Raja Ema Diacu Pistol 2 Kali Di Lampu Isyarat
Raja Ema Diacu Pistol 2 Kali Di Lampu Isyarat |
- Raja Ema Diacu Pistol 2 Kali Di Lampu Isyarat
- Raja Bomoh Mahu Saman Anwar Ibrahim RM300 juta
- Pesawat MH370 Ada 634 ‘Pilihan’ Landasan Untuk Mendarat
- Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung
- Fasha Sandha Show Off Baby Bump
- Ahli Perniagaan Saman Pelakon Zarina Anjoulie
- Selepas Dadah, Zarina Anjoulie terlibat Penipuan Kereta Mewah?
- Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang MH370 Didedahkan!
- Raja Bomoh VIP Sindir Isteri Bung Mokhtar – Isu Cium Peluk
- Miley Cyrus Memiliki 20 Tatu di badan, Termasuk Tatu Kucing
Raja Ema Diacu Pistol 2 Kali Di Lampu Isyarat Posted: 17 Mar 2014 01:50 AM PDT Raja Ema Diacu Pistol 2 Kali Di Lampu Isyarat | Pelakon dan penyanyi, Raja Ema Raja Ibrahim berdepan detik cemas apabila diacukan pistol dua kali oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang memandu di Shah Alam, Rabu lalu. Menerusi kenyataan Raja Ema yang dikongsikan pada akaun Instagram, dia mengakui bimbang dengan keselamatan dirinya dan dua anaknya Putera Ammar, 20, dan Putera Alkashah, 18, apabila diacukan pistol secara tiba-tiba. Bagaimanapun, aktres itu mengesahkan tiada kecederaan dialami berikutan ancaman yang mengejutkan itu.
Difahamkan, insiden mengejutkan itu berlaku ketika Raja Ema, 46, memandu keretanya bersama Putera Ammar dan Putera Alkashah pada sekitar jam 2.30 petang di pusat bandar itu selepas selesai berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu bersendirian PERODUA Kenari menghampiri keretanya dan membunyikan hon dipercayai tidak berpuas hati dengan pemanduan Raja Ema yang perlahan. Bagaimanapun, penyanyi lagu Jejaka Idaman itu tidak mempedulikan bunyi hon itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa. Akibatnya, kereta itu memintas keretanya sebelum lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah aktres terbabit. Raja Ema mengabaikan ancaman itu dan memandu keretanya sehingga ke lampu isyarat sebelum lelaki terbabit sekali lagi mengacukan pistol ke arahnya. Raja Ema yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu meneruskan pemanduan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatannya dan keluarga. |
Raja Bomoh Mahu Saman Anwar Ibrahim RM300 juta Posted: 17 Mar 2014 12:00 AM PDT Raja Bomoh Mahu Saman Anwar Ibrahim RM300 Juta | Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu 'Raja Bomoh' ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Menurutnya tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti. Ibrahim turut mendakwa, Anwar adalah jenis 'kacang yang lupakan kulit' kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.
|
Pesawat MH370 Ada 634 ‘Pilihan’ Landasan Untuk Mendarat Posted: 16 Mar 2014 11:49 PM PDT Pesawat MH370 Ada 634 'Pilihan' Landasan Untuk Mendarat | MISI mencari dan merungkai misteri yang menyelubungi pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini masuk hari ke-10 dan kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki fasa baru. Pencarian kini dilakukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan selepas lokasi terakhir pesawat MH370 dilihat jauh daripada lokasi asal iaitu di Laut China Selatan. Pelbagai teori diberikan berkaitan kehilangan pesawat itu dan ada juga yang mengatakan bahawa ia telah pun mendarat tetapi persoalannya, di mana? Difahamkan pesawat MH370 dari jenis Boeing 777-200ER memerlukan landasan sekurang-kurangnya sepanjang 1.5km untuk berjaya mendarat dengan sempurna sebelum kemungkinan disorokkan. Pasukan berita dari stesen radio Amerika Syarikat WNYC yang membuat penyelidikan menemui kira-kira 634 landasan di seluruh dunia dalam jangkauan pesawat MH370 yang menepati kriteria itu dari Australia, Maldives hingga ke Mongolia. Landasan itu berada di 26 buah negara berbeza termasuk beberapa lapangan terbang yang terpencil seperti Lapangan Terbang Gan (Maldives), Lapangan Terbang Dalanzagdad (Mongolia), Lapangan Terbang Yap (Micronesia) dan Lapangan Terbang Miyazaki (Jepun). Data itu diperolehi dari laman web simulator penerbangan yang menyediakan koordinat lokasi kesemua landasan terbang di seluruh dunia. Laporan MNYC itu bagaimanapun mengatakan jika pesawat MH370 mendarat di sebuah lokasi yang bukan lapangan terbang, 634 landasan berkenaan terkeluar dari segala kemungkinan. Stesen radio itu turut memetik seorang bekas juruterbang Boeing 777-200 Roch Solan yang memaklumkan pesawat itu juga mampu didaratkan di atas sebuah lebuh raya.
Solan berkata, landasan yang diperlukan juga tidak semestinya yang dilitupi tar tetapi landasan tanah merah juga sudah mencukupi. Penulis sertakan sekali data dari laman web X-Plane berkenaan kesemua 634 landasan itu yang diwakili dengan titik berwarna merah. – MYNEWSHUB.MY |
Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung Posted: 16 Mar 2014 11:43 PM PDT Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung | Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter. Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres terbabit manakala dua mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki dan seorang wanita. Kedua-dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan susulan. "Setakat yang kami tahu, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut. "Namun usaha mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih sedang dilakukan untuk memastikan tiada lagi mangsa lain," kata Ng. – http://terengganutoday.com/ |
Fasha Sandha Show Off Baby Bump Posted: 16 Mar 2014 11:34 PM PDT Fasha Sandha Show Off Baby Bump| Pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Rizal Ashram baru baru ini berada di kepulauan Bali, Indonesia untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan namun beberapa gambar terbaru mereka menarik perhatian ramai. Lebih tepat gambar Fasha Sandha yang dilihat tampil dengan perut yang semakin membesar dan ini mengesahkan yang pelakon popular itu kini sedang hamil dengan anak kedua. Fasha Sandha kelihatan berseri seri ketika hadir ke majlis resepsi rakannya itu dan mengenakan busana rona ungu dan peminat dunia hiburan yang aktif di forum Cari meramalkan yang beliau kini sedang hamil 5 ke 6 bulan. Peminat juga yang meninggalkan komen ramai berharap yang Fasha Sandha & Rizal Ashram bakal dikurniakan anak perempuan kali ini selepas kelahiran putera sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April 2013 yang lalu. Tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram sekeluarga yang bakal menyambut kelahiran orang baru tidak lama lagi.-rotikaya |
Ahli Perniagaan Saman Pelakon Zarina Anjoulie Posted: 16 Mar 2014 11:32 PM PDT Ahli Perniagaan Saman Pelakon Zarina Anjoulie | Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya. Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas. Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan. Pada prosiding, Isnin, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya. Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama. Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011. Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian. Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan. Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858. Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu. Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran. Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta. Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah. Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal. |
Selepas Dadah, Zarina Anjoulie terlibat Penipuan Kereta Mewah? Posted: 16 Mar 2014 11:31 PM PDT Selepas Dadah, Zarina Anjoulie terlibat Penipuan Kereta Mewah?| Seorang ahli perniagaan menyaman pelakon kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah dan lima yang lain kerana dakwaan kecuaian dan penipuan berkaitan sebuah kereta mewah. Kevin Shah Kadar Shah, 33 berkata bapanya Kadar Shah Sulaiman telah membeli sebuah kereta jenis BMW 3201 Limosin RHD dan mendaftar kenderaan itu di bawah namanya (Kadar) pada 17 Mei 2010. Beliau berkata bapanya yang juga ahli perniagaan telah mendapat kemudahan pinjaman daripada Public Islamic Bank Bhd dan menandatangani perjanjian untuk membiayai pembelian kereta. Kevin Shah berkata bahawa bapanya telah meminjamkan kereta mewah itu yang memiliki nombor pendaftaran WTN 8850, kepada Zarina Anjoulie untuk kegunaan harian pelakon tersebut. Beliau berkata bahawa bapanya telah meninggal dunia pada 19 November 2011 tetapi Zarina tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mengembalikan kereta tersebut kepada keluarga beliau. Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa kereta itu telah ditarik oleh bank walaupun mempunyai rekod bayaran yang cemerlang selain terkejut mengetahui yang kereta tersebut kini mempunyai plat pendaftaran yang berbeza — BLP 8858. Beliau berkata bahawa carian dengan Kementerian Pengangkutan tahun lalu mendedahkan bahawa bapanya telah didaftarkan sebagai pemilik sah untuk kedua dua nombor plat tersebut. Setelah menghantar surat kepada kementerian itu melalui peguamnya untuk mendapatkan penjelasan, beliau dimaklumkan bahawa bapanya telah didaftarkan sebagai pemilik sebuah motosikal dengan nombor plat WTN 8850 dan pemilik kereta dengan nombor plat BLP 8858. Beliau mendakwa bapanya tidak pernah bersetuju dengan mana-mana pihak untuk memohon kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor untuk menukar nombor plat pendaftaran keretanya. Kevin juga mendakwa bapanya tidak pernah mengeluarkan surat bertarikh 28 Februari 2011 kepada bank itu dan tandatangan di atas surat itu telah dipalsukan oleh seorang kerani bernama Salleh Idris atau Zarina Anjoulie sendiri atau mana-mana pihak tanpa persetujuannya. Beliau telah menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Malaysia, Zarina Anjoulie, Salleh Idris dan Public Islamic Bank Bhd sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah beliau. Bercakap kepada pemberita di sini pada hari Isnin, Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak berkata Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng telah menetapkan 7 April 2014 untuk mendengar empat permohonan . Dalam saman yang difailkan pada 12 November tahun lepas, Kevin Shah yang merupakan pentadbir harta bapanya, memohon ganti rugi dan pengisytiharan bahawa bapanya adalah pemilik sah kepada kereta yang disebutkan dalam tuntutan. —rotikaya |
Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang MH370 Didedahkan! Posted: 16 Mar 2014 03:37 PM PDT Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang MH370 Didedahkan! | Juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid kini menjadi individu disyaki bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat milik MAS. Hal ini kerana, mereka didakwa telah mematikan Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS sebelum menghantar mesej terakhir kepada menara kawalan. Juruterbang itu berkata: “Baiklah, selamat malam” apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam. Pengumuman mengenai kemungkinan pesawat telah dirampas oleh juruterbang menyebabkan kesemua pihak yag terlibat dalam penyelenggaraan terhadap pesawat itu sebelum berlepas kini di siasat. Sehubungan itu satu rakaman video pemeriksaan terakhir terhadap Kapten Zaharie dan Fariq turut didedahkan. |
Raja Bomoh VIP Sindir Isteri Bung Mokhtar – Isu Cium Peluk Posted: 16 Mar 2014 02:30 PM PDT Raja Bomoh VIP Sindir Isteri Bung Mokhtar – Isu Cium Peluk | Umum mengetahui, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin semakin popular di mata dunia selepas melakukan pertunjukkan upacara ritualnya kepada umum di KLIA. Populariti Ibrahim naik mendadak kerana mendapat kecaman rakyat Malaysia termasuk dua ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin dan Bung Mokhtar. Baru-baru ini, Bung Mokhtar tampil menyindir Raja Bomoh di laman Twitter dengan mengatakan upacara ritual tikar terbangnya sudah jadi parody orang ramai sehingga memalukan nama Malaysia di seluruh dunia.
Nampaknya, seorang lagi ahli politik negara bakal jadi mangsa tamparan buaya Raja Bomoh. Sebelum ini, Ibrahim turut memberi amaran kepada Khairy suraya tidak masuk campur jika tidak mahu apa-apa kejadian pelik berlaku ke atasnya. |
Miley Cyrus Memiliki 20 Tatu di badan, Termasuk Tatu Kucing Posted: 16 Mar 2014 11:08 AM PDT Miley Cyrus Memiliki 20 Tatu di badan, Termasuk Tatu Kucing | Memiliki lebih 20 tatu di badan, tambah tatu kucing di bibir – PENYANYI kontroversi Miley Cyrus nampaknya masih terus menimbulkan isu dan baru-baru ini, dia mengejutkan para peminatnya dengan membuat tatu di dalam bibirnya. Penyanyi lagu Wrecking Ball itu pertama kali menunjukkan tatu tersebut di laman akaun Instagram miliknya. Tatu tersebut dilihat jelas seperti seekor kucing yang sedang sedih di bibir Miley. Miley Cyrus turut meletakkan kapsyen foto tersebut dengan menggunakan hashtag: " #sadkitty @waynewontpostpicsofnakedwomen @katyweaver #lovemoneyparty #freakz."
Miley Cyrus kini memiliki lebih daripada 20 tatu di badannya. tatu-tatu tersebut termasuklah gambar neneknya, sebuah petikan Theodore Roosevelt, tengkorang dan banyak lagi. |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment