The Journey Kini Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM12.92 Juta
The Journey Kini Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM12.92 Juta |
- The Journey Kini Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM12.92 Juta
- A Aida Mengaku 3 Kali Bedah Hidung
- Chef Zam Pula Kritik Hidangan Makanan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
- (39 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Puteri Chichi & Nazir Azmar
- (48 GAMBAR)Beego & Linda Hashim Berdebar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Pertama
- Engku Emran Nafi Aleesya Bersedih Tanpa Erra Fazira Di Sisi
- Jumpa Ezuwan Ismail, Ana Dahlia Bakal Berkahwin Buat Kali Ketiga?
- Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati Dan Fauzi Nawawi
The Journey Kini Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM12.92 Juta Posted: 26 Feb 2014 03:13 AM PST Hebat. Tiada siapa menyangka KL Gangster akan jatuh turun takhta namun itulah hakikatnya. Filem The Journey kini unggul di atas takhta kutipan filem tempatan tertinggi. Filem berbahasa Cina ini telah pun berjaya mengutip RM12.92 juta sehingga Ahad lalu dan masih lagi ditayangkan di kebanyakan pawagam seluruh Malaysia. Kemungkinan besar angka RM15 juta mampu dicapai oleh filem terbitan Astro Shaw dan Astro Shaw ini. Filem The Journey mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom. Begitupun, kerana kasih seorang bapa, Chuan bersetuju tetapi dengan syarat. Mereka harus berkompromi dengan keinginannya untuk mengadakan majlis mengikut tradisi. Tahniah diucapkan kepada pengarah, pelakon dan mereka yang terlibat di dalam filem The Journey ini. Apa yang berjaya dibuktikan menerusi kejayaan ini ialah filem yang bagus tanpa pelakon yang baik tetap akan ditonton oleh orang ramai. Daripada review yang Abang Nara baca, jalan cerita dan kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia antara daya penarik filem ini. Kalau berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran anda sebelum terlambat. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
A Aida Mengaku 3 Kali Bedah Hidung Posted: 26 Feb 2014 12:14 AM PST Kalau sebelum ini A Aida ada menyarankan agar artis buat pembedahan untuk nampak cantik, hari ini menerusi Harian Metro pelakon ini membuat pengakuan telah 3 kali membuat pembedahan hidung. Namun jangan salah sangka. Pembedahan yang telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 ini dilakukan untuk merawat kesan kecederaan yang dialami 20 tahun lalu. Kalau A Aida bedah semata-mata untuk mancungkan hidung atau mencantikkan hidungnya, memang Abang Nara tak boleh terima. Namun kalau untuk pulihkan kecederaan, memang dibenarkan. Kata A. Aida:-
Kecederaan pada hidung ini dialami oleh A Aida ketika menjalani pemggambaran drama Lela Sari di Pulau Besar, Melaka. Akibat kecederaan ini, hidung A Aida mempunyai darah beku di dalamnya. Apa pun kalau untuk tujuan rawatan memang dibolehkan untuk membuat pembedahan. Diharap jangan ada artis yang sengaja gatal sebab duit banyak nak bedah kasi mancung hidung pulak. P.S: Motosikal pertama daripada Lotus Baca Yang Ini Pulak:- |
Chef Zam Pula Kritik Hidangan Makanan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Posted: 25 Feb 2014 09:30 PM PST Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System, giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.
Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut .Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut. Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya. Sekiranya pembaca BeautifulNara mempunyai pengalaman lain yang ingin dikongsikan dengan makanan penerbangan MAS, sila lakukan di ruangan komen. Nota: Untuk pencerahan, dalam entri Chef Zam kritik makanan MAS, bukan beliau yang menggunakan perkataan ‘sial’. Sebaliknya dia memuat naik semula gambar instagram dengan kapsyen yang ditulis oleh orang lain iaitu orang yang dihidangkan makanan tersebut. Chef Zam hanya menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris seperti dalam entri di laman BN. Harap maklum. -admin Baca Yang Ini Pulak:- |
(39 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Puteri Chichi & Nazir Azmar Posted: 25 Feb 2014 09:08 PM PST Agak pelik juga apabila perkahwinan Puteri Chichi @ Puteri Fateen Nasuha dan Nazir Azmar ini kurang mendapat liputan luas pihak media. Bagi Abang Nara, Puteri Chichi adalah salah seorang pelakon yang bagus, jarang dihinggapi kontroversi dan fokus pada kerjayanya. Mungkin kerana kekurangan “cerita panas” menyebabkan pihak media pandang sebelah mata akan berita perkahwinan pelakon ini. Abang Nara pasti banyak peminat di luar sana yang ternanti-nanti gambar sekitar hari pernikahan Puteri Chichi yang cantik molek ini. Terima kasih kepada jurugambar rasmi majlis mereka iaitu Alanku Studio, kini anda boleh menatap wajah kegembiraan Puteri Chichi dan Nazir Azmar apabila disahkan sebagai suami isteri. Wang hantaran sebanyak RM15,000 dan mas kahwin sebanyak RM12,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki. Sementara dulang hantaran yang dihantar ialah 5 berbalas 7. Baju pernikahan mereka telah direka oleh Mr. Sebastian Azlie daripada Casa Ombak dengan makeup oleh Aboi. Jurugambar dan juruvideo rasmi ialah Alanku Studio. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Puteri Chichi dan Nazir Azmar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(48 GAMBAR)Beego & Linda Hashim Berdebar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Pertama Posted: 25 Feb 2014 08:53 PM PST Abang Nara dapat melihat keterujaan pada wajah Beego dan Linda Hashim menerusi gambar-gambar yang dibidik oleh Ryaniez Moments Photography ini. Pastinya mereka berdua tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata sulung. Untuk makluman, kehamilan Linda Hashim kini sudah pun mencecah 32 minggu. Cepat sungguh masa berlalu kan? Mengenakan baju serba putih, ciri-ciri keibuan makin terserlah di wajah Linda Hashim. Abang Nara dulu pun pernah buat “pre maternity” shoot macam ini. Sekali sekala mengabadikan kenangan mengandungkan anak sulung apa salahnya kan? Nanti anak dah besar boleh tunjuk kat dia. Hehehe. Lagi 46 gambar “pre maternity” Linda Hashim dan Beego dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Ryaniez Moments Photography.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Engku Emran Nafi Aleesya Bersedih Tanpa Erra Fazira Di Sisi Posted: 25 Feb 2014 07:13 PM PST Semestinya “stress” untuk menjadi manusia yang bernama Engku Emran sekarang ini. Setelah berkongsi beberapa gambar anaknya Engku Aleesya di akaun Instagram, sebuah laman blog hiburan menggunakan gambar tersebut dengan tujuan menunjukkan kononnya Engku Aleesya bersedih tanpa ibunya (Erra Fazira) di sisi. Menariknya Engku Emran menggunakan teknik “sindiran” untuk menepis dakwaan tak masuk akal itu. Gambar di atas dikongsikan dengan penerangan “sindiran” di bawah oleh Engku Emran. Diharap para peminat di luar sana boleh menarik nafas lega selepas membaca penerangan Engku Emran. Mereka bertiga baik-baik sahaja dan tenang. Tak kusut walaupun difitnah dengan dakwaan yang tak masuk akal. Apa pun semoga Allah memberikan kekuatan untuk mereka bertiga mengharungi kehidupan selepas ini. Lagi beberapa gambar Engku Aleesya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: No plat Wilayah catat kenaikan 10,000 angka seminggu Baca Yang Ini Pulak:- |
Jumpa Ezuwan Ismail, Ana Dahlia Bakal Berkahwin Buat Kali Ketiga? Posted: 25 Feb 2014 06:21 PM PST Ezuwan Ismail sememangnya salah seorang pereka fesyen yang cukup terkenal di kalangan selebriti Malaysia. Ezuwan juga sering mencipta baju pengantin untuk para selebriti wanita di hari perkahwinan mereka. Jadi apabila pereka fesyen ini berkongsi gambarnya bertemu dengan Ana Dahlia dan seorang jejaka, terus Abang Nara tertanya-tanya adakah Ana Dahlia sedang bersiap sedia untuk berkahwin buat kali ketiga. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah jejaka di sebelah Ana Dahlia. Sekali pandang, wajahnya memang menyerupai bekas suami Ana Dahlia iaitu Chef Riz. Malah badannya yang berketul-ketul pun lebih kurang serupa juga. Kalau tak silap, nama jejaka ini ialah Muhammad Ubaidah. Lengan si Ubaidah ini kalau lempang Abang Nara mahu tercampak 3,4 kilometer. Tough sangat-sangat. Apa pun, Ana dan Ubaidah memang nampak sama cantik sama padan. Kalau betul-betul sedang buat persiapan untuk berkahwin, Abang Nara doakan semuanya berjalan lancar. Tak dilupakan ucapan tahniah buat anda berdua. Semoga perkahwinan kali ini adalah yang terakhir buat Ana. Tahniah!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati Dan Fauzi Nawawi Posted: 25 Feb 2014 06:11 PM PST Nampaknya kemelut antara Sharnaaz Ahmad, Nisdawati dan Fauzi Nawawi semakin meruncing. Ketiga-tiganya percaya mereka berada di pihak yang benar. Terbaru menerusi Harian Metro hari ini, Sharnaaz mahukan Nisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepadanya dalam seminggu. Seandainya gagal berbuat demikian, Sharnaaz akan menyaman pasangan suami isteri itu.
Menurut Sharnaaz lagi, Lisdawati sering memburukkan dirinya di lokasi tanpa sebab lantas menyebabkan dirinya menengking pelakon wanita itu. Tambah Sharnaaz lagi:-
Sharnaaz juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Nampaknya kemelut ini tidak akan berakhir dengan mudah. Pening kepala Abang Nara dibuatnya. Tak tahu siapa yang bersalah. Sama-samalah kita nantikan dalam masa seminggu ini. Mana tahu Fauzi dan Nisdawati akan minta maaf sekaligus menamatkan segala kontroversi yang berlaku. P.S: Senarai kawasan catuan air di Selangor Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment