Terbongkar Wajah Zhalif Hakim, Maki Hamun PM dan Ketua Pramugara MH370
Terbongkar Wajah Zhalif Hakim, Maki Hamun PM dan Ketua Pramugara MH370 |
- Terbongkar Wajah Zhalif Hakim, Maki Hamun PM dan Ketua Pramugara MH370
- MH370 : Video Kegarangan Lautan Hindi
- Fouziah Gous ganti Neelofa?
- Foto Penumpang Termuda Penerbangan MH370
- Ketahui Nedim Sakit, Nora Danish Teruja Temannya di Hospital
- MH370: Akhbar Dicetak Hitam Putih Tanda Berkabung
- MH370: Zharif Hakim Hina Anak Andrew Nari Di Twitter
- Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Pencarian Dan Kapal Perang
- Kontroversi Zila Bakarin Dituduh Jadi Dalang Penghasut
- MH370: FBI Akan Soal Isteri Kapten Zaharie
Terbongkar Wajah Zhalif Hakim, Maki Hamun PM dan Ketua Pramugara MH370 Posted: 25 Mar 2014 02:55 AM PDT Terbongkar Wajah Zhalif Hakim, Maki Hamun PM dan Ketua Pramugara MH370 | Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Zhalif hakim (zhalif32) telah dilihat memaki hamun anak kepada ketua pramugara pesawat MH370 iaitu Maira Elizabeth Nari. Motif sebenar Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun rata-rata pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.
|
MH370 : Video Kegarangan Lautan Hindi Posted: 25 Mar 2014 02:18 AM PDT MH370 : Video Kegarangan Lautan Hindi | Lewat kebelakangan ini, kita sering mendapat maklumat ada objek dikesan satelit tetapi pesawat atau kapal canggih yang dikejarkan ke kawasan terlibat tidak menemui apa-apa. Bila mendengar berita ini, kita pun mengeluh kecewa. Sesetengahnya malah terdetik di hati, "Apa yang susah sangat nak cari kalau dah ada petunjuk?" Begitu juga bila dimaklumkan ada serpihan atau objek tertentu dilihat terapung namun tidak sempat diambil anggota SAR, mungkin ada yang pertikaikan 'kenapa cuai sangat?' Namun jika melihat pada gelora Lautan Hindi seperti video di bawah, mungkin kita dapat membayangkan betapa sukarnya operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan di sana. Itu belum dikira kalau cuaca buruk. |
Posted: 24 Mar 2014 11:23 PM PDT Fouziah Gous ganti Neelofa?| Rancangan Nona yang disiarkan di TV3 cukup sinonim dengan dua aktres jelita Fara Fauzana dan Neelofa yang bertindak sebagai pengacara. Bagaimanapun pada Ahad lalu, Fara Fauzana dilihat tidak ditemani oleh teman pengacaranya itu, sebaliknya digandingkan dengan pelakon filem Otai iaitu Fouziah Gous. Kemunculan pelakon itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat program berkenaan sekali gus timbulnya desas-desus yang menyatakan dia bakal menggantikan tempat Neelofa.
Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang mengacara rancangan berkenaan, pelakon Sutera Maya ini memberitahu: “Ini adalah percubaan pertama saya. Biarpun agak bimbang pada awalnya, tapi saya tetap ingin mencuba. “Oleh itu, saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya,” katanya. Begitu pun, pelakon Sutera Maya ini sedia berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan dengan peminatnya. Jelasnya, banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutamanya mengenai isu semasa sementelah lagi Nona adalah satu rancangan yang berbentuk informasi. “Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mencubanya. “Banyak yang saya pelajari tentang 'camera angle' dan paling penting sekali tentang isu semasa. “Alhamdulillah, pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu,” katanya. Ketika ditanya, tidakkah dia mahu menjadikan pengacara sebagai salah satu profesion kerja dirinya, Fouziah dengan tegas menjelaskan: “Fokus utama saya tetap pada bidang lakonan dan perniagaan yang baharu diceburi. Lagi pula, saya hanya dijemput menjadi pengacara Nona hanyalah untuk satu episod. “Saya terima tawaran itu pula semata-mata untuk menimba pengalaman.
Tunggu zuriat Sementara itu, bercerita mengenai sisi peribadinya pula, Fouziah yang telah enam bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Mohd Yusof memberitahu mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat. “Saya dan suami tidak pernah merancang. Kami hanya mengikut saja apa yang telah ditetapkan. “Jika ada rezeki, adalah. Kami berbesar hati menerimanya,” katanya. Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Masihkah Ada Cinta di samping Amar Asyraf, Siti Elizad, Shah Iskandar dan Fadilah Mansor untuk slot Samarinda, TV3.-sinar harian |
Foto Penumpang Termuda Penerbangan MH370 Posted: 24 Mar 2014 11:11 PM PDT Foto Penumpang Termuda Penerbangan MH370 | Ini merupakan foto penumpang termuda penerbangan MH370, seorang kanak-kanak perempuan, Wang Mohen yang berusia dua tahun. Tiada siapa menduga percutiannya bersama kedua ibu bapa ke Malaysia berakhir dengan tragedi apabila MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, semalam.
Menurut seorang rakan rapat keluarga itu, Xie Yongzhen berkata kepada New York Times, Wang Rui sekeluarga bercuti ke Malaysia untuk 'melarikan diri' seketika daripada kualiti udara tidak sihat yang melanda Beijing, baru-baru ini. – Mynewshub.my |
Ketahui Nedim Sakit, Nora Danish Teruja Temannya di Hospital Posted: 24 Mar 2014 04:30 PM PDT Ketahui Nedim Sakit, Nora Danish Teruja Temannya di Hospital | Rasanya semua peminat pelakon comel, Nora Danish sudah sedia maklum bahawa wanita ini dan Nedim Nazri dikatakan sedang hangat bercinta. Melalui laman Instagram mereka, jelas kelihatan perasaan cinta antara satu sama lain walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai hubungan itu. Namun, semalam kami dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuat naik oleh Nora yang jelas menunjukkan kekasihnya itu dimasukkan ke wad.
Nora juga dilihat telah memberi kata semangat melalui status-statusnya yang mendoakan supaya Nedim cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
|
MH370: Akhbar Dicetak Hitam Putih Tanda Berkabung Posted: 24 Mar 2014 04:15 PM PDT MH370: Akhbar Dicetak Hitam Putih Tanda Berkabung | Beberapa akhbar utama dicetak dalam hitam putih sebagai tanda media arus perdana Malaysia berkabung atas tragedi yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan menyiarkan berita itu di muka depan akhbar masing-masing. Kesemua media menyampaikan ucapan takziah ikhlas mereka kepada kaum keluarga terdekat penumpang dan anak kapal di halaman akhbar mereka. Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star menyebut nama-nama penumpang dan anak kapal itu mengikut bentuk angka 370 pesawat itu dan menyatakan di bawahnya R.I.P (bersemadi dengan aman) manakala News Straits Times pula memaparkan sebuah pesawat di muka depan akhbarnya dengan tajuk di bawahnya ‘Goodnight, MH370′. Akhbar harian berbahasa Melayu, Berita Harian pula memuatkan di muka depan akhbarnya berita bertajuk ‘MH370 Terhempas di Lautan Hindi’ dan memaparkan di bahagian atas halaman itu gambar seorang anggota keluarga penumpang MH370 di Beijing tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita terkini pesawat itu. Utusan Malaysia pula memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian atas muka depan akhbar itu semasa beliau mengumumkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Akhbar itu juga memaparkan beberapa keping gambar menyayat hati anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang menjerit dan menangis menerima berita itu. Ia juga memaparkan grafik laluan penerbangan MH370 semasa berlepas dan melencong dari destinasinya ke Beijing melalui Laut China Selatan ke arah barat semenanjung sebelum ke Lautan Hindi. Semasa mengumumkan tragedi yang menimpa pesawat terbabit malam tadi, Perdana Menteri berkata berdasarkan analisis baharu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pengumuman itu menamatkan penantian tidak pasti selama 17 hari dalam usaha mencari dan menyelamat yang disifatkan terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan 26 negara yang menggerakkan segala sumber mereka mencari pesawat terbabit. Spekulasi terus menyelubungi misteri kehilangan pesawat itu yang sehingga saat ini tidak menemui jawapan yang konkrit sehinggalah kotak hitam pesawat itu dijumpai. |
MH370: Zharif Hakim Hina Anak Andrew Nari Di Twitter Posted: 24 Mar 2014 03:53 PM PDT MH370: Zharif Hakim Hina Anak Andrew Nari Di Twitter | Zharif Hakim hina krew dan penumpang MH370 yang disahkan terhempas. Nama Zharif Hakim yang menggunakan akaun en M@Zharif32 telah menjadi trending dilaman sosial twitter setelah statusnya dilaman sosial itu tidak menghormati insiden MH370.
Didapati akaun twitter itu telah ditutup setelah menerima aduan ramai. Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi ketika di sidang media khas jam 10.00 malam bertempat di PWTC 24 Mac 2014, lapor Melvister.
Zharif Hakim Dikecam Dilaman Sosial |
Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Pencarian Dan Kapal Perang Posted: 24 Mar 2014 02:36 PM PDT Gambar Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Perang Tercanggih Di Dunia | Cabaran semakin hampir dan sukar apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas dan seolah olah mengamuk dengan kehadiran kapal pencarian dan kapal perang terbaik didunia.
Dengan ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ungkapan dari Kapten Nik Huslan :
Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph. Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan. Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, "All right good night".
|
Kontroversi Zila Bakarin Dituduh Jadi Dalang Penghasut Posted: 24 Mar 2014 10:48 AM PDT Kontroversi Zila Bakarin Dituduh Jadi Dalang Penghasut | Pelakon Zila Bakarin berasa kesal apabila mendapat tahu dia kononnya cuba memburukkan seorang produser yang tidak menjelaskan bayaran lakonan kepada artis -artis lain. Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 39, berkata, dia juga terkejut apabila dituduh menyampaikan berita tersebut kepada media sehingga ia keluar di ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu.
Ahad lalu, Zila telah memuat naik sebuah foto di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan perbualan Whatsapp seorang produser dan rakan artisnya yang menuduh dia menyebarkan cerita buruk lelaki berkenaan kepada pihak media.
Tambah Zila, sepatutnya produser yang enggan didedahkan identiti itu yang patut berasa serba salah kerana tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon-pelakon yang terlibat, sebaliknya dia pula yang dipersalahkan.
|
MH370: FBI Akan Soal Isteri Kapten Zaharie Posted: 24 Mar 2014 10:20 AM PDT MH370: FBI Akan Soal Isteri Kapten Zaharie | Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri Kapten Zaharie Ahmad Shah menurut laporan tabloid British, Daily Mirror. Laporan pada Isnin menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga. Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau Fariq Abdul Hamid, 27. Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan. Ia memetik sumber sebagai berkata: “Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan.
Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau. Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu. Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata. The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan – Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X- Plane 10. Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan. Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu. |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment