(12 GAMBAR)Rozita Che Wan & Zain Saidin Bercuti Di Paris
(12 GAMBAR)Rozita Che Wan & Zain Saidin Bercuti Di Paris |
- (12 GAMBAR)Rozita Che Wan & Zain Saidin Bercuti Di Paris
- Rambut Perang Suami Dikritik, Rozita Che Wan Mengamuk
- Saya Tidak Pernah Rasa Sebahagia Ini – Tasha Shilla
- Harith Iskandar Mohon Maaf Isu Persenda Hudud
- Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Wall’s
- Pian Cecupak Marah Gelaran “Datuk” Dipertikai
- AR Badul Terkilan Pelawak Muda Tidak Hadiri Majlis Pengkebumian Aziz Sattar
- Jue Aziz & Bayu Daniels Sudah Bergelar Suami Isteri?
(12 GAMBAR)Rozita Che Wan & Zain Saidin Bercuti Di Paris Posted: 12 May 2014 01:32 AM PDT Seronoknya menjadi Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Kalau tak silap, baru-baru ini mereka baru sahaja pulang dari Krabi. Tup-tup sekarang ini sudah berada di Paris, kota percintaan pulak. Seronok Abang Nara melihat aksi romantis mereka. Turut membuat kemunculan istimewa ialah pereka fesyen terkenal, Man Kajang. Bilalah agaknya Abang Nara dan wife dapat membuat aksi seperti Zain dan Che Ta di bawah Menara Eiffel. Serius nampak romantis tahap petala langit. Lagi best bila tengok shopping bag yang dibawa oleh Che Ta. Memang shopping sakan nampaknya. Apa pun diharapkan Che Ta tidaklah berjalan terlalu kuat sebab sedang mengandung sekarang ini. Kalau dah penat, terus berehat. Jangan paksa diri. Kandungan perlu diutamakan. Lagi beberapa gambar Zain dan Che Ta featuring Man Kajang di Kota Paris dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Rambut Perang Suami Dikritik, Rozita Che Wan Mengamuk Posted: 12 May 2014 01:19 AM PDT Kesian sungguh Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Memang betullah apa yang dikatakan oleh Zain sebelum ini. Apa saja gambar yang dikongsikan oleh mereka, pasti akan menjadi topik perbualan hangat. Terbaru, sekeping gambar mereka berdua dengan Zain berambut perang atau “blonde” telah mendapat kritikan ramai sehingga Che Ta mengamuk di akaun Instagramnya. Bengang dengan kritikan yang tak sudah-sudah, Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan mengenai rambut “blonde” suaminya itu. Sekali-sekala bila Che Ta mengamuk, takut jugak dibuatnya kan? Hehehe. Namun demi suami tercinta, memang perlu dibuat penjelasan sebegini. Takut orang lain salah faham. Diharap dengan penerangan ini, tiada lagi kritikan yang tidak beretika dilemparkan kepada Zain dan rambut perangnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tidak Pernah Rasa Sebahagia Ini – Tasha Shilla Posted: 11 May 2014 10:27 PM PDT Fuh. Romantis sungguh kata-kata yang terkeluar daripada mulut Tasha Shilla mengenai hubungan percintaannya dengan Han Chen Wong. Kalau selama ini Tasha merahsiakan hubungan mereka, kali ini menerusi BiPop, Tasha mengakui dirinya tidak pernah rasa sebahagia ini sebelum bertemu Han. Senang cerita, memang Tasha sedang mabuk dilamun cinta peninju Muay Thai berbangsa Cina ini. Sering menemani Tasha Shilla ke mana-mana, Hans baru berusia 24 tahun dan hubungan mereka berdua sudah pun mencecah 8 bulan. Menurut perancangan, Tasha dan Han bakal mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Abang Nara sendiri dapat merasakan kebahagiaan yang sedang dikecapi Tasha apabila membaca kata-katanya:-
Romantik juga Tasha Shilla ini kan? Hehehe. Memang kembang hidung Han kalau membaca kata-kata pujian daripada kekasihnya itu. Menariknya Han rupa-rupanya tidak mengetahui yang Tasha Shilla merupakan seorang selebriti. Terang Tasha lagi:-
Baguslah sudah tiada rahsia antara Tasha dan Hans. Hubungan percintaan sememangnya harus begitu. Abang Nara gembira apabila Tasha nampak bahagia bersama Han. Bukan senang nak menjumpai cinta sejati. Semoga hubungan Tasha dan Hans akan berjaya ke jinjang pelamin seperti yang diimpikan. Pasti ramai yang tak sabar mahu melihat Tasha bersanding bersama Han. Tak sabar rasanya nak tunggu tahun depan. P.S: Lukisan yang sangat realistik daripada Ivan Hoo Baca Yang Ini Pulak:- |
Harith Iskandar Mohon Maaf Isu Persenda Hudud Posted: 11 May 2014 09:43 PM PDT Hudud adalah isu yang amat sensitif untuk dibicarakan di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada yang bersetuju, ada yang membantah dan ada yang berada di atas pagar mengenai perlaksaanaan hukum Islam ini. Tak kurang ada yang cuba bergurau dan membuat lawak mengenai hudud. Harith Iskandar baru-baru ini menerusi akaun Twitternya telah menulis status yang mengundang kontroversi mengenai hudud. Ternyata status Harith Iskandar ini mendapat reaksi yang negatif daripada para pengikutnya. Banyak yang menempelak dan mengkritik gurauan yang tidak kena tempat ini. Namun berkata kepada Mstar Online, Harith Iskandar menerangkan yang dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak. Kata Harith:-
Dalam kes-kes sensitif sebegini, lebih baik kita mendiamkan diri daripada cuba membuat lawak, gurauan dan sindiran yang tidak kena tempat. Rakyat Malaysia tidaklah “open minded” untuk menerima lawak-lawak sebegini. Semua benda pun hendak dikontroversikan. Mungkin satu hari nanti akan tiba jua masanya untuk kita lebih bersikap terbuka. Semoga selepas ini Harith lebih berhati-hati. Baca Yang Ini Pulak:- |
Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Wall’s Posted: 11 May 2014 09:03 PM PDT Sejak bergelar ayah, kadangkala Abang Nara rasa bersalah juga kerana tidak banyak meluangkan masa bersama anak tercinta. Iyerlah, diri ini selalunya memang sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan. Hujung minggu pun jarang dapat melakukan aktiviti bersama-sama. Akibatnya, Aariz (nama anak Abang Nara) jadi lebih rapat dengan emaknya. Jeles memang jeles bila tengok Aariz asyik melekat dengan emaknya, tapi nak buat macam mana memang diri sendiri yang bersalah kerana tak luangkan masa berkualiti dengan anak tercinta. Jadi apabila mendapat jemputan ke majlis Wall's Scoops of Happiness di The Publika baru-baru ini, Abang Nara menjerit kegembiraan. Bukan apa, selalu kalau dapat jemputan ke majlis, hanya Abang Nara seorang je yang dijemput. Aariz kena tinggalkan kat rumah. Namun kali ini, aktiviti yang akan diadakan di majlis Wall's Scoops of Happiness ini memang khas untuk ibu bapa dan anak-anak mereka. Tujuannya tak lain tak bukan untuk "family bonding" atau dalam bahasa Melayunya, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Abang Nara tertanya-tanya juga apa aktiviti yang boleh dilakukan yang melibatkan aiskrim Wall's untuk mengeratkan lagi hubungan antara Aariz dan diri ini. Yang Abang Nara tahu, makan aiskrim bersama-sama je lah. Heheh. Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita boleh lakukan dengan aiskrim Wall's ini. Untuk tujuan demonstrasi, pihak Wall's telah menjemput Samantha Lee yang merupakan seorang pakar dalam bab menghias makanan. Samantha sangat popular serta terkenal dengan kekreatifannya dalam membuat dekorasi yang amat unik dan menarik. Dengan tema "Fairytale Land", Samantha Lee telah menunjukkan kehebatannya menghias makanan menggunakan bahan-bahan seperti seperti coklat, cupcakes, buah-buahan dan paling penting, aiskrim Wall's. Terkagum Abang Nara dibuatnya. Antara hiasan yang dilakukan oleh Samantha ialah orang salji, lanun comel dan heroin dari China. Secara ikhlas, mula-mula Abang Nara ingat memang susah nak buat semua ini, tapi apabila melihat demo yang ditunjukkan oleh Samantha, terasa senang pulak. Hanya perlu gunakan bahan-bahan yang ada secara kreatif. Ketika Samantha Lee sedang sibuk menghias, pengacara majlis telah membuat satu pengumuman yang menyebabkan para hadirin bersorak keriangan. Bersempena dengan kempen Wall's Scoop of Happiness ini, pihak Wall's akan menganjurkan satu peraduan yang diberi nama Taste Joy in Disneyland. Peraduan ini amat mudah. Hanya perlu buat hiasan makanan seperti yang ditunjukkan di www.wallsindisneyland.com dan YouTube Scoop of Happiness dan anda satu keluarga berpeluang untuk terbang ke Disneyland Paris untuk bercuti. Setelah pengumuman ini dilakukan, semua yang hadir terus fokus dan siap ambil nota tentang teknik hiasan makanan yang ditunjukkan oleh Samantha. Teruja sangat nak menang dan nak ke Disneyland Paris. Samantha Lee di atas sedang membuat Pirate guna Wall's Selection Oreo. Selesai demonstrasi oleh Samantha Lee, Abang Nara, Aariz dan 2 orang lagi rakan sepasukan mula membuat hiasan makanan kami. Seronok sangat-sangat aktiviti ini. Aariz sangat-sangat teruja. Habis semua bahan dicubanya. Paling kelakar apabila buah oren yang sepatutnya dijadikan hiasan dimakan oleh Aariz. Abang Nara dan rakan-rakan memang tergelak habis melihat aksi comel Aariz. Bila aiskrim Wall's dikeluarkan, Aariz sempat mencubanya terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk melengkapkan makanan hiasan kami. Kadangkala Aariz nampak macam boss apabila mengeluarkan arahan dengan percakapannya yang masih tidak jelas itu. Comel sangat-sangat!!! Walaupun kumpulan kami tidak memenangi apa-apa hadiah dalam pertandingan hiasan makanan ini, Abang Nara rasa gembira sangat-sangat kerana dapat meluangkan masa yang amat berkualiti dengan Aariz. Terus Abang Nara terfikir betapa seronoknya kalau aktiviti yang sama dapat dilakukan di rumah bersama Aariz dan wife tercinta. Kalau kat rumah sendiri tentu lagi menarik sebab ada lebih banyak bahan, tiada had masa dan tak menganggu orang ramai. Secara jujur, Abang Nara tak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sebegini dengan Aariz. Memang inovatif, menyeronokkan dan menggembirakan sungguh Wall's Scoops of Happiness ini. Dan apabila mengetahui Wall's akan membawa sebuah keluarga ke Disneyland, Paris bersempena dengan kempen Wall's In Disneyland mereka, lagilah Abang Nara teruja nak buat aktiviti "family bonding" ini bersama Aariz dan wife tercinta. Buat anda yang tak kreatif macam Abang Nara, tak perlu risau kerana Wall's ada sediakan 15 resipi Scoop Of Happiness berdasarkan Fairy Tale di laman Youtube mereka. Antara yang menarik ialah Puteri Salju dan 7 Marshamallows. Kalau Abang Nara sekeluarga dapat buat yang ini confirm menang hadiah pergi Disneyland Paris. Hehehe. Hujung minggu ini Abang Nara, wife dan Aariz akan mula membuat resipi terbaik kami (tak dilupakan aiskrim Wall's sebagai pelengkap) untuk menyertai peraduan Taste Joy In Disneyland. Kami tak adalah bercita-cita nak menang pun. Paling penting, hubungan kekeluargaan antara kami bertiga dapat dieratkan sambil melakukan aktiviti ini. Kalau menang itu dikira bonus. Korang pun jomlah cuba beramai-ramai. Kalau tak menang sekurang-kurangnya anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tercinta. Tak gitu? Informasi lanjut layari www.wallsindisneyland.com Baca Yang Ini Pulak:- |
Pian Cecupak Marah Gelaran “Datuk” Dipertikai Posted: 11 May 2014 08:35 PM PDT Selaku seorang “Datuk” sepatutnya Pian Cecupak kena lebih rileks dan cool apabila perkara seumpama ini terjadi. Barulah sesuai dengan taraf “Datuk” yang dikurniakan oleh kerajaan Naning kepada anda. Jadi “Datuk” kena macho, tabah dan tenang walaupun gelaran anda dipertikai, dikutuk dan dipersendakan oleh orang ramai. Semua ini harus dianggap sebagai satu cabaran dan satu dugaan selepas memiliki anugerah yang pastinya menjadi idaman ramai. Orang ramai mempertikaikan gelaran “Datuk” oleh kerajaan Naning ini kerana memang sebelum ini ada artikel pada tahun 2011 yang memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan anugerah dan gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran. Kiranya ada bukti dan ada dasar untuk pertikaian. Bukan saja-saja. Membaca luahan hati Pian Cecupak, sedikit sebanyak terasa juga kesedihan yang sedang dialaminya. Kata Pian Cecupak menerusi Mstar Online:-
Tak apalah Pian. Semoga dengan pemberian anugerah “Datuk” daripada kerajaan Naning ini, kerjaya Pian akan kembali memuncak semula. Sekurang-kurangnya kontroversi yang timbul ini telah menaikkan nama anda kembali. Harap-harap selepas ini akan ada banyak tawaran kerja untuk Pian. Jangan letak harga yang tinggi melambung sebab dah bergelar “Datuk” pulak. Hehehe.
P.S: Abadikanlah detik-detik paling bermakna dalam hidup anda dengan bidikan gambar-gambar oleh Ryaniez Moments Photography yang pastinya akan menjadi kenangan terindah buat selamanya. Bermula dengan RM1400, saat-saat air mata anda mengalir ketika sah diijabkabulkan akan diabadikan dalam album gambar yang amat berkualiti. SMS/Whatsapp Hash 0192044408 atau Wafi 0139451436 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk lihat hasil kerja mereka. Baca Yang Ini Pulak:- |
AR Badul Terkilan Pelawak Muda Tidak Hadiri Majlis Pengkebumian Aziz Sattar Posted: 11 May 2014 08:10 PM PDT Pemergian Datuk Aziz Sattar sememangnya meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam kepada industri hiburan tanah air lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar pelawak. Namun begitu, ketika majlis pengkebumian beliau, tidak kelihatan pelawak-pelawak muda yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Perkara ini nyata mengecewakan AR Badul yang meluahkan rasa marah dan terkilan dengan sikap para pelawak generasi baharu ini. Secara jujur, memang wajar untuk AR Badul meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi dengan status Allahyarham Aziz Sattar sebagai pelawak lagenda yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pelawak-pelawak muda. Kata AR Badul:-
Kalau tak silap Abang Nara, minggu lepas ada terbaca yang pelawak-pelawak muda ini seperti Zizan Razak, Shahroll Shiro dan ramai lagi tidak dapat hadir kerana kekangan jadual penggambaran. Kalau pihak produksi tak bagi perlepasan, memang sukar untuk mereka mencuri sedikit masa untuk menziarahi Allahyarham. Tak apalah. Semoga di masa hadapan, kesemua pihak lebih sensitif dan bertimbang rasa lebih-lebih lagi kalau melibatkan pemergian seorang legenda seni tanah air. Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Datuk Aziz Sattar. P.S: Proton Preve dan Suprima S dapat 5 bintang NCAP Baca Yang Ini Pulak:- |
Jue Aziz & Bayu Daniels Sudah Bergelar Suami Isteri? Posted: 11 May 2014 07:51 PM PDT Terkejut juga Abang Nara membaca kisah Jue Aziz dan Bayu Daniels yang dikatakan sudah pun bergelar suami isteri di Metro Ahad semalam. Iyerlah, tak ada majlis, tak ada hebahan, tup-tup khabarnya mereka sudah bernikah. Maka Abang Nara pun membuat penyiasatan sedikit untuk mengesahkan berita ini. Menerusi akaun Instagram Bayu Daniels yang merupakan seorang gitaris kumpulan DV8 dari Indonesia, dilihat banyak gambar-gambar mereka berdua dikongsi untuk tatapan para peminat. P.S: Kasut dengan tema aiskrim yang sangat cool
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment