Video : Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang #MH370
Video : Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang #MH370 |
- Video : Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang #MH370
- Wajah Sebenar Azid Ibrahim Yang Melihat Pesawat MH370 Terbang Rendah?
- Punca Sebenar NOH SALLEH (SUAMI MIZZ NINA) Berhenti Menyanyi ‘TERJAWAB’?
- Erra Fazira Dedahkan Gambar Adik Angkat Yang Cantik Bertudung
- Nora Danish Sambut Hari Lahir di Kelab Haram Yang Diserbu 999?
- Jumpa rakit getah di Selat Melaka milik MH370?
- Pesawat MH370 Hilang, Akhbar Australia Hina Pilot MH370
- Punca Eina Azman Tinggalkan Set Penggambaran
- 6 Sebab Misteri Kehilangan MH370
- TUDM Nafi Signal Terakhir Pesawat MH370 Dikesan Di Selat Melaka
| Video : Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang #MH370 Posted: 12 Mar 2014 12:43 AM PDT Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang #MH370 | Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya. Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. |
| Wajah Sebenar Azid Ibrahim Yang Melihat Pesawat MH370 Terbang Rendah? Posted: 12 Mar 2014 12:33 AM PDT Wajah Sebenar Azid Ibrahim Yang Melihat Pesawat MH370 Terbang Rendah? | Seorang nelayan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah kira-kira pukul 1.30 pagi pada awal pagi Sabtu semasa sedang memancing ikan di perairan Pantai Kuala Besar, dekat sini. Azid Ibrahim berkata beliau memang biasa melihat pesawat terbang pada waktu di kawasan itu namun pesawat yang dilihatnya pada awal pagi Sabtu itu agak berbeza dengan yang disaksikannya sebelum-sebelum ini kerana terbang rendah.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis selepas diminta supaya berbuat demikian oleh Bukit Aman. Sementara itu, tiada laporan penemuan sebarang petunjuk mengenai pesawat yang hilang itu daripada nelayan di sekitar Kelantan walaupun ada nelayan laut dalam yang menangkap ikan sejak seminggu lalu di kawasan terakhir pesawat malang MH370 terputus hubungan. Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd. Adnan Wan Ibrahim berkata lebih 4,000 nelayan termasuk kira-kira 400 nelayan laut dalam tidak menjumpai apa-apa petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. Wan Adnan juga berkata pihaknya sudah meminta semua nelayan termasuk yang berada di laut untuk turut sama membantu pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan di kawasan perairan negara termasuk lebih 100 bot nelayan yang masih menjalankan kerja menangkap ikan.
Wan Adnan juga memberitahu nelayan yang berada di laut boleh berkomunikasi sesama mereka serta menghubungi pihak KLIM. Sementara itu, seorang pemilik bot nelayan laut dalam, Nazori Yusuf hairan dengan kehilangan pesawat itu dan yakin ia tidak terhempas di laut dan tidak dapat dikesan kerana ramai nelayan yang menjalan kerja penangkapan ikan di perairan Laut China Selatan. Katanya, bot beliau juga kini sedang menangkap ikan di kawasan yang dikatakan tempat kali terakhir pesawat itu dikesan dan pihaknya turut dihubungi oleh pusat komunikasi dari Patnam di Thailand selepas pesawat berkenaan diketahui gagal dikesan.
Jelas beliau, sekiranya pesawat itu terhempas ke laut, pukat tunda dan pukat tarik nelayan mampu mengaut dan menarik sebarang objek di dasar laut dengan kedalaman sehingga 30 meter. Tambah beliau, kawasan dasar laut perairan negara di Laut China Selatan tidak dalam dan rata-ratanya sekitar 100 meter dalam dengan dasarnya ada yang berbukit dan ada yang datar. Nazori yang ada pengalaman 30 tahun jadi nelayan berkata kawasan yang dikatakan tempat terakhir pesawat MH370 itu dikesan juga tidak dalam, hanya sekitar 40 meter dan dasarnya mempunyai batuan. |
| Punca Sebenar NOH SALLEH (SUAMI MIZZ NINA) Berhenti Menyanyi ‘TERJAWAB’? Posted: 12 Mar 2014 12:21 AM PDT Punca Sebenar NOH SALLEH (SUAMI MIZZ NINA) Berhenti Menyanyi 'TERJAWAB'? | Penyanyi terkenal Noh Salleh memberikan klu mahu berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan muzik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Noh ketika sidang media pra-dengar single terbarunya berjudul Angin Kencang.
Ditanya tentang punca sebenar mengapa beliau tiba-tiba terdetik di hati mahu meninggalkan dunia nyanyian dan muzik, vokalis kumpulan Hujan itu menjelaskan isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya beliau memperlahankan karier muziknya. |
| Erra Fazira Dedahkan Gambar Adik Angkat Yang Cantik Bertudung Posted: 12 Mar 2014 12:16 AM PDT Erra Fazira Dedahkan Gambar Adik Angkat Yang Cantik Bertudung | Siapa masih ingat bekas juara Program Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah Binti A. Asis? Dia sebenarnya anak murid Erra Fazira yang berusia 24 tahun dan berasal dari Tawau, Sabah. Boleh dikatakan, Salma juga adik angkat kepada primadona itu.
|
| Nora Danish Sambut Hari Lahir di Kelab Haram Yang Diserbu 999? Posted: 11 Mar 2014 11:56 PM PDT Nora Danish Sambut Hari Lahir di Kelab Haram Yang Diserbu 999? | Menarik sungguh episod 999 yang telah disiarkan baru-baru ini. Ini kerana di dalam program tersebut dikatakan ada seorang selebriti tempatan yang telah menyambut hari jadinya di dalam sebuah kelab haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dilakukan. Desas-desus menyatakan selebriti tempatan tersebut ialah Nora Danish yang sememangnya telah menyambut hari lahirnya baru-baru ini. Tambah menarik apabila hos 999 memegang kad jemputan yang kelihatan serupa dengan kad jemputan sambutan hari lahir Nora Danish yang telah diadakan baru-baru ini. Bilik VIP yang digunakan oleh selebriti tempatan itu dikatakan mencecah hampir RM5,000. Satu angka yang amat tinggi dan tak mampu dicapai oleh kita selaku manusia biasa. Sila tonton rakaman video 999 di bawah untuk informasi lanjut. |
| Jumpa rakit getah di Selat Melaka milik MH370? Posted: 11 Mar 2014 03:49 PM PDT Jumpa rakit getah di Selat Melaka milik MH370?| Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan ‘boarding’ ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson. Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu. Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat. “Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor,” katanya, ketika dihubungi semalam. “Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. “Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan 'boarding' pada permukaan objek itu. “Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut,” katanya. Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.-Mymetro |
| Pesawat MH370 Hilang, Akhbar Australia Hina Pilot MH370 Posted: 11 Mar 2014 03:21 PM PDT Pesawat MH370 Hilang, Akhbar Australia Hina Pilot MH370 | Semenjak pesawat MH370 hilang diruang udara baru baru ini. Pelbagai spekulasi berkenaan kehilangan pesawat tersebut. Bermacam – macam andaian didedahkan bagi memastikan pesawat tersebut dijumpai semula. Dengan itu, ramai saudara mara dan keluarga mangsa berdoa agar mereka didalam keadaan selamat, malah seluruh dunia juga mendoakan agak penumpang didalam pesawat itu selamat hingga kini. Bagaimanapun disebalik kesedihan itu, sebuah akhbar dari Daily Telegraph telah mengejutkan kita dengan tajuk yang sangat kontroversi iaitu Playboy Pilot. Dipaparan muka depan akhbar tersebut mempunyai gambar pilot pesawat MH370 dengan seorang wanita. Ternyata ini adalah jalan untuk segelintir puak memandang rendah dan buruk pada negara kita. Tempias utama sudah tentulah MAS Airlines dan negara kita amnya.
Dah la pesawat hilang dan saudara kita ini masih belum diketahui. Kini akhbar tersebut mengeluarkan kenyataan sebegitu didada akhabr Daily Telegraph. Bikin panasss. p/s : doakan keselamatan semua yang terlibat dengan MH370 supaya di permudahkan Nya : Sumber |
| Punca Eina Azman Tinggalkan Set Penggambaran Posted: 11 Mar 2014 02:38 PM PDT Punca Eina Azman Tinggalkan Set Penggambaran | Pelakon Eina Azman menjelaskan tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Kuntilanak Ciliwung adalah berikutan produksi tersebut tidak menyediakan sebarang kontrak kepadanya. Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, dia nekad bertindak demikian apabila turut disuruh melakonkan beberapa babak ranjang dan aksi panas untuk filem tersebut.
Eina berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dia meninggalkan set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan oleh produksi. Dalam pada itu, Eina berkata, dia akan mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut dan membersihkan namanya. Sementara itu, Eina turut melantik pelakon Usop Wilcha atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Osman sebagai perunding dan bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.
Sementara itu, Usop Wilcha berkata, dia terpanggil untuk menyelesaikan perkara ini selepas pelakon wanita itu menceritakan keadaan sebenar sewaktu mereka mengadakan promosi filem Zombi Kilang Biskut di Johor Bahru pada minggu lalu. Katanya, buat masa ini pihaknya masih mengumpul bukti sebelum menetapkan tarikh sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.
|
| 6 Sebab Misteri Kehilangan MH370 Posted: 11 Mar 2014 02:33 PM PDT Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu. Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11. Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.
|
| TUDM Nafi Signal Terakhir Pesawat MH370 Dikesan Di Selat Melaka Posted: 11 Mar 2014 01:01 PM PDT Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan yang memetik beliau sebagai berkata radar militari mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka pada pagi Sabtu.
Sebuah akhbar melaporkan Rozali berkata, radar militari telah mengesan pesawat tersebut di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu sebelum isyarat hilang tanpa dapat dikesan. Rozali berkata TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat itu berpatah balik sebelum ia hilang dari radar. Katanya, kemungkinan itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga sekitar perairan Pulau Pinang. Beliau berkata TUDM sedang menyiasat dan menganalisa apa jua kemungkinan dengan mengambil kira laluan pesawat tersebut sebelum ia dilaporkan hilang.
|
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment