Powered by Blogger.

5 Kesilapan SEO yang membuatkan anda dihukum Google

5 Kesilapan SEO yang membuatkan anda dihukum Google


5 Kesilapan SEO yang membuatkan anda dihukum Google

Posted: 13 Apr 2014 02:50 AM PDT

5 Kesilapan SEO yang membuatkan anda dihukum Google | Tahukah anda bahawa Google mampu menghapuskan blog anda dari keputusan carian mereka?

Biasanya, anda menerima sedikit jumlah trafik daripada beberapa entri yang anda telah terbitkan. Walaupun jumlahnya bukan penyumbang utama, tetapi amaun trafik yang anda terima daripada enjin carian Google meningkat dari hari ke hari. Dan anda rasakan Google bakal menjadi punca trafik blog anda di masa hadapan.

Tiba-tiba ia terhenti.

BOOM! Setiap entri dan page blog anda lenyap daripada indeks Google. Tanpa amaran, tiada langsung nada deringan. Hilang tiba-tiba seperti anda tidak pernah wujud di alam maya itu. Pagerank 1 yang buat anda tersenyum manis tu bertukar kepada angka kosong. Pelik ni.

Dan yang paling teruk sekali?

Anda sendiri tidak tahu puncanya. Macam ada propaganda dari pihak musuh sedang melancarkan perang. Kerja hackers kah ini? Ataupun musuh politik dek kerana salah satu entri berbaur kempen PRU anda tu? Siapa pulak yang pulau anda ni. Alahai..

Ianya terjadi setiap masa, kepada sesiapa saja. Saya pernah mengalaminya. Ishk..
Bagaimana saya disenaraihitam oleh Google

Enam tahun lalu, blog saya yang berpelantarkan Blogspot telah disenaraihitam Google.

Blog informasi dan cerita menarik terkini itu selalunya menerima puluhan trafik setiap hari. Walaupun tidak pernah mencapai angka ratus itu merupakan pencapaian hebat bagi saya ketika itu. Kira power lah tu. Tapi secara tiba-tiba, tanpa hujan dan ribut, trafik yang asalnya steady terus lenyap tanpa khabar berita. Namun saya masih boleh mengakses blog dengan menaip url di browser.

Pada masa itu, saya rasa seperti seorang mangsa samun. Saya baru saja meluangkan masa tiga bulan dan beratus-ratus jam menulis entri, tetapi Google memadamkan semua usaha sekelip mata.

Hari ini saya boleh agak puncanya. Mungkin kerana saya telah mengupah kenalan dari forum Jiwang.org untuk submit blog saya ke direktori pautan yang saya sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Kononnya untuk tujuan link building.

Pada waktu itu memang saya redah saja. Sangkaan saya apa yang saya buat itu tak salah.

Dengan Google, tiada jalan singkat untuk menduduki carta utama.

Bagaimana Google berfungsi

Google berubah setiap hari.

Setiap hari, pihak Google memperbaharui dan menambahbaik algoritma untuk mengideks laman web serta menapis spam. Dua atau tiga kali setahun, mereka mengemaskini kedudukan di enjin carian yang melibatkan hampir semua laman web.

Hasilnya?

Teknik yang mungkin berkesan hari ini tidak semestinya mampu membantu anda esok hari. Percayalah. Tambah lagi, boleh mengenakan batang hidung anda sendiri.

Dulunya Google tidak terus menghukum pemilik laman web apabila mereka melanggar peraturan. Mereka cuma mengurangkan keistimewaan yang diberikan Google. Mereka tidak akan melenyapkan anda terus dari indeks Google.

Tapi sekarang, mereka lebih tegas. Walau hanya dengan kesalahan kecil, anda boleh melihat laman anda di keputusan carian hilang dalam masa beberapa jam sahaja.

Apa sebenarnya punca Google menghukum anda.

Sebenarnya, syaratnya sentiasa berubah mengikut masa, tetapi di sini disenaraikan punca utama yang senantiasa menjadi kesalahan di mata Google.
Kesilapan #1: Membeli pautan

Anda pernah perasan iklan kononnya daripada firma SEO menawarkan ratusan link dan jaminan rank pertama dengan harga tertentu. Cuma bayar dan mereka selesaikan semuanya dalam masa tertentu.

Abaikan mereka. Begini ceritanya:

Ketahuilah pautan tersebut semuanya dari laman yang bersifat spam, laman bereputasi rendah dan akaun media sosial. Memiliki pautan dari mereka ibarat meletakkan maklumat 'saya bekas banduan' dalam resume anda. Ianya langsung tidak membantu malah menghancurkan laman blog lagi.

Tidak kira betapa bijaknya pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut, kononnya takkan kantoi dengan Google. Takkan lah kakitangan dan robot Google mudah diperbodohkan.

Bak kata Nabil, " Lu pikirlah sendiri. "

Ianya takkan berfungsi.. walaupun hanya seminggu. Ingat tak pesan saya – Google berubah setiap hari. Walaupun anda tidak tertangkap hari ini, esok siapa yang tahu.

Cara terbaik?

Jangan membeli (atau menjual) link. Noktah.

 

When considering submitting to a directory, I'd ask questions like:

- Does the directory reject urls? If every url passes a review, the directory gets closer to just a list of links or a free-for-all link site.

- What is the quality of urls in the directory? Suppose a site rejects 25% of submissions, but the urls that are accepted/listed are still quite low-quality or spammy. That doesn't speak well to the quality of the directory.

- If there is a fee, what's the purpose of the fee? For a high-quality directory, the fee is primarily for the time/effort for someone to do a genuine evaluation of a url.

Matt Cutts, on behalf of Google

Link building adalah teknik SEO yang sering disalahertikan oleh pemilik blog. Namun inilah yang kita perlu kejar.

Google diibaratkan melihat sesuatu laman web daripada segi 'kejiranan'. Apabila blog anda kerap di-tag oleh laman ber-authority dan dipercayai, anda adalah sebahagian daripada 'kejiranan yang bagus'. Begitu juga sebaliknya. Ini temasuk dalam konteks kualiti pautan yang anda terima.

Bayangkan kalau blog anda mempunyai pautan kepada (dan dari) laman web lucah. Susah tu kalau tak ada kena mengena. (Ada ke?)

Konsepnya sama seperti realiti hidup, diri anda adalah dengan siapa anda bergaul dan berkawan.

Kesilapan #3: Article Marketing

Pernah dengar tentang Article Marketing?

Aktiviti ini popular sekitar tahun 2008. Idea nya adalah dengan menerbitkan artikel, 'spin' beberapa versi artikel tersebut, ubah serba sedikit ayat dan submit kepada pelbagai laman web yang mengumpul artikel percuma dengan balasan pautan kembali kepada laman anda.

Dahulunya teknik ini mampu membawa kesan besar. Ya, masih ramai blogger yang masih bergiat aktif di dalam article marketing namun aktiviti ini semakin dilupakan. Dah boleh ditayangkan di History Channel.

Tapi Google semakin bijak. Perkara yang mustahil pun mereka boleh buat. Algoritma yang diatur oleh pakar dalam Google mampu menghidu variasi dan maksud dalam artikel-artikel yang diterbitkan. Jadi jangan lah cari pasal. Saya dah cuba dengan perisian Article Spinner pun masih kantoi.

Namun alasan ini tidak mengimplikasi bahawa menulis untuk laman lain adalah idea yang salah. Guest blogging adalah cara yang terbaik untuk mempopularkan blog. Ini adalah anda menerbitkan konten yang unik untuk laman trusted, yang dikelilingi ribuan lagi authorities.

Sebaliknya tindakan menduplikasi konten dengan article marketing adalah usaha untuk memperbodohkan Google. Memang serah tengkuk pada algojo. Tak payah lah.

Kesilapan #4: Keyword stuffing

"Filling pages with keywords or numbers results in a negative user experience, and can harm your site's ranking." -Google

Kita kembali kepada isu teknikal.

Jika anda kurang biasa dengan terma ini, 'keyword stuffing' bermakna lambakan kata kunci dalam teks yang anda terbitkan dengan tujuan dan harapan ianya mampu memberbaiki ranking anda dalam carian. Sebagai contoh, katakan anda ingin mendapat rank yang tinggi untuk kata kunci 'kek coklat'. Ini adalah contoh lambakan keyword:

" Kek coklat yang saya buat memang sedap. Saya akan ajar anda resepi kek coklat terbaik dari ibu saya untuk menghasilkan kek coklat terbaik yang bakal anda rasa. Kek coklat ini memang tiada tandingannya dengan kek coklat dari kedai kek. "

Jadi bengong bila membacanya. Memang betul-betul sumbat ni.

Padahal peratusan kata kunci hanya sebahagian kecil daripada algoritma Google. Tiada siapa tahu berapa banyak, dan hal keyword density tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada teknik SEO. Tak percaya sila tanya terus dari Encik Yoast tauke plugin SEO. Faktor yang lebih penting dalam SEO adalah domain authority dan link yang berkualiti.

Perkara yang paling diambil berat Google adalah keselesaan pengunjung laman web itu sendiri. Jika sesuatu artikel disumbat penuh dengan kata kunci, tiada siapa yang mahu baca, dan akan mendorong orang berhenti menggunakan Google Search untuk mencari maklumat.

Nasihat saya?

Jangan terlalu menitikberatkan kata kunci pada permulaan berblogging. Fokuskan hanya kepada konten terbaik dan dapatkan pautan berkualiti sebanyak yang boleh. Kemudian, apabila blog mula memperolehi authotiry, kembali kepada peggunaan kata kunci secara natural dan tidak berlebihan.

"Check for broken links and correct HTML." -Google

Akhir sekali, kesilapan yang paling licik dan leceh: broken links.

Broken links adalah pautan ke laman lain yang tidak mempunyai destinasi. Dalam ertikata lain, pautan itu rosak dan menghala kepada halaman 404 (error page).

Pautan yang rosak ke laman lain mempunyai risiko untuk semakin bertambah dari hari ke hari. Memandangkan di luar sana ada laman yang tidak lagi diurus oleh pemiliknya, pengstrukturan semula laman web, halaman dipadam dan berbagai lagi sebab.

Masalahnya, jika fenomena ini nampak semulajadi, kenapa pemilik laman web masih lagi dihukum penalti oleh Google atas alasan ini?

Kita fikir dari perspektif Google:

Laman manakah yang lebih kerap dikemaskini pemiliknya: laman dengan lima pautan rosak atau laman yang tiada satu pun pautan rosak?

Sudah tentu laman yang semua pautannya elok kan. Jadi berdasarkan faktor ini, halaman tanpa broken links lebih berpeluang merampas pagerank halaman yang memiliki broken links dan lebih selesa diindeks oleh Google.

Tapi jangan terlalu risaukan kesilapan ini, masalah broken links cuma hal kecil.

Jenguklah Google Webmaster Tools sekali dua setahun, betulkan semua broken links dan anda akan perasan kedudukan laman web anda pada carian Google akan meningkat.

Masih risau?

 

Selepas membaca bebelan panjang ini, anda pasti terasa bagai berjalan di tengah padang yang dipenuhi periuk api. Dengan harapan tidak terpijak bom yang mampu membunuh. Memang di luar sangkaan anda SEO itu berbahaya jika tersalah taktik.

Berita baiknya?

Tidak perlu risau. Kebanyakan laman yang disenaraihitamkan Google mungkin dimiliki oleh individu yang terlalu jauh meneroka perihal SEO atau mengaplikasi nasihat dari orang yang salah.

Jika anda tidak tahu langsung tentang SEO melainkan hanya menerbitkan konten yang awesome dan berkualiti, anda pasti selamat. Lagi pun, itu mindset yang sepatutnya pada semua blogger pada pendapat saya. Sekurang-kurangnya pada waktu permulaan berblogging.

Daripada cuba memanipulasi algoritma Google untuk rank yang bagus, lebih baik usahakan untuk konten yang layak berada pada muka pertama enjin carian, promosikannya dan tunggu robot Google buat kerjanya. Tindakan ini lebih dihormati. – sumber -

Cara Kesan CCTV HARAM Dalam Tandas Awam

Posted: 13 Apr 2014 02:37 AM PDT

Cara Kesan CCTV HARAM Dalam Tandas Awam | Kebelakangan ini banyak berlaku kejadian dimana individu gatal menyalahgunakan kemudahan CCTV yang berlambak dipasaran dengan memasangnya di tandas awam terutamanya wanita. Kebanyakkan CCTV tersebut menggunakan sistem wireless.

Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak baik dan kita dapat mengesan si pelaku andainya ia terjadi.

Seorang pengguna mendakwa telah menerima tips ini dari Pegawai Forensik bahagian video dan audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%. Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni, hanya ikut beberapa langkah di bawah;

1) Sebelum masuk tandas. Sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu. Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada.

3) Kalau jumpa devices yang namanya "WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??…Sebabnya CCTV yang dipasang di tempat-tempat rahsia ni ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber'bluetooth' seperti kes Nasha Aziz dulu. Yang manual dah tentu akan nampak wayarnya yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang, tambah pula tandas awam.

MH370: CIA Tahu Hal Sebenar

Posted: 13 Apr 2014 02:33 AM PDT

MH370: CIA Tahu Hal Sebenar | Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

"Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

"Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

"Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

"Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror.

Air Asia Tak Berhati Perut Dengan Kesihatan Ayah – Anak Haron Din

Posted: 12 Apr 2014 03:18 PM PDT

Air Asia Tak Berhati Perut Dengan Kesihatan Ayah – Anak Haron Din  |   Dr Nurul Huda Haron adalah anak kepada Dr Haron Din kesal dengan sikap dan layanan yang diberikan oleh Air Asia kepada bapanya. Beliau mendakwa Air Asia tidak menyediakan kerusi roda kepada penumpang yang sakit seperti bapanya dan terpaksa berjalan jauh.

Air Asia berselindung disebalik slogan ‘Everyone Can Fly’ dan tambang murah tetapi mengenakan charge yang terselindung.

Sementera itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN).

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya, Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin.

Turut serta Pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin.

facobook huda haron Air Asia Tak Berhati Perut Dengan Kesihatan Ayah   Anak Haron Din
Sementara itu, Najib dalam catatan terbaharu di laman facebook beliau berkata, keadaan kesihatan Haron bertambah baik dan beliau mendoakannya kembali sihat seperti sediakala.

"Alhamdulillah, kesihatan beliau beransur baik. Sama-samalah kita berdoa agar beliau segera sembuh seperti sediakala,” katanya yang turut memuat naik gambarnya menggenggam erat tangan tokoh agama itu.

Kali terakhir Haron menerima rawatan di IJN ialah pada hujung Januari lepas.

Gambar Wajah Ibu Hanez Suraya Era 80-an

Posted: 12 Apr 2014 03:11 PM PDT

Gambar Wajah Ibu Hanez Suraya Era 80-an  |  Seperti Emma Maembong, pelakon kontroversi, Hanez Suraya turut tidak ketinggalan memuatnaik sekeping foto gambar wajah emaknya pada era 80-an yang berpakaian baju kebaya berwarna ungu di laman Instagram baru-baru ini.

komen peminat wajah emak Hanez Gambar Wajah Ibu Hanez Suraya Era 80 an
Apa yang menarik mengenai foto itu, raut wajah Hanez Suraya saling tak tumpah dengan wajah emaknya. Ini turut diakui oleh beberapa komen yang ditinggalkan peminat di ruangan kanan gambar. Memang cantik dan jelita sungguh emak beliau.  -  Sumber  -

Emran Cuba Rujuk Semula Hati Erra Fazira

Posted: 12 Apr 2014 03:04 PM PDT

Emran Cuba Rujuk Semula Hati Erra Fazira | Adakah benih-benih cinta masih lagi bersisa di antara pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin?

Ini kerana jikalau anda merupakan pengikut setia laman Instagram Engku Emran, anda akan dapat melihat bait-bait kata romantis lelaki tersebut yang dilihat cuba memenangi semula hati bekas isterinya.

Terdahulu, Erra dan Emran telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Februari lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia lima tahun, Engku Aleesya.

Malah, Emran juga telah membuat tempahan khas tshirt Aleesya yang bertulis '#prayformomanddad (berdoa untuk mak dan ayah).

pray for mom Emran Cuba Rujuk Semula Hati Erra FaziraAdakah benar seperti yang diwar-warkan Emran menerusi laman sosialnya itu?

Kalau benar masih panjang jodoh di antara mereka, kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini demi kebahagiaan anak tunggal mereka yang semakin hari semakin membesar cantik persis ibunya.

Oleh: Audrey Lee

Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ Berniat Jahat

Posted: 12 Apr 2014 02:37 PM PDT

Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ Berniat Jahat  |  Akaun Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata, beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut.

“Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini malam Sabtu.

Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM.

Akaun Facebook dengan nama ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia.

Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama ‘Amran Pekida’ itu telah memperoleh 2,328 likes.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat.

“Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

“Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani