Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Sukar Buktikan Mendoza Wanita Paling Tua Di Dunia

Posted: 05 May 2014 04:00 PM PDT


PERU – Seorang wanita dari Peru yang mendakwa sebagai wanita paling tua di dunia dengan usia 116, membuka petua umur panjangnya. Iaitu dengan makan diet semula jadi iaitu kentang, daging kambing dan kacang.

Wanita itu, Filomena Taipe Mendoza, mempunyai kad pengenalan untuk membuktikan bahawa dia adalah wanita paling tua di dunia dan dilahirkan pada 20 Disember 1897.

Jika dakwaan Mendoza itu benar maka dia tiga bulan lebih tua daripada wanita paling tua di dunia yang kini disandang oleh Misao Okawa, dari Jepun.

Mendoza, yang banyak makan daging dan susu kambing ini mendakwa dia menjalani kehidupan yang sukar dan menjadi janda pada usia muda dan terpaksa menyara sembilan orang anak.

Dia juga tidak pernah meninggalkan kampung halamannya dan rahsianya hanya terbongkar selepas dia mengutip cek persaraan yang baru.

"Semua yang saya masak adalah bahan mentah yang diambil dari kebun saya. Saya selalu makan kentang, daging kambing, susu biri-biri, keju kambing dan kacang.

"Saya  bekerja keras ketika muda kerana mempunyai anak yang ramai. Hanya tiga orang yang hidup,'' katanya.

Mendoza bagaimanapun mempunyai keinginan terbesar iaitu memiliki gigi supaya dia dapat menguyah makanan.

Dalam pada itu, kumpulan penyelidik Gerontology yang berpangkalan di California berkata, dakwaan Mendoza  bahawa dia adalah individu paling tua di dunia sukar dibuktikan.

Ini kerana gelaran berkenaan tidak dapat disahkan dan ada kalanya adalah palsu.

Kumpulan itu juga memberi amaran bahawa kerajaan Peru mungkin cuba menggunakan gelaran tersebut untuk mendapat keuntungan bagi meningkatkan industri pelancongannya.

"Kebiasaannya kita akan meneliti tiga dokumen iaitu sijil kelahiran daripada kerajaan atau gereja, sijil kahwin jika seseorang wanita itu menukar nama dan kad pengenalan.

"Namun dalam hal ini kita hanya mempunyai satu dokumen sahaja,'' katanya

Ibu Bunuh Bayinya Demi Kehidupan Seks

Posted: 05 May 2014 03:43 PM PDT

Seorang ibu muda membunuh bayinya dengan mengelar kerongkongnya selepas 30 minit melahirkan mangsa.
Gambar Hiasan
Wanita berkenaan berbuat demikian kerana bimbang kelahiran bayi itu akan menjejaskan kehidupan seksnya. 

Nadine Koenig, 20, dari Regensburg, mencekup hidung mangsa yang baru dilahirkannya sebelum mengelar kerongkongnya dengan pisau. 

Remaja itu meneruskan aktiviti hariannya dengan pergi bersosial di disko selepas melakukan pembunuhan itu, kata pendakwa raya kepada hakim.


Pendakwa raya, Ulrike Klein berkata remaja itu tidak sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu.

Mahkamah di Regensberg diberitahu, Nadine yang merahsiakan kehamilan itu daripada ibu bapanya, melahirkan bayi berkenaan di rumah mereka Februari tahun lalu. 

Remaja itu kemudian membuang mayat anaknya berdekatan Danube. 

Selepas Nadine, ditahan polis, ibunya Krestin, 44 membunuh diri. 

Dia berdepan dengan tuduhan membunuh.- Agensi
posted@malaysiasensasi.net

MH370: Kos Mencari Cecah RM180 Juta

Posted: 05 May 2014 03:31 PM PDT


Kos operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sehingga kini dianggarkan mencecah kira-kira RM180 juta (AUS$60 juta). Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia dan China berhubung misi mencari pesawat berkenaan.
posted@malaysiasensasi.net

JDT1, Pahang Terikat Seri 1-1

Posted: 05 May 2014 03:28 PM PDT


Misi Johor Darul Ta'zim (Johor DT) untuk menempatkan diri di pentas final Piala FA buat kali kedua berturut-turut tampak sukar selepas hanya seri 1-1 dengan Pahang pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Keputusan itu juga meletakkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan berada dalam keadaan selesa dengan membawa bekalan bermakna apabila kedua-dua pasukan bertembung di Kuantan pada 30 Mei ini. 

Tanpa menunggu lama, skuad Tok Gajah terlebih dulu menyerlah dengan serangan pantas seawal minit keenam apabila melakukan percubaan berbahaya ke gawang Johor DT namun rembatan leret Dickson Nwakaeme sedikit tersasar dari pintu gol.

Bagaikan dikejutkan dengan percubaan itu, skuad Harimau Selatan kembali menyusun rentak melancarkan serangan dengan sentuhan Safiq Rahim pada minit ketujuh hampir menewaskan penjaga gol Md Khairul Azhan Khalid.
posted@malaysiasensasi.net

Abdul Aziz Sattar Meninggal Dunia

Posted: 05 May 2014 03:19 PM PDT


Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.
posted@malaysiasensasi.net

Lukisan Kanak-kanak 11 Tahun Yang Sungguh Menakjubkan

Posted: 05 May 2014 03:00 PM PDT

Mempunyai bakat atau hobi yang positif juga akan membuat anak terhindar dari perkara-perkara negatif yang berasal dari  pergaulan . Perkara ini juga sangat dirasakan oleh ibubapa Dušan Krtolica berasal dari Serbia .

Pelajar sekolah rendah yang masih berusia 11 tahun ini setiap dalam satu minggu menghabiskan hampir 500 keping kertas untuk melukis , seperti disiarkan dari odditycentral.com . Pada awalnya ibubapa Dušan tidak begitu peduli dengan bakat yang dimiliki anaknya , namun setelah Dušan terus menerus berlatih menggambar , semakin lukisannya kelihatan bagus , ibubapanya mulai tertarik dan akhirnya sangat menyokong hobi anaknya tersebut . 
posted@malaysiasensasi.net

Video Lelaki Ditolak Dan Diseret Entiti Misteri

Posted: 05 May 2014 01:00 PM PDT

Tidak dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.

Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.

Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.

Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.

Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.

Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI.

Apa pun, saksikan dan nilailah sendiri kebenarannya…

Mynewshub
posted@malaysiasensasi.net

Ibu Potong Kedua Tangan Anaknya Berusia 8 Tahun

Posted: 05 May 2014 08:45 AM PDT

Seorang budak lelaki berusia 8-tahun menderita akibat kedua-dua tangan dipotong. Di wilayah Henan negara China seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Chu Chu yang hanya boleh berbaring di atas katil hospital, tidak dapat menggerakan kedua tangannya, setelah kedua-dua  tangan beliau dipotong oleh seseorang.

Perkara ini membuatkan orang ramai sangat terkejut. Siapakah yang melakukan perkara yang sedemikian. Datuk sebelah bapa Chu Chu ini menerangkan apa yang berlaku, bagaimana dia menemui Chu Chu berdarah dan tanpa tangan, kemudian dia menghubungi polis, dan di mana dia menjumpai tangan Chu Chu dalam tandas.

Bapa Chu Chu menjelaskan bahawa isterinya mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit tetapi bertintak kejam keatas anak mereka. Ibu budak itu mengakui bahawa dia memotong tangan Chu Chu ini. Keluarganya berkata, dia adalah pesakit mental dan dia telah ditemui di sebuah hospital mental di Wuhan.

Gambar Najib Dan Obama Bukanlah Selfie.. Ini Penjelasan Pakar

Posted: 05 May 2014 07:35 AM PDT

Nota selfie untuk Najib. Nota pembetulan panjang lebar daripada penulis Uthaya Sankar SB untuk Najib supaya dapat membezakan antara selfie dan usie.

"My selfie with President Obama!" Demikian catatan pada foto yang dipaparkan dengan penuh bangga oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook pada 27 April 2014 selepas berpeluang bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Sebagai seorang pengamal media dan perunding media, saya hanya mampu menepuk dahi memikirkan kejahilan dan kebodohan Najib terhadap istilah sebenar perkataan tersebut.

Foto yang dipaparkan bukanlah "selfie" tetapi "usie".

Mungkin Najib tidak berpeluang mendengar penerangan lengkap yang diberikan Arlene Tan, Gouri Krishnan dan Tan Kim menerusi slot "Asean Breakfast Call" (Durian Asean, 14 April 2014).

Mungkin tidak ada sesiapa yang membisikkan ke telinga Najib bahawa "selfie" (atau lebih popular sebagai #selfie) melibatkan satu orang sahaja.

Sekiranya foto yang dirakam itu menampilkan lebih daripada seorang – kecuali Najib dan Obama adalah satu orang – maka istilah yang betul adalah "usie" (atau #usie).
posted@malaysiasensasi.net 

addindeen

Bayi Dalam Beg

Posted: 05 May 2014 07:26 AM PDT


Lokasi kejadian.jalan dusun muda belakang petronas dusun muda.
Ditemui di tepi parit air.

Kredit gambar: Md Zuki(pegawai media Kafa)

posted@malaysiasensasi.net

Misteri Rangka Manusia Didalam Tempayan di Pegunungan Cardamom

Posted: 04 May 2014 06:24 PM PDT

Lebih seratus "tempayan pengebumian dan berbelas-belas keranda disusun pada tebing bukit di dalam hutan di Kemboja selama berabad-abad menjadi salah satu rahasia suku misteri yang tinggal bersama-sama dengan era Angkor. Mengapa tulang ditempatkan di dalam tempayan di atas tebing yang tinggi sehingga 100m di Pegunungan Cardamom menjadi persoalan  selama tujuh tahun Nancy Beavan, seorang ahli arkeologi.

 Tes menunjukkan beberapa fragmen tulang adalah wujud pada abad keenam, menurutnya. "Mengapa menempatkan tulang-tulang di dalam tempayan? Ini adalah satu praktek dan kebiasaan yang ada dalam setiap suku lain di Kamboja," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani