(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique
(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique |
- (17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique
- (TAHNIAH)Aidil Zafuan & Zarema Zainal Kini Sah Suami Isteri
- Hanez Suraya Dikritik Hebat Di Akaun Instagramnya
- Di Dunia Mungkin Mohd Terlepas – Zatul
| (17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique Posted: 14 Mar 2014 04:26 AM PDT Cantik-cantik kesemua gambar yang dibidik oleh WunderClique yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Untuk makluman, Aidil telah memberikan wang hantaran sebanyak RM17,000 kepada Zarema di majlis pernikahan yang telah berlangsung kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang. Aidil juga turut menghantar 9 dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh Zarema. Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro. Semoga berbahagia ke akhir hayat buat Aidil dan Zarema. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook WunderClique.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| (TAHNIAH)Aidil Zafuan & Zarema Zainal Kini Sah Suami Isteri Posted: 13 Mar 2014 09:04 PM PDT Jutaan tahniah diucapkan kepada Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah pun sah sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung pagi tadi. Aidil yang kelihatan kacak bergaya dalam persalinan pengantin serba putih dengan tenangnya telah melafazkan akad nikah sekali sahaja. Tahniah diucapkan buat anda berdua. Di bawah ialah video akad nikah Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah dikongsikan oleh Nedim Nazri:- Semoga berbahagia ke akhir hayat buat Aidil dan Zarema. Tahniah!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
| Hanez Suraya Dikritik Hebat Di Akaun Instagramnya Posted: 13 Mar 2014 08:30 PM PDT Ya memang tertekan menjadi insan yang bernama Hanez Suraya buat masa sekarang ini. Apa sahaja yang dilakukan, tak kiralah di laman sosial atau kehidupan alam nyata, pasti akan mendapat kritikan ramai. Itulah hakikat yang harus diterima oleh Hanez Suraya susulan kontroversinya merampas suami Liyana Manan. Sememangnya masyarakat memandang hina perbuatan seumpama itu walaupun pelbagai macam alasan diberikan. Setelah lama berdiam diri, Hanez Suraya telah pun berkongsi satu mutiara kata menerusi akaun Instagramnya. Bagi Abang Nara, memang tak sesuai langsung apa yang dikongsikan oleh Hanez Suraya setelah kontroversi panas yang melanda dirinya. Akibatnya, pelbagai kritikan yang diterima menerusi ruangan komen di gambar tersebut. Antara komen yang menarik ialah:- Namun begitu ada juga peminat yang nampaknya sudah pun memaafkan Hanez Suraya:- Nasihat Abang Nara, sebulan dua ini baiklah Hanez Suraya tak kongsikan apa-apa perkembangan hidupnya di mana-mana akaun sosial. Biarlah reda sikit kontroversi yang sedang melanda diri, lepas itu nak buat “comeback” suka hatilah. Lagi bagus kalau lepas kahwin dengan Romie baru muncul semula. Barulah orang tak boleh nak kata apa-apa dah. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
| Di Dunia Mungkin Mohd Terlepas – Zatul Posted: 13 Mar 2014 08:16 PM PDT Mohd Mentor telah pun mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol Zatul baru-baru ini. Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis. Susulan itu, Mohd telah memberi tempoh 3 bulan kepada Zatul untuk memohon maaf kepadanya atas tuduhan tersebut. Sememangnya ia satu tuduhan yang berat dan telah menjatuhkan maruah penyanyi lelaki ini. Namun begitu hari ini menerusi Mstar Online Zatul dilihat enggan memberikan sebarang komen dan tidak menyatakan persetujuannya untuk meminta maaf seperti yang dimohon oleh Mohd. Kata Zatul:-
Untuk makluman, sekiranya Zatul gagal memohon maaf dalam tempoh 3 bulan ini, Mohd akan mengambil tindakan undang-undang. Nampak gayanya Zatul kenalah berfikir sedalam-dalamnya. Pihak polis telah pun menyiasat dan membuat keputusan yang jelas menunjukkan Mohd tidak bersalah. Sama-samalah kita nantikan. P.S: Siling Hotel Concorde Shah Alam runtuh Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment