Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta?
Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta? |
- Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta?
- Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – Tiz Zaqyah
- Buat Apa Saya Melarikan Diri? – Adi Putra
- Kami Buat Majlis Untuk Kepuasan Kami – Rozita Che Wan
- (6 GAMBAR)Fasha Sandha Sekeluarga Bercuti Di Singapura
Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta? Posted: 20 Nov 2013 12:04 AM PST Wow. Abang Nara kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu. Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan? Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta. Abang Nara pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Abang Nara suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel. Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Harga runtuh tahap maksimum daripada Ryaniez Moments Photography. Kalau anda nak berkahwin ketika musim cuti sekolah ini dan masih belum ada jurukamera, sila dapatkan khidmat mereka. Dijamin profesional, berkualiti dan harga berpatutan. Tak percaya? Tanya sendiri dengan PM mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography atau SMS/Whatsapp nombor di atas. Memang thorrbaek!!!
Baca Yang Ini Pulak:- |
Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – Tiz Zaqyah Posted: 19 Nov 2013 11:31 PM PST Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya? Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-
Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan. Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Buat Apa Saya Melarikan Diri? – Adi Putra Posted: 19 Nov 2013 07:06 PM PST Sehingga ke hari ini, kita masih tertunggu-tunggu keputusan laporan polis mengenai dakwaan skandal Adi Putra dengan isteri orang yang telah terjadi beberapa bulan lalu. Abang Nara tak boleh bayangkan betapa tertekannya mereka yang terlibat di dalam kes ini, lebih-lebih lagi Adi Putra yang merupakan seorang selebriti pujaan ramai.
Ditanya mengenai dakwaan dirinya menggunakan orang berpengaruh untuk menggugurkan kes ini, Adi menjelaskan:-
Semoga pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan mengumumkan keputusannya secepat mungkin. Lebih lama kes ini diheret, lebih banyak tohmahan, dakwaan dan teori yang akan dikeluarkan oleh orang ramai. Kepada Adi dan keluarga, teruskan hidup seperti biasa. Kata orang, takut kerana salah, berani kerana benar. Semoga kebenaran akan terbukti jua kelak. P.S: Kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya Baca Yang Ini Pulak:- |
Kami Buat Majlis Untuk Kepuasan Kami – Rozita Che Wan Posted: 19 Nov 2013 06:42 PM PST Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang kita tak boleh nak jaga. Kasihan juga Abang Nara kepada bakal pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Bukan apa, ada sesetengah manusia berpendapat yang Che Ta dan Zain menunjuk-nunjuk dan membazir terutamanya apabila mengambil gambar pra perkahwinan di Eropah dan Bali baru-baru ini. Bagi Abang Nara, tak salah untuk Zain dan Che Ta berhabis duit demi majlis mereka. Bukannya mereka menggunakan duit orang lain. Simpan duit banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur. Lebih baik digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan. Yang penting, diri sendiri puas hati. Kata Che Ta kepada Harian Metro:-
Kali ini, Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Duit Che Ta, suka hatilah Che Ta nak buat besar mana pun perkahwinannya. Kalau ada duit nak buat photoshoot kat bulan pun tak apa. Asalkan diri sendiri puas hati dan tak menganggu orang lain. Tak gitu? Apa kata anda? P.S: Hadkan jangka hayat kereta tidak akan bebankan pengguna Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Fasha Sandha Sekeluarga Bercuti Di Singapura Posted: 19 Nov 2013 04:48 PM PST Sekali sekala bercuti untuk menghilangkan penat badan sememangnya diperlukan oleh setiap makhluk yang bergelar manusia. Kadang-kadang kita ini bekerja sampai tak ingat nak berehat. Itu yang badan tua sebelum masanya. Abang Nara suka melihat gambar Fasha Sandha sekeluarga yang telah pun pergi berjalan-jalan ke Singapura baru-baru ini. Turut sama dalam percutian ini ialah Rayqal, anak hasil perkahwinan Jejai dengan Nora Danish sebelum ini. Rayqal ternyata gembira dapat menghabiskan masa bersama adiknya. Semoga ikatan kekeluargaan antara mereka semua akan bertambah kukuh. Mana tahu lepas ini Rayfal pula yang dapat adik. Hehehe. Lagi beberapa keping gambar Fasha Sandha sekeluarga bercuti di Singapura dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fasha Sandha.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment