Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima
Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima |
- Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima
- Emma Maembong Tak Kisah Kahwin Dengan Zizan Razak Di Usia Muda
- Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak, Rozita Che Wan Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk
- Saya Dengan Eina Tiada Apa-apa Hubungan Lagi – Afiq Muiz
- Saya Tidak Ada Melakukan Apa-apa Aksi Bercium – Nur Fazura
Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima Posted: 18 Apr 2014 01:47 AM PDT Entah mengapa semenjak dua ini golongan selebriti tempatan gembar mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan menyentuh sensitiviti agama. Selepas Raja Azmi dengan kenyataan tudungnya, kali ini Erma Fatima tampil menyentuh bab berkemban apabila gambar yang dikongsi di laman Instagramya dikecam ramai. Gambar yang dikongsikan oleh Erma Fatima ialah salah satu babak dalam drama “Takhta 3 Ratu” yang ada watak para gadis berkemban. Dikritik ramai, Erma tampil melahirkan rasa redhanya sekiranya kerana babak sebegitu, dirinya masuk ke neraka. Tulis Erma:-
Hmmmm.. Sukar nak bagi ulasan bab sebegini. Mungkin para produser dan pengarah negara kita perlu melihat perkembangan filem di negara Timur Tengah yang telah memenangi banyak anugerah walaupun tidak merakamkan sebarang aksi yang menyalahi syariat. Namun begitu, kata orang, tiada permintaan tiadalah penghasilan. Pasti Erma ada sebabnya sendiri untuk berbuat sedemikian. Hanya dirinya sahaja yang tahu. P.S: JPJ kenal sistem pendaftaran tanpa sempadan Baca Yang Ini Pulak:- |
Emma Maembong Tak Kisah Kahwin Dengan Zizan Razak Di Usia Muda Posted: 17 Apr 2014 07:35 PM PDT Fuhhh~~ Untunglah Zizan Razak. Kekasih hatinya si Emma Maembong yang baru berusia 22 tahun sudah pun memberikan “green light” untuk berkahwin pada bila-bila masa sahaja. Kalau Abang Nara jadi Zizan, esok masuk meminang, lusa terus kahwin. Awek yang secun Emma Maembong mana boleh simpan lama-lama. Hehehe. Walaupun menyatakan kesediaannya untuk bergelar isteri kepada Zizan, Emma memaklumkan yang belum ada tarikh yang telah dipersetujui untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Untuk makluman, baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa Zizan dan Emma bakal bernikah selewat-lewatnya Januari tahun depan. Kata Emma menerusi Kosmo:-
Bab duit rasanya memang dah cukup kot untuk Zizan dan Emma berkahwin. Sekarang ini tibalah masa untuk mendapatkan restu keluarga. Tak sabar pula rasanya nak tengok majlis perkahwinan mereka berdua. Confirm meriah dan gempak gila. Sama-samalah kita nantikan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak, Rozita Che Wan Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk Posted: 17 Apr 2014 07:19 PM PDT Abang Nara suka dengan penjelasan sempoi daripada Rozita Che Wan mengenai hadiah kereta mewah buat anaknya, Ammar Effendy. Banyak pihak di luar sana yang beranggapan Che Ta menunjuk-nunjuk dan mahu berlagak dengan menghadiahkan kereta berharga ratusan ribu ringgit kepada anaknya. Namun seperti yang Abang Nara katakan dulu, kalau dah mampu apa salahnya beri hadiah sebegitu kepada anak sendiri. Tak gitu? Penjelasan Rozita Che Wan sangat mudah untuk difahami dan sangat ikhlas. Orang tanya Che Ta jawab. Abang Nara yakin Che Ta sendiri tak sangka perkara ini akan menjadi besar. Kata Che Ta menerusi MalaysianDigest:-
Abang Nara sokong kata-kata Che Ta. Kalau dah mampu, apa salahnya berhabis sedikit untuk anak sendiri. Dengan hadiah sebegini, pastinya Ammar akan lebih bersemangat untuk mendapat keputusan cemerlang di universiti kelak. Sekali sekala beri hadiah kepada anak, mestilah yang “grand”. Takkanlah anak Che Ta nak pakai Myvi je. Tak gitu? Apa pun, diharap Che Ta dan Ammar berhati-hati dan lebih peka ketika berjalan di khalayak ramai selepas ini kerana takut juga ada pihak yang berniat jahat terhadap mereka. Semoga semuanya akan selamat. P.S: Perodua Viva terima anugerah Kenderaan Nilai Terbaik untuk wang Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Dengan Eina Tiada Apa-apa Hubungan Lagi – Afiq Muiz Posted: 17 Apr 2014 07:09 PM PDT Syukur dan gembira Abang Nara membaca perkembangan terbaru Afiq Muiz. Setelah bergaduh besar dengan ibunya tahun lalu, kini Afiq Muiz telah insaf dan tinggal bersama ibunya seperti dahulu. Malah hubungan Afiq dengan Eina Azman juga telah tamat. Lega hati Abang Nara mendengarnya. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Malah Afiq juga sempat memberi pesanan kepada masyarakat di luar sana yang bergaduh dengan ibu mereka supaya segera memohon maaf. Baguslah Afiq dapat kesedaran itu selepas semua kontroversi yang dilalui. Kata Afiq:-
Insya Allah dengan terjalinnya kembali hubungan antara Afiq dan ibu, hidup Afiq akan lebih diberkati dan dirahmati. Sesungguhnya doa seorang ibu itu sangat mustajab. Semoga hubungan baik Afiq dan ibunya tidak akan diganggu gugat lagi. Selepas ini bolehlah fokus untuk menaikkan kembali nama dalam industri hiburan seperti yang pernah dikecapi dahulu. Semoga berjaya!!! P.S: 2015 Audi RS7 edisi dinamik. Memang mengancam Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tidak Ada Melakukan Apa-apa Aksi Bercium – Nur Fazura Posted: 17 Apr 2014 06:58 PM PDT Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai khabar angin aksi berciumnya di KLIA dengan teman tapi mesranya, Randy Seidman, Nur Fazura tampil memberikan kenyataan pertamanya semalam. Mengakui baru mengetahui mengenai khabar angin itu, Fazura nyata terkejut dengan dakwaan tersebut. Kata Fazura menerusi MalaysianDigest:-
Walaupun sebelum ini dikatakan ada gambar dan video aksi Fazura itu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang bukti dipertontonkan kepada khalayak ramai. Yang bagusnya, Fazura tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita tersebut. Respek Abang Nara dengan ketenangan pelakon ini.
Diharapkan dengan penjelasan Fazura ini, semua pihak berpuas hati. Secara logiknya takkanlah artis sepopular Fazura ingin melakukan aksi sumbang di khalayak ramai. Nampak sangat tidak logik. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan keakraban Fazura dan Randy sehingga sanggup menyebarkan cerita tidak masuk akal ini. Apa pula kata anda? P.S: Rekaan sinki moden yang amat kreatif Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment