Masyarakat Luar Mendapat Dosa Percuma – Rebecca Nur Islam
Masyarakat Luar Mendapat Dosa Percuma – Rebecca Nur Islam |
- Masyarakat Luar Mendapat Dosa Percuma – Rebecca Nur Islam
- Ada Sabotaj Untuk Menjatuhkan Saya – Nur Fathia
- Felixia Yeap Bakal Peluk Islam Ramadhan Ini
- Tolong Jangan Hukum Saya Dengan Cacian & Tohmahan – Fiza Elite
| Masyarakat Luar Mendapat Dosa Percuma – Rebecca Nur Islam Posted: 24 Apr 2014 11:33 PM PDT Minggu ini ramai sungguh selebriti yang bercerita mengenai dosa dan pahala. Satu perkembangan yang sihat kerana kelihatan usaha untuk mereka belajar lebih mendalam mengenai agama Islam. Rebecca Nur Islam yang sebelum ini dikecam kerana memakai pakaian sendat dan bertudung, tampil memaklumkan penyebaran gambar miliknya itu menyebabkan masyarakat mendapat dosa percuma. Sebenarnya Abang Nara agak pelik juga kerana sebelum ini Rebecca Nur Islam ada memaklumkan yang dia sudah menjual kesemua baju seksi miliknya. Ini bermakna baju merah ketat ala-ala “Teletubbies” ini mungkin baru dibeli olehnya. Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca menulis:-
Walaupun akaun Instagram adalah “private”, para pengikut yang sedia ada masih lagi mampu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rebecca Nur Islam. Itu yang bila ada gambar pelik sikit terus tersebar seperti goreng pisang panas. Kalau taknak benda sebegini berlaku lagi, Abang Nara nasihatkan tutup sahaja akaun Instagram. Tak pun “block” semua follower dan pastikan yang mengikuti anda hanya ahli keluarga sahaja. Itu adalah langkah yang terbaik pada pandangan Abang Nara. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Ada Sabotaj Untuk Menjatuhkan Saya – Nur Fathia Posted: 24 Apr 2014 11:21 PM PDT Ya susah sungguh menjadi Nur Fathia. Dikurniakan wajah cantik, populariti dan kekasih yang hensem pastinya membuatkan orang lain cemburu. Baru-baru ini kalau anda perasan, cerita kegagalan Fathia menghadiri satu sesi penggambaran telah pun tersebar di dada akhbar. Tindakan Fathia yang tidak menghadiri sesi itu menyebabkan pihak terbabit mengalami kerugian wang ringgit dan juga masa. Menerusi Harian Metro hari ini, Fathia melahirkan rasa kekecewaan dan kebengangannya kerana tersebarnya cerita tersebut. Menurut Fathia, pihak yang menjaja cerita itu telah pun mengesahkan masalah itu selesai pada hari kejadian. Kata Fathia:-
Biasalah itu manusia. Kadang-kadang mulut cakap lain, hati fikir lain. Tak boleh nak salahkan mereka juga. Mungkin Fathia lepas ini perlu lebih menepati masa dan memaklumkan secepat mungkin sekiranya ada sebarang kelewatan. Ambil ini sebagai pengajaran dan anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan seorang selebriti. P.S: Pembungkusan jenama terkenal untuk produk asas Baca Yang Ini Pulak:- |
| Felixia Yeap Bakal Peluk Islam Ramadhan Ini Posted: 24 Apr 2014 07:37 PM PDT Akhirnya penantian orang ramai berakhir juga. Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan yang akan datang. Sebelum ini, banyak pihak yang tertanya-tanya dan beranggapan Felixia sengaja mencari publisiti dengan berjubah dan memakai tudung.
Selepas memeluk Islam kelak, apa yang tinggal untuk Felixia Yeap adalah seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbingnya dan mendalami agama Islam. Abang Nara yakin mampu memenuhi tanggungjawab itu sayangnya diri ini sudah tidak “available”. Jadi Abang Nara bagi can kat jejaka-jejaka lain di luar sana untuk membimbing Felixia Yeap. Hehehe. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap. P.S: Honda City baharu catat rekod jualan Baca Yang Ini Pulak:- |
| Tolong Jangan Hukum Saya Dengan Cacian & Tohmahan – Fiza Elite Posted: 24 Apr 2014 07:17 PM PDT Kesian juga Abang Nara membaca luahan hati Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya. Selepas desas-desus penceraiannya dengan Adam mula bertebaran, ada pihak yang menyalahkan Fiza dalam hal ini. Pelik juga kerana rasanya tak ada pula Fiza atau Adam bercerita mengenai punca keretakan rumah tangga mereka. Kesian juga Fiza dipersalahkan. Mentang-mentanglah rumah tangga Fiza sebelum ini turut berakhir dengan penceraian. Menerusi laman Instagramnya, Fiza telah memohon para peminatnya untuk tidak menghukum dirinya dengan cacian dan tohmahan. Sebagai seorang isteri, Abang Nara pasti Fiza adalah orang yang paling bersedih dengan apa yang sedang terjadi terhadap perkahwinannya. Tulis Fiza:-
Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment