Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Ilmu 7 Nur Warisan Nusantara
- Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas Ketika Juru Iring Bermotosikalnya Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya
- Gambar Isteri Dikelar Suami 18 Kali Kerana Minta Cerai
- Peguam Negara Arah Kes Remaja Kahwin Muda Yang Dirogol Dibuka Semula
Posted: 02 Dec 2013 06:52 PM PST Prof.Dr.Hj Shahrin Abd Rahman "Ilmu ini saya terima dari seorang keturunan Di Raja di Kelantan yang mana ilmu ini amat langka dan ampuh sekiranya anda mengamalkannya dengan sepenuh hati dan menyerahkan diri kepada Allah SWT. Ianya mengandungi 7 perbuatan di sama dengan Nur yang mana kelebihannya jika anda dipaku atau dipahat di mata atau di halukm atau dimana-anggota badan anda, insyaAllah semua jenis senjata tidak akan dapat menembusinya walaupun anda di pahat atau dipaku berkali". Ilmu ini berbentuk DEFENSIF dan tidak akan diuji serta tidak boleh diuji kerana ianya amat ampuh. 2 orang anak lelaki saya seorang berumur 9 tahun dan seorang berumur 12 tahun telah diuji dimana telah ditetak beberapa kali bahkan banyak kali tetapi tidak mampan dan tidak memberi bekas luka pada badannya dan seorang lagi telah dipukul dengan kayu cangkul beberapa tetapi sedikit pun tidak memberi bekas luka bahkan kedua-dua mereka tidak merasai sedikitpun kesakitan. Dengan kekuatan Ilmu 7 Nur tersebut anak lelaki saya berumur 12 tahun boleh menarik kereta kancil (ada muatan 5 orang lelaki dewasa) dengan giginya, Alhamdulillah dapat bergerak sejauh 50 meter...dan banyak lagi yg saya tak mahu dedahkan nanti takut dikatakan orang saya berbangga dengan ilmu ini....InsyaAllah jika anda mengamalkan ilmu ini anda sendiri akan dapat merasainya..... |
Posted: 02 Dec 2013 06:50 PM PST Gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain. Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times. Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong. |
Gambar Isteri Dikelar Suami 18 Kali Kerana Minta Cerai Posted: 02 Dec 2013 06:44 PM PST Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai. Mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya. Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, di sini pada Jumaat. Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara. Suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali. Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara. Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban. Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah. Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka. Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut suapaya berhati-hati. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. |
Peguam Negara Arah Kes Remaja Kahwin Muda Yang Dirogol Dibuka Semula Posted: 02 Dec 2013 06:40 PM PST Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan kertas siasatan berhubung kes rogol beramai-ramai seorang gadis bawah umur di Kedah dibuka semula sebelum dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Berikutan itu, Peguam negara memberikan tempoh seminggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara. Menurutnya, kes itu diarahkan dibuka semula selepas ia mendapat perhatian daripada orang awam yang mengambil berat terhadap insiden berkenaan. "Setakat ini, kita menerima kertas siasatan mengenai keterangan mangsa, bapa dan ibu saudara mangsa serta doktor, selain laporan perubatan. "Pada masa sama, polis turut diarahkan mendapatkan keterangan tambahan lain berhubung kes ini," katanya pada sidang media di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Gani berkata, sekiranya bukti tidak mencukupi, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah. Awal November tahun lalu, seorang remaja perempuan menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda bersama pasangannya sekali gus mendapat perhatian daripada orang ramai. Remaja perempuan terbabit Nor Fariza Saad dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias di Masjid Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah ketika berusia 12 dan 19 tahun. Bagaimanapun, pada 11 November lalu pasangan terbabit dilaporkan bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, Bapa Nor Fariza mendakwa anaknya dirogol dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi empat bulan sebelum tarikh perkahwinan. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa Mohd Fahmi yang merayu supaya laporan ditarik balik. Abdul Gani berkata, polis sudah mengambil tindakan terhadap kes berkenaan di mana dua daripada tiga suspek ditahan, manakala seorang lagi belum dapat dikesan. "Dua suspek dibawa ke mahkamah dan seorang daripadanya mengaku bersalah serta dihukum selama satu tahun di sekolah pemulihan akhlak. "Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya atas sebab tertentu ketika itu menarik balik kes berkenaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment