Powered by Blogger.

MH370 : Pesawat Berakhir di Lautan Hindi, Tidak Ada Seorang Pun Terselamat

MH370 : Pesawat Berakhir di Lautan Hindi, Tidak Ada Seorang Pun Terselamat


MH370 : Pesawat Berakhir di Lautan Hindi, Tidak Ada Seorang Pun Terselamat

Posted: 26 Mar 2014 12:37 AM PDT

MH370 : Pesawat Berakhir di Lautan Hindi, Tidak Ada Seorang Pun Terselamat | Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas MAS Malaysia Airlines : Allahuakhbar. Jikalau rakyat Malaysia sukar untuk menerima berita terkini seperti ini apatah lagi keluarga mangsa nahas penumpang pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines.

Semuanya sudah tertulis. Mungkin ini adalah pengakhirannya.

Bali plane crash mh370 MH370 : Pesawat Berakhir di Lautan Hindi, Tidak Ada Seorang Pun Terselamat

Gambar Pesawat

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan secara rasmi berita terkini pesawat MH370 terhempas bagi perkembangan terbaru operasi SAR MH370 kali ini.

Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas : Laporan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK)

Berdasarkan rujukan data terbaru melibatkan laporan rasmi yang dikeluarkan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK) :

Disahkan secara rasminya, Pesawat MH370 terhempas dan telah berakhir di Koridor Selatan, Lautan Hindi

Yang menyedihkan, tiada seorang pun penumpang dan krew pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines terselamat dalam kejadian itu

Pihak MAS (Malaysia Airlines) telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian & berita terkini kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi

Sidang media susulan yang akan menerangkan laporan terperinci punca dan sebab bagaimana pesawat MH370 terhempas di lautan Hindi akan diadakan pada pagi esok.

** Gambar Hiasan

MH370 : Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Tunjuk 122 Objek Berkaitan MH370

Posted: 26 Mar 2014 12:30 AM PDT

MH370 : Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Tunjuk 122 Objek Berkaitan MH370  | Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

122 objek mh370 MH370 : Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Tunjuk 122 Objek Berkaitan MH370

Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac.

“MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370).

“Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.

“Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia),” katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa.

“Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370.

“Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari,” kata Hishammuddin.

Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat.

“Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat,” katanya.

MH370 : Juruterbang AirAsia Kutuk Tragedi MH370 Digantung Tugas

Posted: 26 Mar 2014 12:15 AM PDT

MH370 : Juruterbang AirAsia Kutuk Tragedi MH370 Digantung Tugas  |  Seorang juruterbang Air Airasia X yang mencetuskan kontroversi dalam status di laman Facebooknya disahkan digantung tugas oleh Group CEO Airasia, Tony Fernandez.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," Tulis Tony di Twitternya.

Dalam tweet itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman turut memberikan ulasan bahawa juruterbang itu telah melanggar "arahan khusus" untuk tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai insiden MH370.

pilot2Airasia MH370 : Juruterbang AirAsia Kutuk Tragedi MH370 Digantung Tugas
Tambahnya lagi arahan itu dibuat agar tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat.

Krish Jejendira tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan mengenai tragedi MH370. Beliau mendakwa pengumuman itu tidak boleh dibuat tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dia turut mendakwa kerajaan mengetahui banyak perkara mengenai kejadian ini namun menyembunyikan fakta sebenar.

Walaubagaimanapun, status beliau dikritik ramai pihak dan telah menjadi viral di media sosial.

"Jika kerajaan menyembunyikan sesuatu, kenapa sehingga hari ini 26 negara termasuk negara maju seperti Amerika, Jepun dan China sekalipun gagal mengesan MH370. Adakah Malaysia lebih maju dari mereka? komen tak masuk akal betul lah!…" menurut Suzeela dalam satu komen di Facebook.

Ketika tinjauan dibuat, laman Facebook Jejindira sudah tidak dapat diakses ketika ini.

MH370 : Kau Tidak Akan Jumpa Kubur atau Pusaraku – Kapten Zaharie

Posted: 26 Mar 2014 12:09 AM PDT

MH370 : Kau Tidak Akan Jumpa Kubur atau Pusaraku – Kapten Zaharie | Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

GURAUAN KAPTEN ZAHARIE JADI KENYATAAN MH370 : Kau Tidak Akan Jumpa Kubur atau Pusaraku   Kapten Zaharie

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;

"Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Penyanyi Kelahiran Malaysia Jadi Mangsa Buli China Kerana #MH370

Posted: 25 Mar 2014 11:08 PM PDT

Penyanyi Kelahiran Malaysia Jadi Mangsa Buli China Kerana #MH370| Seperti yang umum sedia maklum, kebanyakan ahli keluarga dan waris penumpang kapal terbang MH370 di China tidak dapat menerima kenyataan apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat berkenaan hilang di Lautan Hindi.

Sejak pengumuman tersebut, kedutaan Malaysia di negara China menjadi lokasi keluarga mangsa berkumpul dan mengadakan protes secara besar-besaran.

Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di China, Fish Leong juga tidak terkecuali dari terkena tempias hingga menyebabkan dia dan beberapa selebriti lain dibuli di laman siber.

Difahamkan, Leong telah mengemaskini laman sosial miliknya seakan memperingati mereka yang tidak bernasib baik di dalam kapal terbang tersebut, bagaimanapun tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan para netizen di China.

Selain menghamburkan kata-kata kesat kepada Leong, salah seorang pengguna laman sosial juga memaki hamun anak di dalam kandungan penyanyi itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pihak membela Fish dengan meminta mereka yang memaki hamunnya supaya berfikir secara rasional dan tidak menyalahkan penyanyi-penyanyi Malaysia di atas insiden ini.

Adakah Fish Leong juruterbang pesawat MH370? Adakah Leong bertanggungjawab merampas pesawat itu? Adakah Leong individu yang mengugut kerajaan Malaysia? Adakah Leong yang membuatkan pesawat itu terhempas? Jika jawapan kepada semua soalan ini adalah Tidak, lebih baik berdiam diri. Kerajaan mungkin teruk, tapi tidak bermakna rakyat Malaysia berhati jahat. Berhenti menjatuhkan air muka kita (People's Republic of China).

Untuk pengetahuan anda, Fish Leong merupakan anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan namun berdarah China dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di Taiwan sebelum dikenali di beberapa buah negara lain.

zhangziyi Penyanyi Kelahiran Malaysia Jadi Mangsa Buli China Kerana #MH370

Dalam pada itu, pelakon China, Chen Kun dan Zhang Ziyi turut menegur Malaysia yang disifatkan tidak bersikap telus dan tidak berkata benar mengenai status pesawat MH370 (China Press). China Press

Anuar Zain Sebak Kenang Rakan Mangsa Tragedi MH370

Posted: 25 Mar 2014 10:51 PM PDT

Anuar Zain Sebak Kenang Rakan  Mangsa Tragedi MH370 | Penyanyi popular, Anuar Zain sentiasa terkenangkan dua rakan lamanya iaitu Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.

Anuar Zain mengakui walaupun hubungan mereka tidak begitu akrab namun mereka pernah bekerjasama dan kebaikan kedua-dua lelaki tersebut sentiasa diingatinya sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000.

Andrew banyak membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan dia seorang yang cukup merendah diri dan mesra berbanding orang lain. Manakala Patrick saya mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan sangat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara"

Anuar Zain mengakui menangis sebaik sahaja mendapat tahu berita mengenai kehilangan pesawat tersebut & juga tertekan mengenangkan nasib yang menimpa kesemua 239 penumpang dan kru selain sentiasa berharap mereka dapat pulang dengan selamat.

"Sebaik sahaja mendapat tahu kejadian itu air mata saya terus mengalir laju dan saya gagal menahan sebak. Ia adalah satu masa yang sukar bukan sahaja buat diri saya tetapi buat seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan pesawat itu," katanya.

Anuar Zain ditemui pihak media ketika majlsi sidang media pengumuman penundaan persembahan Minggu Setiausaha yang disertainya iaitu Terindah… Anuar Zain yang dijadualkan pada 8 April tetapi terpaksa ditunda kepada 29 April depan.-rotikaya

Yasmin Hani berkorban demi Noah

Posted: 25 Mar 2014 10:44 PM PDT

Yasmin Hani berkorban demi Noah|  Selepas empat bulan menerima kehadiran orang baharu, pengacara dan pelakon Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, mengakui rumah tangganya lebih bahagia.

Jika dulu dia banyak menghabiskan masa berdua di samping suami tercinta, Sha'arin Mohammed Razali Wong, kini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada si kecilnya yang diberi nama Noah Ismail.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kehadirannya. Dia adalah anak yang ceria. Memang saya dan suami tak menang tangan.

"Saya mahu memberikan yang terbaik buatnya," katanya yang akan terus melakukan penyusuan ibu untuk anaknya sehingga tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Yasmin, memberitahu sepanjang tempoh penyusuan itu, dia mengalami keguguran rambut yang agak ketara.

"Sekarang ni rambut banyak gugur, tapi saya tak runsing sangat, sebab memang rata-rata semua ibu yang melahirkan dan menyusukan anak mengalami masalah yang sama.

"Cuma sekarang ini saya lebihkan minum susu untuk kesihatan diri dan mengambil makanan yang disyorkan oleh doktor," katanya.

Tidak mahu berehat lama dari dunia pengacaraan dan lakonan, Yasmin mengakui selepas ini, dia akan terima tawaran tersebut selepas benar-benar bersedia.

"Memandangkan anak saya masih kecil, saya hanya mahu sedikit masa lagi untuk lihat dia membesar di depan mata saya.

"Jika ada tawaran yang tidak melibatkan masa yang panjang, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mendapat sokongan daripada suami tersayang.

Hasrat tercapai

Sungguhpun banyak menolak beberapa tawaran sebelum ini, Yasmin bagaimanapun tidak keberatan untuk membintangi teater Di Bawah Lindungan Ka'abah arahan Rosminah Tahir yang bakal berlangsung pada 8 hingga 15 Mei depan, di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menyedari ini adalah peluangnya untuknya beraksi di Istana Budaya, Yasmin akhirnya membuat keputusan untuk menerima tawaran itu.

"Pada awalnya 50-50 juga saya nak terima tawaran ni. Saya rasa serba salah untuk meninggalkan anak, tapi saya rasa bolehlah kalau ambil dan hanya fokus kepada latihan teater ni saja.

"Kebetulan saya pun memang teringin nak berlakon teater. Saya ni memang 'stage addicted'. Bagi saya teater ini lebih kepada skala yang lebih serius. Saya suka belajar dan suka membuat persembahan secara pementasan. Ni dah kena dengan masa, jadi saya ambil keputusan untuk terimanya," katanya.

Menurut Yasmin, dia sangat teruja apabila ditawarkan watak Rosna iaitu teman baik Zainab lakonan Nasha Aziz. Bahkan turut gembira apabila mengetahui naskah itu diadaptasi dari karya popular Hamka.

"Saya memang sukakan karya-karya Hamka. Dan saya yakin ia pastinya lebih mengagumkan jika bergandingan dengan pelakon-pelakon yang hebat," katanya yang turut bergandingan bersama Adi Putra Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi, Liza Abdullah dan Zila Bakarin.-Sinarharian

Kontroversi Pelakon ‘Ariana Rose’ Kesal FB Palsu Tuduh Dia Jual Anak

Posted: 25 Mar 2014 10:06 AM PDT

Kontroversi Pelakon ‘Ariana Rose’ Kesal FB Palsu Tuduh Dia Jual Anak  |  Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.

Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.

“Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

“Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.

“Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, di sini, Selasa.

Tambah Sharisa, selepas mendapat tahu perkara tersebut, dia cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal.

Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.

“Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

“Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu.

Sementara itu, pelakon yang membintangi drama Ariana Rose dan Teduhan Kasih ini juga mengakui, perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.

“Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini.

“Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani