menjatuhkan daripada menaikkan nama seorang selebriti menerusi komen-komen di laman sosial. Mungkin kerana itu Tasha Shilla enggan untuk menjaga hati peminatnya yang hanya tahu memberi komen negatif di akaun Instagram miliknya. Kata Tasha Shilla menerusi MalaysianDigest:-
Biasalah kadang-kadang peminat “over” dan terlebih mengambil berat akan kehidupan seorang selebriti lebih-lebih lagi dalam bab percintaan. Ini kerana peminat mahukan yang terbaik untuk selebriti itu. Bila bercinta, memang semua orang akan buta mata. Jadi kehadiran peminat sedikit sebanyak boleh “check and balance“. Mungkin ada pendapat yang boleh diterima dan ada yang boleh dibuang. Pastinya Tasha Shilla tahu yang terbaik buat dirinya kerana yang bercinta bukannya orang lain, tapi diri sendiri. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan? Posted: 14 May 2014 08:21 PM PDT Tahukah anda sudah hampir 6 bulan Ummi Nazeera tamat belajar di Australia dan pulang ke Malaysia? Namun sehingga ke hari ini, tiada satu pun penampilan Ummi Nazeera di dalam mana-mana majalah, suratkhabar ataupun portal hiburan tanah air. Tiada temuramah, tiada wawancara, tiada photoshoot dan tiada informasi terkini mengenai perancangan masa depannya daripada tuan punya badan. Namun Ummi Nazeera sangat aktif berkongsi gambar-gambar aktiviti yang dihadirinya menerusi akaun Instagram miliknya. Dari pemerhatian Abang Nara, Ummi Nazeera sering menghadiri ceramah-ceramah agama, kelas belajar solat dan amat aktif dalam program dakwah terutamanya yang melibatkan kaum Hawa. Malah Ummi juga sering berkongsi maklumat aktiviti keagamaan yang akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Abang Nara pasti banyak yang tertanya-tanya sama ada Ummi Nazeera sudah mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya daripada dunia hiburan tanah air dan memfokuskan dirinya dalam bidang dakwah. Jika benar, ia adalah satu keputusan yang amat bijak dan harus dipuji. Abang Nara lihat Ummi boleh menjadi ikon kepada para kaum Hawa yang masih remaja di luar sana. Ummi bijak, cantik, mempunyai perwatakan yang menarik dan ada pengaruhnya yang tersendiri. Sekiranya benar Ummi tidak akan aktif dalam bidang hiburan lagi, ia adalah satu kerugian besar buat industri kita kerana Ummi adalah antara pelakon yang amat berbakat besar. Namun Abang Nara percaya ia adalah keputusan terbaik buat Ummi. Apa pun keputusan yang diambil oleh Ummi Nazeera, sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Nak Gila Talak Sekalipun Kami Punya Pasal – Adam AF Posted: 14 May 2014 07:57 PM PDT Kalau bercerai, peminat marah sebab runtuhkan masjid. Namun kalau nak rujuk semula, digelar gila talak pula. Memang pening kepala dibuatnya kan? Apa saja yang dilakukan semuanya salah. Bagi Abang Nara, jangan peduli kata-kata orang lain. Hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau Adam dan Fiza merasakan rujuk kembali adalah pilihan yang paling baik, apa salahnya kan? Setelah pengakuan bekas isterinya, Fiza Elite mengenai hubungan mereka yang masih baik walaupun telah bercerai, Adam juga tampil untuk tidak menafikan peluang untuk mereka rujuk kembali. Kata Adam menerusi Mstar Online:-
Sementara dalam tempoh edah ini, memang sesuai untuk Adam dan Fiza untuk muhasabah diri masing-masing dan mencari punca sebenar penceraian mereka. Kadangkala tekanan daripada pihak luar yang menyebabkan perkara ini berlaku sedangkan tuan punya badan masih mencintai antara satu sama lain. Fikir sebaik-baiknya. Kalau rujuk kembali, Abang Nara yakin banyak pihak yang akan gembira dengna keputusan itu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. P.S: Kucing menyamar jadi jerung bersihkan dapur Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAKZIAH)Penyanyi Dan Komposer Adam Ahmad Meninggal Dunia Posted: 14 May 2014 04:25 PM PDT Penyanyi dan komposer yang telah mempopularkan lagu ‘Kau Pergi Jua’ iaitu Adam Ahmad telah meninggal dunia pada pukul 12.15 malam tadi di Hospital Ampang. Adam, 49, juga dkenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu Janji Manismu. Lagu itu pernah menjuarai pertandingan Juara Lagu 1990, manakala Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff yang pernah menjadi johan pertandingan Juara Lagu 1993 juga ialah ciptaan Adam. Adam telah bernikah dengan wanita pilihannya, Norliza Ayat, pada tahun 2010. Dia dikatakan meninggal dunia dipercayai kerana penyakit kencing manis dan tekanan darah rendah. Jenazah akan diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pagi ini. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment