Ummi Nazeera Tamat Pengajian Di Royal Melbourne Institute of Technology
Ummi Nazeera Tamat Pengajian Di Royal Melbourne Institute of Technology |
- Ummi Nazeera Tamat Pengajian Di Royal Melbourne Institute of Technology
- (13 GAMBAR)Emma Maembong Bertudung, Serius Comel!!!
- Linda Onn Akui Kahwini Kerabat Diraja 27 Disember Ini
- Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Itali
- Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini
- (TAKZIAH)Dira Abu Zahar Keguguran
Ummi Nazeera Tamat Pengajian Di Royal Melbourne Institute of Technology Posted: 19 Dec 2013 02:46 AM PST Jutaan tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institu of Technology (RMIT). Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ummi menerusi akaun Instagramnya. Ini juga adalah kali pertama Ummi berkongsi gambarnya memakai tudung untuk tatapan para peminatnya. Kalau sebelum ini hanya tiada kepastian mengenai penghijrahan Ummi Nazeera, dengan perkongsian gambar ini ternyata ia adalah benar. Tahniah diucapkan atas “graduation” dan juga penghijrahan anda. Di dalam salah satu gambar Instagramnya, Ummi Nazeera menulis:-
Pasti ahli keluarga, peminat dan mereka yang terlibat di dalam industri hiburan tidak sabar untuk menanti kepulangan Ummi ke Malaysia. Buat masa ini, tidak diketahui apakah perancangan yang telah diatur olehnya. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun sekali lagi tahniah diucapkan atas kejayaannya membawa pulang segulung ijazah. Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Emma Maembong Bertudung, Serius Comel!!! Posted: 18 Dec 2013 09:52 PM PST “Milik siapakah gadis ini…. Ingin aku mencurahkan kasih….” Kalau dengar lagu ini sambil menatap wajah comel Emma Maembong bertudung, memang boleh bikin jatuh cinta. Serius comel sangat-sangat. Memang beruntung sungguh Zizan Razak sekiranya ditakdirkan Emma menjadi isterinya. Mana nak cari bini yang comel macam ini weii ~~ Kalau Zizan taknak, Abang Nara pasti ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk line. Hehehe. Walaupun belum berhijrah sepenuhnya, Emma semenjak dua ini memang sering berkongsi gambarnya bertudung. Sama-samala kita doakan agar dalam masa terdekat ini hati Emma terbuka untuk bertudung buat selama-lamanya. Bulu mata Emma Maembong tue memang boleh mencantikkan lagi wajahnya. Panjang kot. Lagi beberapa gambar Emma Maembong manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Emma Maembong.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Linda Onn Akui Kahwini Kerabat Diraja 27 Disember Ini Posted: 18 Dec 2013 08:50 PM PST Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn. Bagi Abang Nara, tak kisahlah kerabat diraja, VVIP atau orang biasa, yang penting masjid yang dibina mendapat restu kesemua pihak dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Apa pun Abang Nara respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-
Majlis resepsi bakal diadakan di Kuala Lumpur namun tarikhnya masih dirahsiakan oleh Linda Onn. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Linda Onn bergelar isteri. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat deejay ini. Tahniah Linda!!! P.S: Permohonan BR1M2014 dibuka 23 Disember ini Baca Yang Ini Pulak:- |
Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Itali Posted: 18 Dec 2013 08:23 PM PST Amboi, amboi, amboi. Berseri-seri wajah pengantin baru si Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Rupa-rupanya mereka berdua sekarang sedang berbulan madu di Rome, Itali. Memang satu tempat yang romantik dan sesuai untuk bermadu kasih buat pasangan baru berkahwin. Seronok Abang Nara melihat kegembiraan di wajah mereka. Cute kan mereka berdua? Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang. Senyuman yang terukir di wajah Zain dan Che Ta jelas menggambarkan kebahagiaan satu perkahwinan. Hanya orang yang dah berkahwin sahaja yang dapat merasakannya. Nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat. Hehehe. Buat Zain dan Che Ta, selamat berbulan madu. Selamat pergi dan selamat pulang nanti. Enjoy puas-puas waktu anda di sana. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini Posted: 18 Dec 2013 08:10 PM PST Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah. Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga. P.S: Tujuh finalis car of the year Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAKZIAH)Dira Abu Zahar Keguguran Posted: 18 Dec 2013 07:26 PM PST Ah, pasti Dira Abu Zahar sedang bersedih atas keguguran yang dialami selepas hamil 6 minggu. Sememangnya awal kehamilan adalah waktu yang paling kritikal. Daripada apa yang Abang Nara baca, ibu mengandung sememangnya tidak digalakkan melakukan kerja berat pada 3 bulan yang pertama untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku. Akibat kesibukan menjalani penggambaran, Dira tidak menyedari yang dirinya hamil. Terang Dira kepada Kosmo:-
Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? Di masa hadapan Dira perlu lebih behati-hati dan peka dengan perubahan pada badannya. Kalau agak-agak lambat datang haid, terus buat pemeriksaan yang sepatutnya. Apa pun, takziah buat Dira dan suami. Lepas ini cuba lagi!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment