Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi
Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi |
- Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi
- Barack Obama Obama Turun Malaysia, Kawalan Keselamatan Di KL Diperketat
- Saleh Yaakob Dedah Wajah Terkini EMI, Isteri Keempat
- Gambar Romantis Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand
- Linda Hashim Bersalin, Wajah Anak Jelita Clarissa Didedahkan
- Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri
- Gunakan Bomoh Untuk Berjaya, Apa Komen Hafiz Suip?
- Maria Farida Hentam Sikap Playboy Shah Jaszle
- Tunang Komen Tentang Shahrizal Jaszle Ada Kekasih Baru
- [BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada
| Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi Posted: 23 Apr 2014 01:39 AM PDT Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi | Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini. Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.
Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan. Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.
Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.
|
| Barack Obama Obama Turun Malaysia, Kawalan Keselamatan Di KL Diperketat Posted: 23 Apr 2014 01:17 AM PDT Barack Obama Obama Turun Malaysia, Kawalan Keselamatan Di KL Diperketat | Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini. Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan. Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan 'zon larangan terbang' dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu. Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini. Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: 'Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda." Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi 'melindungi' laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.
|
| Saleh Yaakob Dedah Wajah Terkini EMI, Isteri Keempat Posted: 23 Apr 2014 01:10 AM PDT Saleh Yaakob Dedah Wajah Terkini EMI, Isteri Keempat | Jom layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi. Usia isterinya masih muda iaitu 26 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh Salleh Yaakob ye. Kelihatan Saleh Yaakob begitu bahagia jika dilihat dari raut wajahnya. |
| Gambar Romantis Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand Posted: 22 Apr 2014 09:46 PM PDT Gambar Romantis Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand| Akhirnya Aidil Zafuan dan Zarema Zainal berpeluang juga untuk berbulan madu selepas sudah bergelar suami isteri lebih kurang 2 bulan. Destinasi “honeymoon” mereka tidak lain tidak bukan ialah Krabi, Thailand.Penulis pun pernah sampai ke Krabi bersama isteri dan anak tercinta. Memang cantik tempatnya terutama buat mereka yang suka menyelam. Memang terbaik!!! Seronok penulis melihat pasangan suami isteri ini melakukan aktiviti-aktiviti bersama sepanjang berada di Krabi. Naik motor sesama, tengok Muay Thai, menyelam dan macam-macam lagilah. Pastinya sepanjang bulan madu ini, hubungan mereka lebih rapat dan makin mengenali antara satu sama lain. Semoga ada berita gembira mengenai cahaya mata kelak.-beautifulnara Semoga terus berbahagia hingga akhir hayat |
| Linda Hashim Bersalin, Wajah Anak Jelita Clarissa Didedahkan Posted: 22 Apr 2014 09:39 PM PDT Linda Hashim Bersalin, Wajah Anak Jelita Clarissa Didedahkan| Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu. Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, isterinya yang kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud 'Jelita Yang Jelas'. Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka.
Beego dan Linda berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.-mstar |
| Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri Posted: 22 Apr 2014 09:34 PM PDT Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri| Tiada apa yang perlu disedihkan. Tiada apa yang perlu ditangiskan. Seharusnya Redzwani Puteri bersyukur kerana Shah Jaszle mengakui sudah mempunyai kekasih baru. Penulis yakin ada lelaki lebih baik di luar sana yang menanti Redzwani Puteri. Anggaplah ini semua satu dugaan dan cabaran dalam usaha untuk bertemu lelaki yang lebih baik dan lebih sempurna berbanding bekas tunangnya itu. Penulis harap kali ini Redzwani Puteri benar-benar sudah melupakan dan tidak lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Shah Jaszle. Cukuplah pengorbanan anda selama ini. Berkata kepada Mstar Online, Redzwani Puteri mengakui tidak lagi mempunyai perasaan sayang terhadap pelakon tersebut. Kata Puteri:-
Dengan ijazah doktor yang bakal diterima oleh Redzwani Puteri,Penulis yakin ramai lelaki lain di luar sana yang akan merebut cintanya. Percayalah akan ada pengakhiran yang menggembirakan buat anda. Yang penting tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Pedulikanlah orang yang tidak pandai menghargai segala jasa dan pengorbanan kita. Marilah kita doakan yang terbaik buat Redzwani Puteri.-beautifulnara |
| Gunakan Bomoh Untuk Berjaya, Apa Komen Hafiz Suip? Posted: 22 Apr 2014 09:27 PM PDT Gunakan Bomoh Untuk Berjaya, Apa Komen Hafiz Suip?| Kalau ketika ini ditanya penyanyi manakah yang menjadi kegilaan & rebutan ramai pihak? Siapa lagi yang harus kita berikan namanya, kalau bukan jutawan muda Hafiz Suip. Dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sejak tahun lalu hingga kini, Hafiz cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Namun dalam pada jejaka 23 tahun ini rancak mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya, timbul dakwaan kononnya segala yang dikecapi itu bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Dalam erti kata lain, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, semalam. Bagaimanapun Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah dalam perjalanan untuk berjaya.
Sementelah, tidak cukup dengan dakwaan guna ilmu hitam, Hafiz dituduh pula mengambil dadah. Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun ‘Deritaku Bahagiamu’ ini dilihat kini semakin susut. Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bakan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.-rotikaya |
| Maria Farida Hentam Sikap Playboy Shah Jaszle Posted: 22 Apr 2014 06:50 PM PDT Maria Farida Hentam Sikap Playboy Shah Jaszle | Salah seorang mangsa pelakon terkenal Shah Jaszle iaitu Maria Farida telah tampil memberikan komen terhadap isu Shah Jaszle yang kini sudah putus tunang gara-gara sudah bertemu kekasih baru. Maria Farida menyatakan dirinya langsung tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada Shah Jaszle ketika ini kerana itu semua merupakan kesilapan dirinya sendiri.
Cuma nasib dia yang kali ini paling besar,” kata Maria Farida dengan panjang lebar. Pada masa yang sama, Maria Farida turut melahirkan rasa simpati dengan tunang Shah Jaszle iaitu Redzwani Puteri yang masih mempercayai aktres buayaa darat itu walaupun dia secara terangan mengetahui pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh kekasihnya.
- sumber - |
| Tunang Komen Tentang Shahrizal Jaszle Ada Kekasih Baru Posted: 22 Apr 2014 06:42 PM PDT Tunang Komen Tentang Shahrizal Jaszle Ada Kekasih Baru | Bekas tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri, 26, berkata, selepas mendapat tahu Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Hanis Husna, perasaan sayangnya terhadap lelaki itu sudah pun pudar.
Pada Sabtu lalu, Shahrizal, 26, telah memuat naik foto mesra di laman Instagram miliknya bersama Hanis sedangkan dia dikatakan masih lagi tunangan orang. Wanita terbabit dalam satu laporan sebuah akhbar pada Selasa mendedahkan mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih selepas Shahrizal memutuskan hubungannya dengan Redzwani. Dalam pada itu Redzwani enggan mengulas panjang mengenai status hubungannya dengan Shahrizal namun mendoakan agar pelakon itu bahagia dengan wanita berkenaan.
Ditanya adakah Redzwani masih lagi menyayangi dan mencintai Shahrizal, wanita itu menjawab: "Tidak." Dalam laporan juga menyebut, ibu Shahrizal yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 69, pula berasa sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap hubungan anaknya dengan Redzwani sebagai sudah tiada jodoh. Zaleha berkata, pasangan berkenaan sudah berakhir secara rasmi sejak akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani memulangkan semula cincin pertunangan.
Apa nak buat, mungkin tiada jodoh mereka untuk bersama," katanya dan juga enggan memberi sebarang komen mengenai kekasih baru Shahz Jaszle sebaliknya akan bertanyakan hal itu selepas anaknya dari penggambaran drama di Australia, nanti. - sumber - |
| [BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada Posted: 22 Apr 2014 11:18 AM PDT [BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada | Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 – dan kini cuba untuk menutupinya. Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.
Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam. Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit). Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui. Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.
MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan. Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB – sumber - |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment