Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Posted: 27 Apr 2014 05:00 PM PDT Seorang lelaki England yang mengakui tidak memiliki status kelamin diyakini sebagai orang pertama di dunia yang secara rasmi diakui tidak memiliki kategori gender sebagai lelaki atau pun wanita. Norrie May-Welby (48) lahir ke dunia sebagai seorang lelaki. Namun, dia kemudian memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada 1990 ketika berusia 28 tahun. Setelah itu, dia merasa tidak bahagia menjadi seorang perempuan dan akhirnya Norrie memutuskan untuk menjadi seorang "neuter". Dan hasilnya, dia sekarang secara rasmi diakui sebagai seseorang yang tidak memiliki gender secara spesifik. May-Welby pernah berhijrah ke Australia pada usia tujuh tahun. Dia lahir dan dibesarkan di Paisley, kota Renfrewshire, England. Kerajaan England menolak mengeluarkan akta kelahiran untuk Norrie kerana tidak dapat membuat klasifikasi baru untuk status warga tanpa gender. Selain itu, doktor juga mengakui tak boleh memastikan jenis kelamin dari tubuh lelaki ini. "Konsep lelaki atau wanita tidak sesuai buat saya. Kesimpulan paling sederhana adalah tidak memiliki salah satu identiti," ungkap Norrie. Lembaga Kepercayaan Gender England menyatakan tidak ada halangan dengan pilihan yang diambil Norrie. "Banyak orang menyukai idea untuk menjadi orang tanpa gender," kata seorang jurucakap. |
Remaja Perempuan Ditanam Hidup-Hidup Kerana Ada Teman Lelaki Posted: 27 Apr 2014 04:30 PM PDT Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di tenggara Turki kerana beliau didakwa memiliki rakan lelaki. Hasil maklumat, polis berjaya menemui mayat Medine Memi ditanam dalam keadaan duduk dengan tangan terikat dalam sebuah lubang sedalam dua meter di reban ayam berhampiran rumahnya di Kahta, Adiyaman, 40 hari selepas beliau dilapor hilang. Bedah siasat menemui tanah di dalam perut dan paru-paru, mengesahkan Medine ditanam hidup-hidup. "Tiada tanda menunjukkan beliau pengsan atau diracun. Dalam erti kata lain beliau sedar sepenuhnya ketika ditanam," kata pakar. Bapa dan datuk Medine kini ditahan pihak berkuasa. Dalam soal siasat, bapanya menyatakan, keluarganya tidak suka beliau memiliki kawan lelaki. Kes pembunuhan menebus maruah berlaku di wilayah didiami puak Kurdish di tenggara Turki. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment