Izzue Islam Paling Popular Dalam Carian Google Sepanjang Tahun 2013
Izzue Islam Paling Popular Dalam Carian Google Sepanjang Tahun 2013 |
- Izzue Islam Paling Popular Dalam Carian Google Sepanjang Tahun 2013
- (19 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Farawahida & Abdul Shukor Daripada Bicara Lensa
- Saya Tidak Akan Tunduk Dengan Keinginannya – Adi Putra
- Linda Onn Bakal Berkahwin 27 Disember Ini?
Izzue Islam Paling Popular Dalam Carian Google Sepanjang Tahun 2013 Posted: 18 Dec 2013 01:56 AM PST Izzue Islam menjadi selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Berita perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin sedikit sebanyak menambahkan lagi populariti dan bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai mengenai dirinya. Si cantik manis Emma Maembong mengungguli tempat kedua sementara ratu kontroversi, Sharifah Sakinah berada di tempat ketiga. Tidak ketinggalan Ashraf Muslim dan Afiq Muiz turut berada di dalam senarai ini kerana kontroversi yang melanda diri masing-masing sepanjang tahun 2013. Senarai penuh di bawah:- Setia Hujung Nyawa pula mengungguli senarai “Malaysian TV Series”. 2 drama yang ditayangkan di Astro iaitu Adam & Hawa dan Sehangat Asrama turut sama tersenarai. Senarai penuh di bawah:- Abang Nara juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pembaca BeautifulNara yang melakukan carian menerusi “smartphone” anda sekaligus menyaksikan BeautifulNara berada di kedudukan keempat untuk laman web tempatan. Terima kasih banyak-banyak. Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi Google untuk tahun 2013. Kredit info Amanz.
Baca Yang Ini Pulak:- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(19 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Farawahida & Abdul Shukor Daripada Bicara Lensa Posted: 18 Dec 2013 01:23 AM PST Fuh~~ Kacak juga suami Farawahida ini. Sekali pandang nampak macam artis pulak. Kedua-dua mempelai memang sama cantik sama padan. Daripada renungan mata Abdul Shukor, Abang Nara dapat rasakan betapa dirinya bersyukur dan gembira dapat menjadi suami kepada Farawahida. Senyuman memang tak lekang daripada mulut. Hehe. Kalau sebelum ini Farawahida sengaja menyorokkan wajah bakal suaminya, kini semua orang sudah dapat melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyak dugaan dan pancaroba yang sudah ditempuhi terutamanya oleh Farawahida sebelum bergelar isteri. Anggaplah ia asam garam kehidupan. Lagi 17 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukor dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.
Baca Yang Ini Pulak:- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saya Tidak Akan Tunduk Dengan Keinginannya – Adi Putra Posted: 18 Dec 2013 01:14 AM PST Nampaknya Adi Putra memang tidak gentar langsung akan tindakan suami Nooraida, Amirrudin Othman untuk membuka kembali kes pertukaran gambar lucah. Bagi Adi, dia juga mempunyai pendirian sendiri dan yakin tidak bersalah di dalam kes ini. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan, kes ini hanya akan berakhir apabila dibicarakan di mahkamah kelak.
Memang jelas terserlah keyakinan Adi Putra dalam hal ini. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau yakin, buat apa kita mahu mengikut kemahuan orang lain semata-mata untuk menamatkan kontroversi? Teruskan berpegang pada pendirian anda. Sekiranya kes ini disebut di mahkamah kelak, Abang Nara doakan pihak yang benar mendapat keadilan. Sama-sama kita nantikan. P.S: Kerajaan Selangor akan halang kenaikan harga tol Baca Yang Ini Pulak:- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Linda Onn Bakal Berkahwin 27 Disember Ini? Posted: 17 Dec 2013 06:08 PM PST Nampaknya deejay kegemaran Abang Nara iaitu Linda Onn bakal menamatkan zaman gadis. Menurut Utusan Malaysia, Linda yang berusia 36 tahun akan berkahwin dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja Johor.pada 27 September ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan sekiranya desas-desus ini benar. Linda Onn dan bakal suaminya juga dikatakan telah mendaftar perkahwinan mereka di pejabat agama Johor Bahru. Majlis pernikahannya dikatakan bakal diadakan secara sederhana dengan jemputan terdiri daripad ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur. Nampak gayanya bulan Disember 2013 ialah bulan perkahwinan para selebriti tempatan. Jika benar Linda akan menamatkan zaman gadisnya, semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke hujung hayat. Tahniah sekali lagi. P.S: Mercedez Benz C Class 2014 didedahkan Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment