MH370 : Siapa Kata Saya Amal Benda Khurafat dan Syirik?
MH370 : Siapa Kata Saya Amal Benda Khurafat dan Syirik? |
- MH370 : Siapa Kata Saya Amal Benda Khurafat dan Syirik?
- MH370 : Gempar Kapten Nik Dedah Pesawat Tiada Kerosakan
- MH370: Isteri, Anak kepada Kapten Zahari Buat Pengakuan Yang Mengejutkan!
- Israel Beli Pesawat Boeing 777 Lama Syarikat Penerbangan Malaysia?
MH370 : Siapa Kata Saya Amal Benda Khurafat dan Syirik? Posted: 30 Mar 2014 02:44 AM PDT MH370 : Siapa Kata Saya Amal Benda Khurafat dan Syirik? | Raja Bomoh Sedunia 1M’sia Nujum VIP , Mahaguru Ibrahim Mat Zin mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuktikan dakwaan kononnya ritual yang dilakukan sebelum ini sebagai sesat dan khurafat. Menurutnya semua ritual dan peralatan yang digunakan sebelum ini hanyalah merupakan simbolik semata-mata, tanpa ada sebarang unsur pemujaan terhadap jin dan syaitan. "Seperti yang Datuk jelaskan sebelum ini, semua itu adalah merupakan simbolik semata-mata. Langsung tidak melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap jin ataupun syaitan. Malah Datuk juga tidak menggunakan sebarang mantera yang boleh menyebabkan tindakan itu menyekutukan Allah. Ini kenyataan Datuk Bomoh VVIP :
Menurut Ibrahim lagi, sebagai seorang Mufti Harussani sepatutnya berjumpa atau bertanya terlebih dahulu dan menyiasat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
|
MH370 : Gempar Kapten Nik Dedah Pesawat Tiada Kerosakan Posted: 30 Mar 2014 02:35 AM PDT MH370 : Gempar Kapten Nik Dedah Pesawat Tiada Kerosakan | Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut. Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri. Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya. "Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja)," kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu. |
MH370: Isteri, Anak kepada Kapten Zahari Buat Pengakuan Yang Mengejutkan! Posted: 30 Mar 2014 02:22 AM PDT MH370: Isteri, Anak kepada Kapten Zaharie Buat Pengakuan Yang Mengejutkan! | Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail. Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan. Menurut Daily Mail: Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga. Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis. Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini. Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.
Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga. Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga. Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah. Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai? Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut. Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya. Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. – DAILY MAIL |
Israel Beli Pesawat Boeing 777 Lama Syarikat Penerbangan Malaysia? Posted: 30 Mar 2014 02:14 AM PDT Kenapa Israel Beli Pesawat Boeing 777 Lama Syarikat Penerbangan Malaysia? | Satu lagi konspirasi yang sedang hangat diperkatakan sebagai dalang sebenar di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi laktnatullah. Seorang wartawan kelahiran Amerika Syarikat, Christopher Bollyn telah menulis sebuah buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World. Penulis buku ini yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah diserang dan dipenjara. Walaupun, penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan. Selain Kedutaan Israel didakwa cuti tanpa sebab kukuh pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata. Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Pesawat kembar MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013. Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT. Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya. Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini? Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang pakar keselamatan negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:
777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies. – 4:15 PM – 9 Mac 2014 World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden. – 2:23 AM – 15 Mac 2014 777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat. – 2:26 AM – 15 Mac 2014 – katakcomel.my- |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment