(11 GAMBAR)Nurul Wahab Perkenalkan Anaknya, Zachary Depp
(11 GAMBAR)Nurul Wahab Perkenalkan Anaknya, Zachary Depp |
- (11 GAMBAR)Nurul Wahab Perkenalkan Anaknya, Zachary Depp
- Selamat Tahun Baru 2014: Lelaki Juga Harus Tampil Bergaya
- Kenapa Suka Ulang Cerita 10 Tahun Lepas? – Ramona Zamzam
- Mulakan Hari Anda Dengan …
- (11 GAMBAR)Yusry & Lisa Surihani Sambut Tahun Baru 2014 Di Disneyland
- (8 GAMBAR)Nur Fazura Sambut Tahun Baru 2014 Di Las Vegas
- Luahan Hati Johan As’ari, Hidup Ini Adalah Ujian
(11 GAMBAR)Nurul Wahab Perkenalkan Anaknya, Zachary Depp Posted: 02 Jan 2014 04:21 AM PST Comelnya. Besar sungguh mata anak Nurul Wahab yang diberi nama Zachary Depp ini. Abang Nara suka nama tersebut. Menerusi laman blognya, Nurul memberitahu antara makna Zachary ialah amanah dan religious. Semoga Zachary membesar dan menjadi seperti apa yang dimaksudkan oleh namanya. Abang Nara tersenyum simpul apabila membaca kisah di sebalik Zachary ini. Kelakar pun ada jugak. Tulis Nurul di blognya:-
Comel bukan? Hehehe. Lagi beberapa keping gambar Zachary Depp dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Anda juga boleh ke laman blog Nurul Wahab untuk membaca tulisannya. P.S: Spyshot model terbaru Proton, Global Small Car
Baca Yang Ini Pulak:- |
Selamat Tahun Baru 2014: Lelaki Juga Harus Tampil Bergaya Posted: 01 Jan 2014 09:13 PM PST Selamat tahun baru 2014 Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Salah satu azam baru Abang Nara ialah tampil lebih bergaya dan menarik di khalayak ramai. Oleh itu, Abang Nara ingin kongsikan beberapa sebab mengapa kita (lelaki) juga harus pandai mengikuti perkembangan fesyen dan mempunyai penampilan menarik. Antara sebab-sebabnya ialah:-
Jangan ingat perempuan sahaja yang dihakimi menerusi penampilan dan cara pemakaian mereka. Lelaki pun sama juga. Malah ada kawan-kawan lelaki Abang Nara yang memang mengambil berat mengenai cara pemakaian mereka. Secara jujur, first impression Abang Nara terhadap mereka ialah "wow, smart juga member aku sorang nie". Abang Nara pasti ramai di antara anda yang anggap untuk mempunyai penampilan menarik perlu menggunakan wang yang banyak. Itu semua adalah tanggapan yang salah. Dengan nile.com.my, kita semua boleh tampil lebih bergaya pada harga yang sangat berbaloi. Abang Nara pun shopping kat sini jugak. Jom tengok apa yang Abang Nara dah dan ingin beli di www.nile.com.my. Dari "straight cut" sehinggalah "slim fit", banyak sangat pilihan jeans yang ada dijual di nile. Design yang ada pun smart-smart belaka dan banyak pilihan. Ada 100 lebih jeans dijual di sini dengan harga bermula pada RM44.40. Memang berbaloi kan? Jaket "hoodies" ini memang nampak poyo sedikit tapi kalau pakai di kala nak pergi tengok wayang memang stylo punya. Diperbuat daripada "cotton", jaket ini juga boleh diguna kalau korang pergi bercuti ke Genting/Cameron Highlands. Guna masa bawa motor pergi kerja pun smart jugak. Harganya? Cuma RM30.90 sahaja. Kalau beli kat tempat lain boleh cecah RM86 nienie. Kiranya ada diskaun 55%. Murah kan? Ini salah satu baju kemeja kegemaran Abang Nara suka sebab ia adalah "slim fit". Terserlah sikit badan "tough" Abang Nara. Lagipun warna biru memang warna feveret diri ini. Kalau dating dengan wife pakai baju nie mesti smart gila. Murah pun murah. RM44.40 je. Kemeja dah ada, jeans dah ada, Polo T jangan dilupakan. Dengan hanya RM29, dah boleh dapat Polo T yang sempoi, selesa dan bergaya macam kat atas nie. Matchingkan pula dengan jeans yang baru dibeli. Jangan lupa untuk "tuck in". Confirm kehenseman Abang Nara bertambah berkali ganda. Terbaik!!! Beg hitam ini pasti akan menyerlah lagi gaya "professional" anda ketika pergi bekerja. Letakkan semua fail, buku nota dan alat tulis di dalamnya. Mudah dan pantas. Tak perlu nak kelam kabut dan nampak serabut. Harganya? Cuma RM49.90 sahaja. Kalau nak gaya yang ranggi sedikit, Abang Nara cadangkan beg ini. Boleh dibawa bersama ketika keluar bersama awek atau rakan-rakan. Tak pun kalau korang masih student, memang beg ini sangat sesuai. Muatkan semua buku di dalamnya. Abang Nara berani jamin pasti ada awek yang terkesima melihat kemachoan anda berjalan sambil menyingsing beg yang berharga RM41 ini. Paling last sekali, jangan lupa untuk dapatkan seluar dalam untuk kecantikan dalaman kita. Ada 120 jenis design untuk dibuat pilihan bermula daripada RM9. Murah kan? Fashion boxer ada, fashion thong/jockstrap pun ada dan macam-macam lagilah. Jadi tunggu apa lagi? Tahun baru marilah kita buat azam baru untuk tampil lebih smart, bergaya dan menarik bersama nile.com.my. Abang Nara yakin dengan penampilan terbaru ini, kita semua akan lebih yakin dan berkeyakinan tinggi di khalayak ramai. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenapa Suka Ulang Cerita 10 Tahun Lepas? – Ramona Zamzam Posted: 01 Jan 2014 08:13 PM PST Benarlah kata orang, sekali kita buat silap, sampai bila-bila pun orang akan ingat. Seribu kali kita buat kebaikan pun tak mungkin dapat menutup kesilapan yang satu itu. Kesian juga apabila Abang Nara membaca kata-kata Ramona Zamzam di dalam Harian Metro hari ini. Mana tidaknya, gambar-gambar menjolok mata membabitkan dirinya di sebuah kelab malam kembali tersebar di Internet sedangkan perkara tersebut telah hangat dibicarakan pada awal-awal kemunculannya dahulu. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah pengakuan Ramona mengenai umurnya ketika gambar tersebut diambil. Pelik juga macam mana gadis berusia 16 tahun boleh lepas ke kelab malam. Kata Ramona:-
Abang Nara sokong kata-kata Ramona. Masa muda memang banyak kesilapan yang kita lakukan. Apa yang penting ialah belajar daripada kesilapan tersebut. Peminat pun janganlah over sangat sampai nak bukak cerita yang sama 2,3 kali. Sekali dahlah. Bagilah peluang untuk Ramona. Dia hanya manusia biasa seperti kita. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 01 Jan 2014 07:29 PM PST Hari yang baik bermula dengan pagi yang sempurna. Pernah tak kita terfikir mengenai mereka yang bekerja ketika kita sedang lena diulik mimpi? Diorang inilah yang berhempas pula di sebalik tabir untuk memastikan pagi kita berjalan lancar. Pegawai polis, pemandu teksi, pemandu bas dan ramai lagi yang berjaga malam sehingga pagi untuk memastikan kita bangun pada pagi yang hebat. Di sebalik senyuman mereka, ada kesusahan dan keperitan yang hanya mereka ketahui. Start your day right. Mulakan hari anda dengan betul. Mulakannya dengan secawan kopi Nescafe. Terharu Abang Nara tengok video ini. Abang Nara pun setiap pagi akan minum Nescafe sebelum mula buat kerja. Memang terasa lebih segar, bersemangat dan bertenaga. Bagaimana pula dengan anda? Jom mulakan hari anda dengan Nescafe. Baca Yang Ini Pulak:- |
(11 GAMBAR)Yusry & Lisa Surihani Sambut Tahun Baru 2014 Di Disneyland Posted: 01 Jan 2014 07:21 PM PST Ok gelaran pasangan suami isteri paling comel sememangnya wajar diberikan kepada Lisa Surihani dan Yusry. Cute dan romantis sangat mereka berdua ini. Berada di London selama seminggu, Lisa dan Yusry telah terbang ke Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru 2014 di Walt Disney World Resort. Seronoknya wei!!! Sementara masih berdua ini, memang sesuai sangat untuk berjalan jauh-jauh sambil berbulan madu. Semoga tahun 2014 ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan. Apa pun Abang Nara suka dengan salah satu gambar “firework” yang telah dikongsi oleh Lisa menerusi Instagramnya. Awesome sangat-sangat!!! Cantik kan? Semoga pembaca BeautifulNara juga dimurahkan rezeki untuk tahun ini dan berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding tahun 2013. Lagi beberapa keping gambar Lisa dan Yusry dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Ingin tampil anggun bergaya seperti Mawar Fizo? Dapatkan segera paten terbaru Fareeda Aisya. Pilihan yang pelbagai, corak-corak menarik dan terbaru dan sememangnya berkualiti tinggi. Sangat sesuai digayakan untuk semua acara. Jom layari Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk melihat koleksi yang ada untuk pilihan..
Baca Yang Ini Pulak:- |
(8 GAMBAR)Nur Fazura Sambut Tahun Baru 2014 Di Las Vegas Posted: 01 Jan 2014 05:53 PM PST Jelesnya Abang Nara melihat gambar-gambar Nur Fazura menyambut tahun baru 2014 di Las Vegas. Untuk makluman, Fazura sudah berada di Amerika Syarikat sejak 24 Disember yang lalu. Seronok sungguh melihat keriangan di wajah Fazura bersama “crown Happy New Year” di kepalanya. Comel sangat-sangat. Fazura tidak berseorangan menyambut tahun baru di Las Vegas sebaliknya ditemani oleh 2 orang rakan berkulit putih. Melalui caption yang ditulis di akaun Instagramnya, hubungan mereka bertiga diklasifikasikan sebagai “bestfriend”.
Abang Nara yakin sambutan tahun baru di Las Vegas lebih meriah berbanding di Kuala Lumpur. Apa pun, semoga tahun 2014 akan membawa seribu sinar buat Fazura. Mungkin sudah mula boleh fikirkan mengenai mendirikan rumahtangga. Abang Nara pasti banyak peminat Fazura yang tak sabar mahu melihatnya di atas pelamin. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Tata Nano berenjin diesel bakal diperkenal bulan hadapan
Baca Yang Ini Pulak:- |
Luahan Hati Johan As’ari, Hidup Ini Adalah Ujian Posted: 01 Jan 2014 04:17 PM PST Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dugaan, cabaran dan ujian buat pelakon Johan As’ari. Banyak kontroversi yang melibatkan dirinya dan wanita yang melanda. Tak salah rasanya untuk Abang Nara katakan reputasi Johan tercalar kerana kisah cintanya dengan Lana Nordin yang telah berakhir baru-baru ini. Ramai yang memandang rendah dan menganggap Johan adalah lelaki yang suka mempermainkan hati wanita. Apa pun, Abang Nara tertarik dengan luahan hati Johan yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Menarik juga madah yang dikarang olehnya. Ada bakat juga si Johan ini rupanya. Ayat power!!!
Semoga tahun 2014 ini akan membawakan sinar baru buat Johan As’ari. Sama-samalah kita doakan agar Johan bertemu wanita yang benar-benar mahu dijadikan isteri olehnya. Kepada Johan, selamat menempuh dan semoga berjaya di tahun baru 2014. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment