Anzalna Nasir Bersantai di Pantai Pakai Gaun Ketat
Anzalna Nasir Bersantai di Pantai Pakai Gaun Ketat |
- Anzalna Nasir Bersantai di Pantai Pakai Gaun Ketat
- Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab, Nafi Mahu Kahwin
- Gambar Wajah Terkini Nasha Aziz yang Menakutkan
- Penyokong Liverpool – Chelsea Bergaduh
- Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental
- Setuju Henti Jual Arak Dalam Pesawat
- Fara Fauzana Kini Dalam Proses Untuk Berhijab
- Sah Bercerai: Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumah Tangga Jadi Pengetahuan Umum
- Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia
- Respon Safee Sali Gagal Jaringkan Gol Penalti Malaysia vs Filipina
Anzalna Nasir Bersantai di Pantai Pakai Gaun Ketat Posted: 28 Apr 2014 02:43 AM PDT Anzalna Nasir Bersantai di Pantai Pakai Gaun Ketat | Setiap orang punyai citarasa dan keseronokan sendiri untuk melakukan aktiviti santai seperti berjalan-jalan di pusat membeli belah, beriadah di taman-taman menarik, menonton wayang dan sebagainya.
Korang boleh perhatikan foto penampilan Anzalna di bawah yang begitu memukau dan amat memikat hati. Penulis guarantee, sesiapa pun jejaka yang terserempak dengannya di mana-mana pantai yang beliau lawati pasti akan terpaut hati dan tidak senang duduk. – sumber -
|
Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab, Nafi Mahu Kahwin Posted: 28 Apr 2014 02:37 AM PDT Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab, Nafi Mahu Kahwin | Menerusi gambar beliau di laman sosial sejak kebelakangan ini, peminat boleh melihat yang Fara Fauzana sudah mula menggayakan selendang untuk menutup sebahagian kepalanya dan ada juga cakap cakap mengatakan beliau bakal berhijap tidak lama lagi. Ketika hadir ke majlis kemuncak Kunci AM Krew yang berlangsung di Berjaya Times Square baru baru ini, Fara Fauzana turut mendapat perhatian media kerana sekali lagi tampil berselendang & berkata beliau dalam proses untuk berhijab penuh.
Bercakap kepada GUA, Fara Fauzana turut berkata yang beliau tidak mahu orang luar keliru dengan penampilannya sebelum ini dan lebih gemar berdiam diri apabila diajukan soalan tentang bertudung ini namun sekarang sudah bersedia untuk memberikan komen.
Namun Fara Fauzana menafikan yang perubahan positif beliau ketika ini mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk berumah tangga namun penyampai radio popular ini tidak menolak jika sudah tiba jodoh. Belum ada calon katanya.. – sumber - |
Gambar Wajah Terkini Nasha Aziz yang Menakutkan Posted: 28 Apr 2014 02:27 AM PDT Gambar Wajah Terkini Nasha Aziz yang Menakutkan | Apa dah jadi dengan wajah pelakon jelita, Nasha Aziz? Lain macam je penulis tengok pula. Dia buat pendedahan ke ni atau sekadar make-up je? Bagaimanapun jom kita layan dua gambar wajah Nasha Aziz terkini. - sumber - |
Penyokong Liverpool – Chelsea Bergaduh Posted: 28 Apr 2014 02:17 AM PDT Penyokong Liverpool- Chelsea Bergaduh | SUASANA tegang tercetus di luar Stadium Anfield pada Ahad selepas penyokong Liverpool bertempur dengan peminat Chelsea. Insiden itu tercetus di Jalan Anfield selepas segelintir penyokong Chelsea menyanyikan lagu yang mengutuk ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard. Ketegangan itu bermula apabila seorang daripada penyokong Liverpool yang tidak dapat menahan kekecewaan bertindak menumbuk pengikut Chelsea. Kehadiran polis yang tepat pada masanya bagaimanapun berjaya menyekat pergaduhan daripada menjadi lebih serius dengan pembabitan jumlah penyokong Liverpool yang ramai. Hasrat Liverpool untuk meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 24 tahun lalu tanpa menghabiskan baki perlawanan terbantut apabila mereka tewas 0-2 kepada Chelsea. Persaingan liga juga semakin terbuka apabila Manchester City berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0 hasil jaringan Edin Dzeko dan Yaya Toure. – sumber - |
Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental Posted: 27 Apr 2014 09:12 PM PDT Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental | Sekali sekala takpe juga. Aku rasa di zaman media sosial bermaharajalela neh tiada sesiapa pun yang tak pernah selfie. Mungkin semua ataupun hampir semua orang pernah tetapi tidak la sampai asyik2 selfie aje memanjang. Yang tu memang kategori kemaruk berselfie la jawabnya. Ada dua punca utama yang menyebabkan orang kerap berselfie ikut kajian. 1. Lack of confidence. Dia rasa hanya dengan selfie dia boleh dapat puji pujian atas wajah dia. Baik lelaki atau perempuan. 2. Attention seeker / desperately looking for compliment. Dia cantik dan hensem. Tetapi mencari perhatian dan populariti (like, komen) sebab kekurangan kasih sayang.
Baru-baru ini rakyat Malaysia memerhatikan perangai Najib Razak sangat suka kepada selfie. Aku rasa biarlah. Bukan dia sorang je gemar berselfie. Ramai lagi di luar sana pun suka berselfie. Janji tak kacau orang sudahla. Cuma sekarang ini rakyat juga semacam pelik dengan tingkah laku Najib yang seolah2 macam kemaruk berselfie. Yang terbaru dia berselfie dengan Obama. Ketagih berselfie satu hal. Tetapi dalam pada sibuk berselfie tu sempat pula mama Rosmah enterframe kat belakang. Seram ke tak seram korang rasa? Gambar Obama pegang HP kamera untuk berselfie dengan Najib. Mama di belakang dok perati je tue ; Hasil akhir selfie mereka berdua. Pemimpin2 tertinggi dari dua buah negara yang berbeza. USA and Malaysia. Kemain lagi Najib. Asyik tersebar gambar2 Najib berselfie je semenjak dua menjak neh yer. Macam kemaruk ketagih selfie je aku tengok. Entahla. Hehe. Aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin amatla berharap jika Najib sudi2 luangkan masa untuk baca laporan berita kat bawah neh ; |
Setuju Henti Jual Arak Dalam Pesawat Posted: 27 Apr 2014 09:03 PM PDT Setuju Henti Jual Arak Dalam Pesawat | Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu. Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.
Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan. "Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya. Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras. Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja. Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat.
|
Fara Fauzana Kini Dalam Proses Untuk Berhijab Posted: 27 Apr 2014 08:56 PM PDT Fara Fauzana Kini Dalam Proses Untuk Berhijab | Menerusi gambar beliau di laman sosial sejak kebelakangan ini, peminat boleh melihat yang Fara Fauzana sudah mula menggayakan selendang untuk menutup sebahagian kepalanya dan ada juga cakap cakap mengatakan beliau bakal berhijap tidak lama lagi. Ketika hadir ke majlis kemuncak Kunci AM Krew yang berlangsung di Berjaya Times Square baru baru ini, Fara Fauzana turut mendapat perhatian media kerana sekali lagi tampil berselendang & berkata beliau dalam proses untuk berhijab penuh.
Fara Fauzana turut berkata yang beliau tidak mahu orang luar keliru dengan penampilannya sebelum ini dan lebih gemar berdiam diri apabila diajukan soalan tentang bertudung ini namun sekarang sudah bersedia untuk memberikan komen.
Namun Fara Fauzana menafikan yang perubahan positif beliau ketika ini mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk berumah tangga namun penyampai radio popular ini tidak menolak jika sudah tiba jodoh. Belum ada calon katanya.-rotikaya |
Sah Bercerai: Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumah Tangga Jadi Pengetahuan Umum Posted: 27 Apr 2014 08:49 PM PDT Sah Bercerai: Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumah Tangga Jadi Pengetahuan Umum | Persoalan ramai tentang kisah rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite selama beberapa bulan ini terjawab apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada tengah hari Isnin (28 April 2014) Sebelum prosiding kes penceraian mereka berlangsung, Fiza Elite ada membuat permohonan lisan kepada hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri supaya sebutan kes mereka berlangsung tanpa kehadiran orang luar termasuk para media.
Fiza Elite menambah (melalui video di atas) yang keputusan untuk menjalankan prosiding secara tertutup kerana mahu mengelakkan tulisan tidak baik oleh pihak media yang mungkin akan dibaca oleh anak anaknya di masa hadapan. “Biarlah saya dan Adam sahaja tahu apa masalah dalaman yang kami ada — benda ini melibatkan masa depan dan periuk nasi saya. Dan apa yang ditulis nanti kemungkinan dibaca oleh anak anak saya. Saya harap semua hormati keputusan saya,” tambahnya lagi. -ROTIKAYA |
Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia Posted: 27 Apr 2014 11:04 AM PDT Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia | Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61. Jenazah Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, Isnin.
Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. – sumber - |
Respon Safee Sali Gagal Jaringkan Gol Penalti Malaysia vs Filipina Posted: 27 Apr 2014 10:58 AM PDT Respon Safee Sali Gagal Jaringkan Gol Penalti Malaysia vs Filipina | Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali mungkin menjadi orang yang paling kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina di Cebu semalam. Dia seharusnya sebagai seorang wira, tetapi sepakan penalti yang diambil beberapa minit sebelum perlawanan berakhir diselamatkan oleh Patrick Deyto.
Kegagalan Safee itu bagaimanapun dipertahankan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang menyifatkan nasib tidak memihak kepada penyerang Johor Darul Ta'zim itu yang telah mencuba sehabis baik.
- sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment