Powered by Blogger.

Iqwal Kekasih Cha Cha Maembong?

Iqwal Kekasih Cha Cha Maembong?


Iqwal Kekasih Cha Cha Maembong?

Posted: 21 Mar 2014 12:58 AM PDT

Iqwal Kekasih Cha Cha Maembong? | Sebelum ini beberapa portal hiburan ada melaporkan penyanyi Iqwal Hafiz, 22, bercinta dengan pelakon Cha Cha Maembong, 19. Begitu pun kedua-kedua bakat muda itu menafikan hubungan tersebut. Sebaliknya mereka berdua memberi jawapan selamat, hanya berkawan.

kekasih cha cha maembong Iqwal Kekasih Cha Cha Maembong?

Bertemu Iqwal sewaktu di sidang media Worldstar Road to Hollywood! baru-baru ini, Iqwal mengesahkan yang hubungan dia dengan adik kepada pelakon Emma Maembong itu memang rapat. Namun kata penyanyi yang pernah menerima gelaran Artis Baru Terbaik Antarabangsa 2008 ini, mustahil baginya untuk membawa hubungan persahabatan mereka itu melangkah setapak ke hubungan sebagai pasangan kekasih.

“Saya akui kami rapat macam adik beradik. Kami kerap juga berjumpa. Tapi mustahil lah saya nak bercinta dengan dia. Sebab dari awal perkenalan kami, saya melayan dia sebagai kawan baik. Jadi, saya rasa susah kalau saya nak bercinta dengan dia”, kata Iqwal ketika diaju pertanyaan sejauh mana keseriusan hubungannya dengan pelakon kacukan Melayu-Scottish itu.

Berkenalan sejak 8 bulan lalu menerusi seorang teman, Iqwal mengakui dia cukup senang berkawan dengan Cha Cha dan tidak menolak yang gadis itu memiliki ciri-ciri gadis idamannya. Malah mereka berdua sudah saling mengenali keluarga masing-masing.

“Mungkin sebab kami berada dalam satu industri, itu yang buat kami serasi dan rapat. Cha Cha banyak bertanya dan meminta tips nyanyian daripada saya. Kami saling bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing. Cha Cha minat juga muzik dan kadang-kadang kalau ada masa, saya ajarkan dia bermain keyboard. Dia pun selalu bertanyakan pada saya tips menyanyi”, ujarnya sekaligus mengakui gosip cintanya denagn Cha Cha membuatkan dia kini lebih dikenali ramai.

MH370 : Pengakuan Datuk Seri Hishammuddin Sepupu Perdana Menteri

Posted: 21 Mar 2014 12:45 AM PDT

MH370 :  Pengakuan Datuk Seri Hishammuddin Sepupu Perdana Menteri  |  Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah ‘perlindungan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

“Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.

“Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa,” katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.

MH370: Wanita Dakwa Nampak Bangkai Pesawat

Posted: 20 Mar 2014 10:00 PM PDT

MH370: Wanita Dakwa Nampak Bangkai Pesawat | Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

"Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

"Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar."Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

MH370 2 MH370: Wanita Dakwa Nampak Bangkai Pesawat

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

"Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia)," kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

 

"Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan. – mStar

Restu Keluarga, Hanez nekad teruskan hubungan

Posted: 20 Mar 2014 09:55 PM PDT

Restu Keluarga, Hanez nekad teruskan hubungan | Walaupun teruk dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tempatan gara-gara didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga kekasihnya, pelakon Hanez Suraya tetap tidak mengambil pusing kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.
Kontroversi tersebut turut menyebabkan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White telah ditarik balik, baru-baru ini.

Hanez malah menyifatkan dirinya langsung tidak tertekan dengan perkara tersebut malah sentiasa berfikiran positif.

"Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu," ujarnya.

Hanez, 30, turut mengakui kedua-dua ibu bapanya memberi sepenuh restu terhadap hubungannya dan teman lelaki, Romie Razin Adilha.

"Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting.

"Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah," ulasnya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian.

Dengar-dengarnya juga, Hanez dan Romie bakal melangsungkan pernikahan pada Ogos ini.Betul ke?. Kita nantikan :)-mynewshub

Isu MH370: Chef Wan sengaja Uji Rakyat Malaysia

Posted: 20 Mar 2014 09:46 PM PDT

Isu MH370: Chef Wan sengaja Uji Rakyat Malaysia| Susulan gambar yang dimuatnaik di Instagram beliau, Datuk Chef Wan mengakui ia satu gurauan dan lebih parah beliau berkata beliau mahu menguji rakyat Malaysia yang dikatakan gemar mencari sebab untuk memburukkan orang lain.

Jawapan Chef Wan itu muncul beberapa ketika selepas gambar mempersendakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ke-14 hari ini.

"Dua objek di Perth dan satu ni I ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS.. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya," kata Chef Wan dalam kapsyen gambar itu.

chef wan kecam instagram Isu MH370: Chef Wan sengaja Uji Rakyat Malaysia

Gambar berkenaan yang dirakamkan di tepi pantai Morib telah dipadamkan sebaik beliau menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak yang menganggap gurauan itu tidak sesuai pada masa kini pesawat MH370 masih tidak diketahu di mana lokasinya.

Menurut Chef Wan dalam jawapannya yang panjang lebar di Instagram, beliau berkata kepada kru untuk membuat satu gurauan dan melihat reaksi warga Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang serta reaksi pada media dan blog yang akan mengkritik dengan lebih hebat lagi berkenaan gurauan itu.

"Pemandu saya kata, jangan Chef Wan nanti orang cari sebab nak marahkan u even u bergurau dan kita faham," kata pemandunya mencetuskan ketawa dalam kalangan kru penggambaran.

Beliau juga pasti ramai antara warga Malaysia yang telah bergurau berkenaan operasi SAR itu tetapi tidak didedahkan kepada orang ramai.

"Saya pasti ramai antara kira yang bergurau berkenaan isu ini di belakang dalam keadaan tertutup kecuali saya meletakkan gurauan itu di Instagram saya untuk melihat reaksi orang ramai.

"Wow!! berjalan tak sampai 10 minit dari pantai, saya dihubungi oleh wartawan Murai.com, Murai juga dapat mencium isu ini.. Rupa-rupanya, memang betul sangkaan saya bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang biarpun diketahui ia adalah satu gurauan bodoh," katanya mengakui gurauan itu bodoh dengan menggunakan perkataan Inggeris "silly".

Bagaimanapun, beliau menerima akibat yang berlaku daripada perbuatannya tetapi Chef Wan tidak pun memohon maaf kepada keluarga penumpang MH370 yang mungkin terguris dengan kata-kata beliau.

"Baik, apapun saya terima akibat perbuatan ini kerana memang saya memuatnaiknya dengan sengaja dan perbuatan saya berjaya.

"Sekarang, mari pula kita menilai blog dan media yang akan memanipulasi isu itu kerana anda sudah pun mengetahui kebenarannya.

"Mari kita tengok cara mereka melatah dan kepada mereka yang gemar sebarkan berita ini dan melakukan fitnah pula.. Mari lihat warna sebenar mereka, ingat apa yang saya katakan kerana di penghujungnya nanti seorang yang matang akan tertawa melihat semua drama ini berlaku," katanya.

Pada penulis, ayat Chef Wan ini lebih kepada ayat 'cover line' selepas malu akibat perbuatan dirinya sendiri. Jika Chef Wan sendiri merupakan ahli keluarga penumpang MH370 pastinya beliau sendiri akan berang dengan tindakan sebegitu rupa yang dilakukan oleh seorang ikon terkenal.

Kecaman yang diterima Chef Wan bukannya kerana rakyat Malaysia suka mencari sebab memburukkan orang, ia adalah kerana sebahagian besar daripada mereka juga bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 terutamanya lebih 200 keluarga penumpang pesawat yang masih hilang hingga hari ini.

Jika hendak melakukan ujian reaksi, Chef Wan sepatutnya melakukannya ketika tiada apa-apa besar yang sedang menguji kesabaran dan kebimbangan semua orang di negara ini, ketika itu mungkin gambar Chef Wan takkan ada yang ambil peduli pun.-mynewshub

 

BOMOH VVIP: LAMAN WEB “BOMOH GADGET” JUAL TIKAR TERBANG

Posted: 20 Mar 2014 05:26 PM PDT

BOMOH VVIP: LAMAN WEB “BOMOH GADGET” JUAL TIKAR TERBANG RM99,900.00 | Tidak cukup dengan gambar dan video parodi, satu laman web menjual alatan Raja Bomoh pula telah dibuka. Website dengan domain “http://www.bomohgadgets.sto.my” menjual pelbagai peralatan yang digunakan oleh kumpulan bomoh di KLIA seperti Bubu Ikan, Bambu dan Buah Kelapa.

website tikar terbang BOMOH VVIP: LAMAN WEB BOMOH GADGET JUAL TIKAR TERBANG

Harga yang diletak pada setiap item tidak kurang mahalnya. Namun apa yang menarik minat kami ialah harga Tikar Terbang yang mencecah RM99,900.00!

“Gadjet Bomoh ini mampu menolong anda mencari benda ghaib dan mengusir roh jahat. Nota: Gadjet ini hanya berfungsi dengan adanya 2 orang pembantu” – Menurut penerangan pada item tersebut.

bomoh vvip BOMOH VVIP: LAMAN WEB BOMOH GADGET JUAL TIKAR TERBANGWalaubagaimanapun, Menurut Easystore.my yang bertanggungjawab mencipta Laman Web ini, mengatakan bahawa ia dibuka hanyalah sebagai Laman Demo sahaja dan barang-barang yang ada di laman itu tidak dijual secara atas talian atau fizikal. -Tengok TV Online

MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie

Posted: 20 Mar 2014 04:53 PM PDT

MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie  |  Di tengah-tengah Lautan Hindi, wujud sebuah pulau batu karang kecil yang dinamakan Diego Garcia.

Pernah menjadi habitat untuk komuniti Chagos, Diego Garcia kini menempatkan kemudahan sokongan Tentera Laut Amerika Syarikat.

diegogarcia1 MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie
Nama pulau ini dilaporkan akhbar tempatan sebagai antara lokasi pendaratan dalam simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.
diegogarcia4 MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie
Mari kita fahami kedudukan dan fungsi Diego Garcia.

Pulau terpencil ini menempatkan pangkalan sokongan untuk kapal laut dan kapal selam tentera, serta kemudahan komunikasi dan jejak udara.

diegogarcia3 MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie

Selain itu, pangkalan di Diego Garcia turut dilengkapi dua landasan kapal terbang sepanjang 3.7 kilometer.

Walaupun terpencil, pengawal udara di pulau ini berperanan besar dalam beberapa misi ketenteraan Amerika.

Antaranya sebagai sokongan dalam perang Afghanistan dan perang Iraq.

Laman web rasmi Tentera Laut Amerika memaklumkan terdapat sekitar 2, 500 anggota termasuk kakitangan awam di pulau berkenaan.

diegogarcia2 MH370 : Landasan Diego Garcia Dalam Simulator Kapten Zaharie
Walaupun pangkalan tentera ini dimiliki Amerika, sebenarnya kawasan perairan ini adalah sebahagian wilayah Lautan Hindi British.

Berdasarkan perjanjian, Britain membenarkan Amerika mengendalikan pangkalan ini selama 50 tahun berakhir 2016, dengan pilihan untuk menyambungnya selama 20 tahun lagi.

Pada hari ini barulah penulis tahu, mengapa jika ada sesuatu perkara melibatkan peperangan, Amerika cepat tiba di kawasan teluk Asia, rupanya US mempunyai tempat khas dikawasan berdekatan dengan negara negara Asia. Adakah dengan maklumat ini, lapangan terbang rahsia Amerika Syarikat telah terbongkar? Kita renung renungkanlah.

MH370 : Chef Wan Persenda Penemuan Objek Pesawat MH370

Posted: 20 Mar 2014 03:47 PM PDT

Chef Wan Persenda Penemuan Objek Pesawat MH370 | Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

chef wan kecam instagram MH370 : Chef Wan Persenda Penemuan Objek Pesawat MH370

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai ‘nasi lemak telanjang’.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap

Posted: 20 Mar 2014 12:47 PM PDT

Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap  |  Sharifah Sakinah sekarang, bukan lagi Sharifah Sakinah yang dulu. Jika dulu dia sering mencuri perhatian umum dengan memuatnaik video perangai gila-gila yang kadangkala tidak difahami dan menjengkelkan sesetengah orang, kini Sharifah Sakinah cuba membuat tarikan baru untuk peminatnya.

shakinah2 Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap
shakinah1 Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap
Dia kelihatan semakin aktif melibatkan diri dengan aktiviti kecergasan dan giat mengajak peminat menjalani cara hidup sihat.

shakinah4 Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap
shakinah2 Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap
Memang bagus niat Sakinah, malah ia cukup sesuai dengan dirinya sebagai testimoni apabila memiliki tubuh yang cantik hasil regim kesihatan yang dilakukan.

shakinah3 Aksi Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Perut dan Punggung Mantap
Cuma yang tak berapa syok, makin banyak pula gambar-gambar seksi dimuatnaik bagi menunjukkan hasil usaha kerasnya di gym.

Sebenarnya kalau Sakinah tak pakai seksi sangat dan dedahkan pusat serta perut pun orang dah boleh nampak kecantikan tubuh hasil senaman dan penjagaan makanan yang diamalkan.

Gambar dipetik dari Instagram Sharifah Sakinah.
Tak gitu? – REM RAMZI

E! News Bongkar Rahsia Siapa Sebenarnya Lisa Surihani

Posted: 20 Mar 2014 12:21 PM PDT

E! News Bongkar Rahsia Siapa Sebenarnya Lisa Surihani | Dia cantik, peramah, suka merendah diri sekaligus aktres ini cukup di senangi ramai. Lantas dek perwatakan dimilikinya itu, Lisa Surihani selayaknya digelar ‘buah hati’ para peminat tanah air.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.

Menariknya, ‘rahsia‘ Lisa dibongkarkan secara eksklusif menerusi program ‘E! News Asia Special’ dan bakal ditayangkan selama 30 minit pada 30 Mac ini, di Astro Channel 712, jam 10 malam.

Bertemu Lisa pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.

“Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya”, kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Lisa Surihani Yusry KRU E! News Bongkar Rahsia Siapa Sebenarnya Lisa Surihani

Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.

“Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat…”, katanya sambil tersenyum.

Justeru Lisa juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya.

“Dalam episod khas ini akan mendedahkan beberapa perkara tentang diri saya dari perspektif ahli keluarga, suami dan rakan terdekat yang mana masyarakat di luar tidak pernah tahu tentang diri saya.

“Saya teruja nak dengar apa kata orang-orang yang dekat dan penting dalam hidup saya ini mengenai saya. Sebenarnya saya ada juga cuba memujuk suami, bertanya pada dia apa soalan yang di tanya E! News kepadanya tentang saya. Tapi suami saya tidak mahu memberitahu sebaliknya dia berkata, nanti tengok lah…”, kata Lisa lagi.

- mD

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani