Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Pekerja Ayamas Diaibkan Kerana Mencuri

Posted: 20 Jan 2014 08:05 AM PST

Bukan tujuan mau mempertahankan kelakuan mencuri tetapi mengapa perlu diaibkan sebegini rupa? ... Kalau benar dia melakukan kesalahan jenayah heret saja ke muka pengadilan dengan membuat laporan polis .. kalau mau didenda dendalah tapi perlukah diperlakukan sebegini dengan berdiri dikhalayak ramai depan pintu masuk utama dengan plakad tergantung didada tertulis ayat "MENCURI" untuk beberapa jam.

Tujuan apakah majikan ayamas hypermarket Mydin mall lakukan ini semua? .. Untuk pengajaran???

Inilah apabila undang-undang dilakukan sesuka hati ikut dengar gerak kata hati dan nafsu serakah yang tidak berakhlak.

Sipencuri mungkin tiada akhlak budi pekerti malahan tiada bezanya dengan simajikan yang haprak dan bangsat jiwa.

Cara Mendatangkan Rezeki Yang Tidak Terduga

Posted: 20 Jan 2014 07:58 AM PST


Tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang? - usah risau!, kami ada penyelesaiannya. Tahukah anda, orang yang dicukupkan rezekinya tidak akan merasa sedikitpun kesan dari apa-apa aktiviti ekonomi. Biar harga barang naik setinggi manapun anda tetap akan dicukupkan rezeki dan peliknya ia hadir secara tidak diduga. Inilah yang digelarkan REZEKI LAA YAHTASIB.


Ilmu ini banyak diamalkan oleh guru-guru pondok, hingga mereka terlepas dari pelbagai masalah kesusahan rezeki. Hebat bukan, mereka hanya mengajar secara percuma, tiada kerja lain, tetapi masih mampu hidup dan menanggung keseluruhan operasi sekolah pondok. Inilah rahsia yang akan kami dedahkan! - layari www.seminar2u.net

InsyaAllah..semuanya akan selesai
Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.

KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI

Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas

Posted: 20 Jan 2014 05:41 AM PST

Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
"Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand," jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
"Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab."
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, "Someone Like You" dan "Price Tag".
"Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan," jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
"Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!" tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.

Kubur Kanak-Kanak Ini Digali Seseorang Di Terengganu

Posted: 20 Jan 2014 05:38 AM PST

Misteri! Kubur Kanak-Kanak Ini Digali Seseorang Di Terengganu | Seperti kebiasaan, kubur yang tiba-tiba berlubang dikaitkan dengan isu mendapan tanah akibat hujan lebat. Namun begitu, sebuah kubur yang dikatakan merupakan seorang kanak-kanak ini didakwa telah digali oleh seseorang di Terengganu. Bagaimanapun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berkenaan dengan kes ini. Si bapa pula menyatakan, berkemungkinan ia dilakukan oleh pengamal amalan kurafat.

kubur4

KUALA TERENGGANU – Pihak polis percaya tiada unsur khianat berhubung kewujudan lubang di kubur seorang kanak-kanak yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata bagaimanapun siasatan lanjut berhubung insiden itu tetap dijalankan.



"Setakat ini kita tidak melihat ada unsur khianat dalam kes ini berikutan keranda masih berada dalam keadaan baik namun hanya sebahagian tanah yang hilang.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku mendapan tanah atau sebaliknya namun kita akan terus menyiasat kejadian ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam seorang bapa, Kamaruddin Muhammad, 44, membuat laporan polis selepas mendapati kubur anak perempuannya di Tanah Perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini, berlubang dipercayai akibat digali oleh pihak tertentu.

Kejadian itu disedari anggota jawatankuasa keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan dan si bapa percaya perbuatan dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat.

Arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu daripada enam beradik, meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru.

Siapa Abdullah Hukum?

Posted: 19 Jan 2014 05:54 PM PST

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.

Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ, Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa,sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Bangsa kemudian bertukar menjadi Bangsar.

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Mengenali Orang Banjar

Posted: 19 Jan 2014 05:53 PM PST


Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru. Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.

Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konstruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), kemudian dikembangkan oleh Marko Mahin (2004).

Pendekatan primordialisme
Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:
-Banjar Pahuluan
-Banjar Batang Banyu
-Banjar Kuala
-Banjar Alai
-Banjar Kaluak

Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.
Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi

Pendekatan konstruktifis atau situasionalis

Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.

Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.

Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:
-Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
-Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
-Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)

wikipedia

Presiden Pertama Singapura, Orang Melayu

Posted: 19 Jan 2014 05:53 PM PST



Tahukah anda bahawa Presiden pertama Singapura, adalah Yusuf Bin Ishak.Dia juga satu-satunya presiden Singapura hingga sekarang yang keturunan Melayu. Dia lahir di Perak, pada 12 Ogos 1910. Pada 3 Desember 1959 Yusuf Bin Ishak dilantik sebagai ang di-Pertuan Negara Singapura. Seiring dengan keluarnya Singapura dari  Malaysia status beliau menjadi presiden negara kepulauan itu hingga 1970, beliau meninggal dunia. Wajahnya pun diabadikan pada wang kertas Singapura - malaysiasensasi.net

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani