Bomoh VIP Ugut Saman Pihak Yang Kecam Ritualnya
Bomoh VIP Ugut Saman Pihak Yang Kecam Ritualnya |
| Bomoh VIP Ugut Saman Pihak Yang Kecam Ritualnya Posted: 13 Mar 2014 06:08 PM PDT Bomoh VIP Ugut Saman Pihak Yang Kecam Ritualnya | BOMOH VIP atau dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin buat ugutan akan menjalankan tindakan saman ke atas sesiapa yang mendakwa perbuatan pihaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lepas melanggar syarikat Islam. Tiga orang pengikut Ibrahim pada kejadian itu duduk di atas sehelai tikar seperti tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan memegang tongkat, bakul rotan dan buah kelapa. Kemudian, mereka mendayung di atas tikar berkenaan seperti menaiki sampan dengan mengucapkan kalimah "Allahu Akbar" yang jelas tidak mengkiut landasan syariat Islam. Memetik laporan The Malaysian Insider, Ibrahim mendakwa upacara itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
Ibrahim sebenarnya muncul dua kali di KLIA dengan kali pertama dia melakukan ritual dengan menggunakan dua teropong buluh dan bubu ikan dan pada hari kedua barulah ritual "tikar terbang" dilakukan. Tindakan itu menerima kecaman pelbagai pihak kerana dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA. – sumber - |
| Malaysia Naik Ke Ranking 141 Dunia Posted: 13 Mar 2014 10:14 AM PDT Malaysia Naik Ke Ranking 141 Dunia | Malaysia melonjak sembilan anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-141 dunia pada ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada Khamis. Perubahan ketara tersebut didorong oleh kejayaan skuad Harimau Malaya mengalahkan Yemen 2-1 pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2015, 5 Mac lepas, selain seri 1-1 menentang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, empat hari sebelum itu.
Di peringkat Asia, Malaysia naik tujuh anak tangga pada kedudukan ke-22 daripada 46 negara. Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,510 mata. Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,336 dan 1,234 mata. Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara. -sumber- |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment