Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira
Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira |
- Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira
- Menangi Sebahagian RM30,000 Dalam Telinga Power Suria FM
- (15 GAMBAR)Pra Perkahwinan Misha Omar & Firos Ezzwan
- Ashraf Muslim Namakan Anaknya Sarah Ashraf
- (VIDEO)Serius Sweet, Emma Maembong Paksa Zizan Cakap Sayang Kepadanya
- Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Liyana Manan
Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira Posted: 15 Apr 2014 03:20 AM PDT Nampaknya niat Engku Emran untuk berbaik semula dengan dirinya telah membuatkan Erra Fazira tertekan. Abang Nara memahami perasaan Erra. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak cakap “ya” pun tak boleh, nak cakap “tidak” lagilah tak boleh. Walaupun penyatuan semula adalah satu perkara yang sangat baik, sedikit sebanyak liputan yang diberikan terhadap usaha bekas suaminya pasti menganggu emosi Erra Fazira. Berkata kepada Harian Metro, Erra Fazira menegaskan bahawa hal ini adalah bukan satu perkara yang mudah. Kata Erra:-
Betul juga kata Erra itu. Kita selaku peminat pasti tidak tahu apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga berakhir dengan penceraian. Pada pandangan kita, kalau mereka bertaut kembali sudah tentu ia akan berakhir dengan kegembiraan seperti dalam filem. Namun buat Erra, mungkin perpisahan adalah kebahagiaan buat dirinya. Kita tak tahu kan? Apa pun, selaku peminat, marilah kita doakan yang terbaik buat Engku Emran, Aleesya dan juga Erra Fazira. Baca Yang Ini Pulak:- |
Menangi Sebahagian RM30,000 Dalam Telinga Power Suria FM Posted: 15 Apr 2014 12:27 AM PDT Oh yeah~~~~~~ Abang Nara suka sangat dengan peraduan terbaru Suria FM ini. Bukan apa, telinga Abang Nara memang cekap mengesan bunyi-bunyi yang pelik ini. Telinga ala-ala Superman gitu. Lebih-lebih lagi apabila RM30,000 ditawarkan untuk meneka dalam peraduan Telinga Power Suria FM ini yang bermula dari 7 April sehingga 2 Mei 2014. Baru-baru ini ada seorang pendengar Suria FM telah berjaya memenangi RM6,000 apabila berjaya meneka bunyi yang diberikan dengan tepat. Memang power sungguh telinga pendengar itu. Kalau tak silap Abang Nara, jawapan yang diberikan ialah kerusi pejabat. Memang sukar untuk diagak kan? Korang jangan risau, sebab di laman web Suria FM ada pembayang-pembayang yang diberikan untuk memudahkan tekaan. Setiap bunyi yang harus diteka bernilai RM500 dan sekiranya gagal diteka, wang tersebut akan digandakan dan dibawa ke segmen seterusnya. Ada 3 segmen yang akan menawarkan peluang ini iaitu:-
Apa yang anda perlu lakukan ialah menjadi pemanggil pertama di di talian 03-77242115 dan teka bunyi apakah yang dimainkan. Yang penting, sentiasalah melawat Facebook Suria FM dan juga laman web Suria FM untuk mendapatkan pembayang terkini. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000 menerusi peraduan Telinga Power Suria FM. Pasti berbaloi-baloi!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Pra Perkahwinan Misha Omar & Firos Ezzwan Posted: 15 Apr 2014 12:16 AM PDT Bakal bergelar suami isteri pada 2 Mei ini, Misha Omar dan Firos Ezzwan telah mengabadikan detik-detik terakhir berstatus “single” menerusi gambar pra perkahwinan yang dibidik oleh TheJoeZakaria. Terserlah malu-malu kucing bakal pasangan mempelai ini. Pasti mereka berdua teruja untuk sah menjadi suami isteri setelah menghadapi pelbagai rintangan. Semoga semuanya berjalan lancar buat Misha dan Firos. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar pra perkahwinan pasangan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Lebih banyak gambar boleh dilihat di TheJoeZakaria.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Ashraf Muslim Namakan Anaknya Sarah Ashraf Posted: 14 Apr 2014 10:52 PM PDT Cantik nama anak sulung Ashraf Muslim. Nama penuh si puteri ini ialah Sarah Ashraf binti Mohd Ashraf. Telah pun keluar dari hospital, baru-baru ini Sarah telah ditahnikkan oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa. Semoga keberkatan daripada majlis ini menjadi Sarah seorang anak yang berguna dan solehah kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan Dayana atas kehadiran si comel ini dalam keluarga mereka. Lagi beberapa gambar Sarah Ashraf dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Ashraf Muslim. P.S: Pengganti Buggati Veyron bakal tiba
Baca Yang Ini Pulak:- |
(VIDEO)Serius Sweet, Emma Maembong Paksa Zizan Cakap Sayang Kepadanya Posted: 14 Apr 2014 10:34 PM PDT Ahhh. Apabila bercinta, semuanya manis. Semuanya gembira. Semuanya indah-indah belaka. Abang Nara memahami perasaan seperti berada di awang-awangan yang sedang dialami oleh Zizan Razak dan Emma Maembong. Tidak ada perasaan cemburu malah Abang Nara gembira melihat kebahagiaan mereka. Mereka memang pasangan yang sama cantik sama padan, sama kelakar dan sama comel. P.S: Bintang bergemerlapan di New Zealand Baca Yang Ini Pulak:- |
Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Liyana Manan Posted: 14 Apr 2014 10:25 PM PDT Kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais ingin bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu. Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Tarikh 16 Jun depan akan menentukan sama ada proses penceraian akan dilakukan secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa. Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment