Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati
Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati |
- Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati
- Buat Masa Ini, Jep Memang Enggan Jumpa Saya – Sharol Shiro
- (13 GAMBAR)Kandungan Cecah 4 Bulan, Scha Al Yahya Makin Berseri
- Pelancaran HiDY Store Esok, Temui Abang Nara Untuk Hadiah Misteri
- Ana Dahlia Nafi Bakal Kahwin, Tempah Baju Untuk ABPBH
- Hanez Suraya Mohon Maaf Kenyataan Status “Duda” Teman Lelakinya
Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati Posted: 27 Feb 2014 11:58 PM PST Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz. Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-
Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:- P.S: SABTU 1 March. Opening SALE sempena pembukaan butik baru EDZ di Wangsa Melawati KL. RM50 cash vouchers untuk 50 pelanggan pertama. Diskaun sehingga 70%. Hampir kesemua design baju ada diskaun! Tel: 03-40119476 Lokasi: http://www.edz.com.my/ Baca Yang Ini Pulak:- |
Buat Masa Ini, Jep Memang Enggan Jumpa Saya – Sharol Shiro Posted: 27 Feb 2014 11:48 PM PST Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan usaha Sharol Shiro ingin menjernihkan hubungannya yang telah keruh dengan Jep Sepahtu. Kemelut yang melanda mereka berdua ini bermula sejak MLM2013 yang lalu dan sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaian. Namun kalau sudah ada niat untuk berbaik semula pun dah kira cukup baik bagi pandangan Abang Nara. Melalui penjelasan Sharol di Harian Metro hari ini, cara kerja mereka berdua yang berbeza menyebabkan berlakunya perang dingin ini sedangkan hubungan mereka sebelum ini agak rapat. Terang Sharol:-
Menariknya Sharol dan Jep rupanya telah mengenali antara satu sama lain sejak ujibakat Raja Lawak musim ke 3. Ketika itu Sharol gagal manakala Jep berjaya. Kata Sharol lagi:-
Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan. Lagipun Jep dan Sharol kedua-duanya sedang mencipta nama dalam dunia lawak tempatan. Tak cantik dan tak moleklah kalau bergaduh sebegini. Abang Nara rasa kalau mereka berdua bergabung untuk satu program mesti akan meletup punya. Dua-dua pun otak lawak tahap tertinggi. Mesti menarik kan? Harap-harap ada pihak yang sudi menggabungkan mereka satu hari nanti. P.S: Pembunuh ditangkap hasil bantuan burung kakak tua Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Kandungan Cecah 4 Bulan, Scha Al Yahya Makin Berseri Posted: 27 Feb 2014 08:23 PM PST Cepat sungguh masa berlalu. Dalam diam sudah 4 bulan Scha Al Yahya hamil. Masih teringat lagi Abang Nara betapa gembiranya para peminat Scha ketika Awal Ashaari mengumumkan berita kehamilan isterinya. Kini sudah tamat trimester pertama. Orang tua kata-kata fasa bahaya sudah berjaya ditempuhi. Insya Allah semuanya akan selamat. Sedikit sebanyak memang sudah kelihatan “baby bump” di perut Scha Al Yahya. Tak sabar rasanya nak melihat kandungan pelakon ini makin membesar. Wajah Scha juga sejak kebelakangan ini memang lebih berseri-seri berbanding biasa. Makin terserlah ciri-ciri keibuan. Semoga semuanya berjalan lancar buat Scha sehingga hari kelahiran kelak. Lagi beberapa gambar Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Pelancaran HiDY Store Esok, Temui Abang Nara Untuk Hadiah Misteri Posted: 27 Feb 2014 07:05 PM PST Bertemu dengan Hidayah Hassan kira-kira satu tahun lalu membuka mata Abang Nara. Tak sangka di sebalik usia mudanya rupa-rupanya Hidayah adalah pemilik jenama kasut yang sedang meningkat naik iaitu Cipela. Orangnya sangat baik, peramah dan paling penting, berwawasan untuk melihat jenama Cipela terbang tinggi dengan jenama-jenama kasut yang lain. Wife Abang Nara yang turut sama bertemu dengan Hidayah melahirkan rasa kekagumannya dengan rekabentuk dan mutu kasut-kasut yang dihasilkan oleh usahawan muda ini. Memang terasa keunikannya. Kini selepas setahun pertemuan kami, Hidayah mengorak satu langkah lagi ke hadapan dengan pembukaan kedai HiDY yang bakal dirasmikan esok, 1 Mac 2014 (Sabtu). Khas buat pembaca BeautifulNara, Hidayah telah bermurah hati untuk memberikan beberapa hadiah misteri buat anda semua. Ada beberapa cara untuk memenanginya. Antaranya:- 1. 3 pembaca BeautifulNara yang terpantas menghantar email ke hidy@hidy.com.my dengan kod “naracolourfulandchic” akan memenangi hadiah misteri daripada HiDY store. Tak perlu buat apa-apa just hantar je email sekarang!!! 2. 3 pembaca BeautifulNara yang hadir ke majlis perasmian HiDY store esok dan berjumpa dengan Abang Nara pada jam 12 tengah hari, akan mendapat hadiah misteri. Mungkin dapat kasut CIPELA, mungkin dapat HiDY tunic dan macam-macam lagilah. Korang cuma perlu ambil gambar dengan Abang Nara dan upload di Instagram dengan hashtag #hidystore dan tag @hidycollection @cipelashoes, Senang je kan? 3. Dan untuk 10 lagi pembaca BeautifulNara yang datang ke HiDY store pada 1 atau 2 Mac ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Cuma perlu hantar email ke contest@beautifulnara.com untuk mendapatkan kod yang perlu ditunjukkan apabila anda hadir ke sana. Senang sangat. Hantar email sekarang so Abang Nara boleh bagi terus kat korang kodnya. Abang Nara berani jamin korang akan berpuas hati dan gembira dengan pilihan kasut, pakaian dan fesyen yang bakal dijual di HiDY store esok. Dengar cerita ada diskaun sehingga 70%. Tunggu apa lagi? Jom lah ke sana beramai-ramai. Abang Nara pun akan ada di sana esok. Kita jumpa di sana ye. Nanti mana tahu Abang Nara boleh pujuk Hidayah untuk bagi hadiah misteri lagi kat korang. See you guys!!! P.S: Kalau korang datang silalah guna tag @hidycollection @cipelashoes dan guna hashtag #hidystore, #hidycollection, #cipelashoes di laman sosial korang untuk memeriahkan lagi suasana. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Ana Dahlia Nafi Bakal Kahwin, Tempah Baju Untuk ABPBH Posted: 27 Feb 2014 06:45 PM PST Arghhh. Kecewa Abang Nara. Baru Abang Nara ingat Ana Dahlia sudah menemui pengganti untuk mengubati hatinya yang lara, namun ternyata ia hanya palsu belaka. Mati-mati Abang Nara ingatkan pertemuan Ana Dahlia dengan Ezuwan Ismail dengan ditemani seorang jejaka adalah untuk menempah baju kahwin, rupa-rupanya adalah untuk menempah baju sempena ABPBH bulan Mac ini. Apa pun ini adalah berita baik buat mereka yang ada menyimpan perasaan terhadap Ana Dahlia. Bagi Abang Nara, wajah Ana Dahlia memang sedap mata memandang dan ada ciri-ciri keibuan. Kalau dijadikan isteri, pasti bahagia ke akhir hayat. Kata Ana Dahlia kepada Kosmo menerangkan pertemuannya dengan Ezuwan Ismail baru-baru ini:-
Sekali pandang wajah Ana Dahlia dan Ubai Zulkiflee ini memang nampak seiras kan? Tak apalah kawan dulu awal-awal ini. Lama kelamaan mana tahu memang serasi. Bolehlah bercinta, bertunang dan seterusnya berkahwin. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak tengok baju Ana Dahlia di ABPBH kelak. Rekaan Ezuwan Ismail biasanya memang meletup belaka. Pasti kehadiran Ana kelak akan mencuri tumpuan. Sama-sama kita nantikan. P.S: Kehilangan 2 kaki hadapan tidak menghalang kucing ini untuk ceria Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya Mohon Maaf Kenyataan Status “Duda” Teman Lelakinya Posted: 27 Feb 2014 06:17 PM PST Ohooooo ~~~ Adakah dengan permohonan maaf daripada Hanez Suraya ini bermakna yang teman lelakinya masih suami orang dan bukan seorang duda seperti yang digembar-gemburkan? Jeng, jeng, jeng. Nampak gayanya makin hangat kemelut yang melanda Hanez. Agak pelik juga mengapa wanita secantik Hanez memilih lelaki yang sedang/pernah berkahwin untuk dijadikan kekasih hati. Rasanya masih banyak lelaki di luar sana yang single dan tidak pernah menjadi suami orang. Apa pun dengan kenyataan maaf ini, semoga hati pihak yang terluka sedikit sebanyak sembuh. Kata Hanez Suraya menerusi Harian Metro hari ini:-
Sepatutnya satu sidang media diadakan semalam untuk menjelaskan mengenai kontroversi ini namun sidang media tersebut terpaksa ditunda atas sebab tertentu kepada hari Rabu atau Khamis depan. Hmmmmmm. Kalaulah betul kekasih Hanez Suraya masih berstatus suami orang, memang boleh perang dingin dibuatnya. Namun apa-apa pun, kita sama-samalah tunggu penjelasan daripada pihak yang terbabit. Jangan kerana kontroversi ini Hanez tak jadi kahwin sudah lah. Kang tak pasal-pasal gagal dalam percintaan lagi. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment