Powered by Blogger.

Gurauan MH370, Chef Wan Mahu Lihat Reaksi Rakyat Malaysia

Gurauan MH370, Chef Wan Mahu Lihat Reaksi Rakyat Malaysia


Gurauan MH370, Chef Wan Mahu Lihat Reaksi Rakyat Malaysia

Posted: 21 Mar 2014 03:58 AM PDT

Ya inilah penerangan daripada Chef Wan tentang gurauannya mengenai serpihan MH370. Agak panjang lebar penjelasan yang diberikan. Tidak tahu sama ada kita selaku rakyat Malaysia boleh menerima alasan ini. Secara kesimpulannya, Chef Wan mahu melihat reaksi rakyat Malaysia dan beliau sudah pun bersedia untuk menerima kesan daripada gurauannya itu.

chef wan

Terang Chef Wan di akaun Instagramnya:-

Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth.

Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger!

My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”.
Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction!

Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes.

Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful.
Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…

Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

chef wan

Membaca komen di akaun Instagram Chef Wan, ternyata ramai yang tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh beliau. Pada pendapat mereka, perkara sebegini tidak boleh dijadikan gurauan kerana ia adalah isu yang sangat sensitif. Hmmm… Ada benarnya juga komen-komen itu. Apa pula pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-

Chef Wan Cuba Bergurau Mengenai Penemuan Serpihan MH370

Posted: 20 Mar 2014 11:24 PM PDT

Menurut laporan berita terkini, sebahagian daripada serpihan kapal terbang yang dikatakan daripada MH370 (masih tidak dipastikan sehingga artikel ini ditulis) telah pun ditemui di Perth, Australia. Di kala kesemua pihak berdebar-debar menanti keputusan siasatan, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi satu gambar “gurauan” yang tidak kena pada tempatnya mengenai serpihan tersebut.

chef wan cuba bergurau

Gambar di atas dikongsikan dengan caption:-

2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang Mas. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya. Adoi.. frustnya

chef wan
Gambar ini telah pun dipadamkan oleh Chef Wan susulan kecaman yang diterima daripada pengikut akaun Instagramnya. Memang agak tidak sesuai untuk Chef Wan membuat kelakar di kala semua pihak masih ternanti-nanti berita gembira penemuan MH370. Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua. Apa kata anda? Info asal Astro Awani.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tayang Perut Untuk Beri Inspirasi Kepada Peserta Lain – Sharifah Sakinah

Posted: 20 Mar 2014 09:16 PM PDT

Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sharifah Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini. Memang cantik perut Sharifah Sakinah. Tiada sebarang kebuncitan, nampak tegang dan kalau perhatikan betul-betul, macam ada “six packs“. Inilah hasil kerja keras Sharifah Sakinah bersenam selama ini menerusi jenama Fitness Sakinah.

sharifah sakinah tayang perut

Malah daripada pemerhatian Abang Nara, kalau dulu Sharifah Sakinah kelihatan agak “chubby” namun sekarang ini memang kurus sangat-sangat. Walaupun penayangan perut yang dilakukan olehnya adalah untuk menunjukkan kesan, sememangnya ia kurang bersesuaian dengan adat dan agama kita. Namun Sharifah Sakinah memaklumkan tujuannnya berbuat demikian adalah untuk memberi inspirasi. Katanya menerusi MalaysianDigest:-

Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.

sharifah sakinah tayang perut

Diharap jangan pula Sharifah Sakinah menayangkan bahagian badannya yang lain untuk menunjukkan keberkesanan aktiviti senaman yang dilakukan. Kalau perut pun dah timbul cakap-cakap orang kerana perasaan kurang senang, bayangkan kalau bahagian lain yang terpampang di Instagramnya. Mahu terkejut semua orang dibuatnya. Apa pun, gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Sharifah Sakinah memang wajar dicontohi oleh kita yang jarang bersenam. Tak gitu?
true touchP.S:  True Touch Solution menyediakan penyelesaian untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Memang sesuai sangat untuk Abang Nara nie. Untuk dapatkan diskaun HEBAT produk mereka, cuma perlu “screenshot” gambar di atas dan tag Instagram TrueTouchSolution atau tag Facebook TrueTouchSolution. Nak tahu lebih lanjut tentang keberkesanan produk ini? Layari www.truetouch.asia.

Baca Yang Ini Pulak:-

Hanis Zalikha Dilantik Duta Safi Balqis

Posted: 20 Mar 2014 08:14 PM PDT

Hanis Zalikha ialah salah seorang selebriti kegemaran Abang Nara. Daripada zaman Hanis seorang blogger dirinya adalah seorang gadis yang sangat peramah, periang dan cantik orangnya. Pemilihan Hanis Zalikha sebagai duta terbaru produk Safi Balqis adalah satu keputusan yang amat tepat dan sesuai sekali. Tahniah diucapkan kepada Hanis atas perlantikan ini.

hanis zalikha

Nampaknya tahun 2014 ialah tahun Hanis Zalikha mula memacu nama untuk menjadi lebih dikenali dalam industri hiburan. Semakin banyak program yang melibatkan dirinya dan Abang Nara lihat keupayaan Hanis berlakon dan mengacara juga semakin bertambah baik. Mana tahu ada rezeki boleh menang ABPBH tahun ini untuk kategori Artis Baru Wanita Popular. Sama-samalah kita doakan.
hanis zalikha

Semoga nama Hanis Zalikha bertambah kukuh dalam industri hiburan di masa hadapan. Selamat maju jaya dan tahniah sekali lagi atas perlantikan ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Keluarga Merestui Hubungan Saya & Romie – Hanez Suraya

Posted: 20 Mar 2014 07:57 PM PDT

Ya, ya, ya. Abang Nara tahu anda bosan dengan kisah Hanez Suraya. Namun nak buat macam mana, kontroversi yang melanda dirinya bukan sahaja menarik untuk dibaca, tetapi juga amat sesuai untuk dijadikan pengajaran buat kita. Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya mengapakah Hanez masih meneruskan hubungan dengan Romie walaupun mendapat pelbagai tentangan. Rupa-rupanya hubungan mereka direstui oleh keluarga.

hanez suraya dan romie

Bagi Abang Nara, pastinya keluarga Hanez Suraya memberikan restu kerana mereka mengetahui sesuatu yang kita sebagai orang awam tidak tahu. Mungkin ada rahsia besar di sebalik kontroversi ini. Kata Hanez Suraya kepada Utusan Malaysia apabila ditanya mengenai komen keluarganya tentang percintaannya dengan Romie:-

Keluarga tidak ada masalah. Sejak daripada awal lagi mereka sudah tahu dan merestui hubungan saya dan Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini.

Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting. Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah. Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka.

Ya, kami masih bersama. Kami masih meneruskan hubungan dan bahagia. Cuma sekarang ini saya lebih senang untuk berdiam diri. Biar segala kekecohan tenang.

hanez dan romie

Keluarga pun dah restu maka memang sesuai sangat untuk Hanez dan Romie membuat persediaan ke alam perkahwinan. Mungkin selepas kes penceraian antara Romie dan Liyana Manan selesai, majlis pernikahan boleh dilakukan terlebih dahulu. Buat perkara yang wajib dulu. Majlis sanding lepas-lepas itu pun boleh. Apa pun, semoga kebahagiaan akhirnya akan menjadi milik Hanez dan Romie.

P.S: Pandu uji kereta di KIA Road Show dan berpeluang tonton Piala Dunia di Brazil

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani