Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Anak Perempuan
- Cubaan Bersetubuh Dengan Mayat Gadis 17 Tahun Gagal Kerana Keranda Kecil
- 2 Beradik Mati Dikelar Amah Indonesia Di Taman Sri Putra
Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Anak Perempuan Posted: 26 Feb 2014 06:32 AM PST Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar. "Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah. Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari. Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul. Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. "Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. "Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah. Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual. Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari. Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan. |
Cubaan Bersetubuh Dengan Mayat Gadis 17 Tahun Gagal Kerana Keranda Kecil Posted: 25 Feb 2014 04:41 PM PST Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu. Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean. Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu. Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. "Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit," kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. "Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup," katanya. - Agensi |
2 Beradik Mati Dikelar Amah Indonesia Di Taman Sri Putra Posted: 25 Feb 2014 04:39 PM PST Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam. Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka. Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang. "Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi. Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah Rumah yang menjadi lokasi kes bunuh "Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan. Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu. Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. - Harian Metro |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment