Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Pakai Kostum Ular, Kuda Semasa Cuci Tingkap
- Perompak Kereta Api Terkenal Meninggal Dunia
- Guna Helikopter Selamatkan Pengendali Kren
- KDN Gantung Akhbar Mingguan The Heat
- Malaysia Gagal Kekalkan Pingat Emas Sukan SEA 27
- Cara Mendatangkan Rezeki Yang Tidak Terduga
- Cara Mengenali Kedai Makan Yang Menggunakan Santau Pelaris
- Rahsia Manusia Terapung Terbongkar!!
- Minuman Dari Air Kencing Lembu
Pakai Kostum Ular, Kuda Semasa Cuci Tingkap Posted: 19 Dec 2013 08:22 AM PST Beberapa orang pekerja memakai kostum haiwan ular dan kuda semasa mereka mencuci tingkat cermin sebuah hotel di Tokyo. Para pekerja itu memakai kostum tersebut kerana Tahun Ular yang akan berakhir dan akan digantikan dengan Tahun Kuda berdasarkan kepercayaan masyarakat Jepun. Acara mencuci tingkat itu ditaja hotel tersebut bagi mempromosikan daerah perniagaan Yaesu di sini. |
Perompak Kereta Api Terkenal Meninggal Dunia Posted: 19 Dec 2013 08:20 AM PST Seorang lelaki yang terkenal sebagai perompak kereta api, Ronnie Biggs telah meninggal dunia ketika usianya 84 tahun. Biggs telah diserang satu siri strok sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang tua di utara London. Dia menjadi popular kerana menjadi anggota rompakan sebuah kereta api penghantar surat dan bungkusan yang sedang dalam perjalanan dari Glasgow ke London pada 8 Ogos 1963. Biggs merompak 125 karung guni mengandungi wang tunai sebanyak £2.6 juta (RM13.81 juta) yang merupakan rekod rompakan pada masa itu. Nilai wang itu kini bersamaan dengan £46 juta (RM245.70). Biggs kemudian ditangkap selepas rompakan itu dan dihukum penjara 30 tahun. Namun, dia berjaya melarikan diri selepas 15 bulan dipenjarakan. Dia kemudian pergi ke Brazil. Biggs mempunyai anak dengan seorang wanita Brazil menyebabkan dia memperolehi imuniti daripada dihantar pulang ke Britain. Biggs kemudian memutuskan untuk menyerah diri ketika berusia 71 tahun. Dia kemudian kembali ke Britain pada tahun 2001. Selepas pulang ke Britain, Briggs dipenjarakan tetapi dibebaskan pada tahun 2009 kerana diserang satu siri serangan strok. Perompak itu kemudian terpaksa menggunakan kerusi roda. Namun, dia berasa bangga kerana menjadi perompak kereta api. Dia hanya mampu berkomunikasi menerusi papan huruf. Pada sambutan ulang tahun rompakan itu, Biggs berkata: "Jika anda mahu saya bertanya jika saya berasa kesal kerana menjadi salah seorang perompak, jawapan saya ialah tidak. "Saya bangga kerana menjadi salah seorang daripada mereka (anggota-anggota perompak)," katanya ketika dia masih hidup. - Agensi |
Guna Helikopter Selamatkan Pengendali Kren Posted: 19 Dec 2013 08:17 AM PST Sebuah helikopter tentera Kanada digunakan untuk menyelamatkan seorang lelaki terperangkap di atas palang kren selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan apartmen di Ontario. Seorang anggota penyelamat turun dari helikopter itu di atas kren. Dia kemudian mengikat tubuhnya dengan tali keselamatan bersama lelaki yang merupakanpengendali kren berkenaan Kedua-dua mereka kemudian ditarik untuk menaiki helikopter tersebut. Pengendali kren tersebut dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan ambulans. Dia dilaporkan mengalami kecederaan kecil. Pengendali kren tersebut terperangkap kerana api yang marak dekat krennya ketika bangunan apartmen yang dalam pembinaan itu terbakar. - Agensi |
KDN Gantung Akhbar Mingguan The Heat Posted: 19 Dec 2013 08:12 AM PST Kementerian Dalam Negeri menggantung mingguan The Heat, dipercayai ekoran penyiaran artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam edisi November lalu. Sumber-sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa arahan itu dibuat kementerian terbabit. Bagaimanapun masih belum jelas perkataan yang digunakan untuk penggantungan itu. Minggu lalu, akhbar itu menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian, yang tidak menamakan secara khusus artikel yang dianggap bermasalah. Bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan tulisan berjudul "All eyes on big spending PM Najib", yang mempersoalkan perbelanjaan perdana menteri dan isterinya. |
Malaysia Gagal Kekalkan Pingat Emas Sukan SEA 27 Posted: 19 Dec 2013 08:25 AM PST NAYPYITAW - Impian skuad bola sepak negara untuk mengekalkan pingat emas pada Sukan SEA ke-27 berkecai apabila kalah 4-3 menerusi sepakan penalti kepada Indonesia pada perlawanan separuh akhir di Stadium Zayar Thiri. Perlawanan ulangan final edisi 2011 itu terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit apabila keputusan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan. Pada Sukan SEA Indonesia 2011, Malaysia merangkul emas selepas menundukkan pasukan tuan rumah 4-3, juga menerusi penentuan sepakan penalti. Pada aksi hari ini, penyerang berbisa Yohanes Ferinando Pahabol membalas dendam pasukan Garuda Muda apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas kedudukan terikat 3-3. Dalam lima sepakan penalti, percubaan pemain negara A. Thamil Arasu dan Shahrul Mohd Saad berjaya diselamatkan oleh penjaga gol merangkap kapten Indonesia, Kurnia Meiga Hermansyah. Bagaimanapun, Nazmi Faiz Mansor, Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohamad Rozaimi Ab Rahim menyempurnakan tendangan penalti. Kedua-dua pasukan itu memulakan perlawanan dengan rentak perlahan tetapi berhati-hati sebelum Thamil Arasu melakukan cubaan bahaya menerusi sepakan deras daripada luar kotak penalti pada minit ke-10. Indonesia cuba membalas pada minit ke-25 menerusi rembatan kencang Yandi Sofyan Munawar tetapi percubaan itu melepasi palang gol yang dikawal rapi oleh Mohd Izham Tarmizi Roslan. Kecelaruan pada benteng pertahanan negara membuka peluang kepada penyerang Bayu Gatra Sanggiawan untuk membantu Indonesia mendahului 1-0 pada babak pertama, hasil jaringan pada minit ke-30. Tersentak dengan ketinggalan satu gol, Malaysia meningkatkan usaha mencari gol penyamaan dengan mengasak benteng pertahanan Indonesia namun percubaan D. Saarvindran pada minit ke-80 dinafikan oleh penjaga gawang Indonesia. Bersambung pada babak kedua perlawanan, Indonesia mengasak kembali gawang gol negara apabila Yandi Sofyan Munawar melakukan cubaan menerusi sepakan pada minit ke-68 namun berjaya ditepis keluar oleh Mohd Izham Tarmizi. Tertekan dengan ketinggalan 0-1, Malaysia kembali melakukan serangan apabila sepak deras yang dilakukan oleh D. Saarvindran pada minit ke-80 dinafikan oleh penjaga gawang Indonesia. Bagaimanapun, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee akhirnya menarik nafas lega apabila Thamil Arasu menyamakan kedudukan pada minit ke-84 sebelum mengheret perlawanan ke masa tambahan. Kim Swee berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pemain sebalik kurang bernasib baik dalam penentuan penalti. "Pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 namun nasib tidak menyebelahi pasukan kita malam ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu. Kim Swee turut memuji corak permainan Indonesia yang disifatkan lebih baik berbanding dua tahun lepas. "Sekiranya Indonesia mengekalkan momentum ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk merangkul emas pada final Sabtu ini," katanya. Sementara itu, jurulatih Indonesia, Rahmad Darmawan, yang bangga dengan persembahan anak buahnya, berkata barisan pemainnya semakin mantap berbanding dua tahun lepas. "Kami sudah bersedia menghadapi pasukan yang lebih kuat pada final nanti," katanya. Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Saad Shahrul, Mohamad Fadhli Mohd Shah,Mohamad Nasir Basharudin, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D.Saarvindran, Izzaq Faris Ramlan, Mohd Irfan Fazail (Kapten), Mohd Azmi Mohd Zubir, Che Nashim NazirulNaim, Badrul Hisham Mohd Azrif Nasrulhaq, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Rozaimi Abdul Rahman. |
Cara Mendatangkan Rezeki Yang Tidak Terduga Posted: 18 Dec 2013 05:01 PM PST InsyaAllah..semuanya akan selesai Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah. |
Cara Mengenali Kedai Makan Yang Menggunakan Santau Pelaris Posted: 18 Dec 2013 05:01 PM PST Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih. billyinfo |
Rahsia Manusia Terapung Terbongkar!! Posted: 18 Dec 2013 05:00 PM PST Beratus-ratus tahun orang-orang India mempercayai bahawa sesetengah orang boleh terapung di udara. Teknik itu kini didedahkan dan jelas ia satu penipuan. Nak tau camne cara diorang buat?. Jom tonton video yang best ni - malaysiasensasi.net |
Minuman Dari Air Kencing Lembu Posted: 18 Dec 2013 05:00 PM PST Dibuat dari air kencing lembu. Pergerakan Nasionalis Hindu, mengatakan bahawa minuman ini sedang dalam proses akhir pengembangan. Minuman yang terbuat dari air kencing lembu ini dirancang akan dilancarkan pada 2009. Menurut ketua pengkaji ini, "Minuman akhirnya tidak akan berbau seperti air kencing, dan rasanya juga sangat nikmat." Gau Jal, nama yang dicadangkan untuk minuman ini beerti 'air sapi'. Menurut para pembuatnya, minuman ini akan dapat menyaingi Pepsi dan Coca Cola. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment