Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam
- Video Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi
- Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?
- Kisah Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Meninggal Dunia
- Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 Kedua Full
- Wanita Ditikam, Pisau Masih Diperut
- Amah Suspek Buang Bayi Depan Rumah Majikan
- Kontrak K Rajagobal Tidak Disambung
- Culik Guna LRT
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam Posted: 25 Nov 2013 01:30 PM PST Gambar kereta perodua Viva rempuh Maybank di Sabak Bernam. Insiden ini berlaku pada Isnin 25 November 2013 lebih kurang jam 12 tengah hari dimana sebuah kereta Viva telah merempuh masuk dan memecahkan sebuah cermin pintu masuk di sebuah Maybank cawangan Sabak Bernam. Sebelum kejadian, pemilik kenderaan jenis Viva dilaporkan pakir kereta di hadapan Maybank tersebut sebelum cuba mengundurkan keretanya. Namun, malang tidak berbau apabila kereta Viva tersebut memecut kehadapan dan merempuh pintu masuk Maybank berkenaan. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Video Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi Posted: 25 Nov 2013 11:30 AM PST Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentari BBC Tube. Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station. Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi. Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu. Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba . |
Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun? Posted: 25 Nov 2013 07:37 AM PST ![]() Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN. ![]() Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92) Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah! Anda mungkin juga meminati: |
Kisah Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Meninggal Dunia Posted: 25 Nov 2013 07:25 AM PST Kisah Hero atau Iyo kucing derita akibat kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran. Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut. Mujurlah Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial. Punca Kematian Hero Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November 2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman rasmi " KakiMotong FanClub". Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia Biodata Papa Hero Pemilik Hero Nama Penuh: Mohd Hairey Yahya Nama Samaran: Papa Hero Umur: 34 Tahun Hobi: Pengumpul kucing terbiar Laman Rasmi: Video Kisah Hero Kucing Derita Kaki Dipotong Gambar Hero Dalam Kenangan |
Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 Kedua Full Posted: 25 Nov 2013 07:12 AM PST Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 - Full Episode | Maharaja Lawak Mega 2013 #MLM2013 bagi minggu kedua akan bersiaran dari dewan MBSA, Shah Alam pada jam 10 malam ini. MLM 2013 boleh ditonton di Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) ataupun menerusi aplikasi Astro on-the-go. Terdahulu, kumpulan Gerak merupakan peserta pertama yang tersingkir pada Maharaja Lawak Mega 2013 minggu pertama lalu. Kini hanya tinggal 15 kumpulan sahaja yang tinggal di gelanggang #MLM2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai, SYJ, Zero, Gerak dan Mamu. Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 Full Episode |
Wanita Ditikam, Pisau Masih Diperut Posted: 25 Nov 2013 06:10 AM PST ![]() Kejadian ini berlaku di bandar Kota Kinabalu. Wanita ini sedang menunggu rakannya diluar pintu masuk sebuah Hotel Horizon di Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan terapi. Tiba-tiba wanita ini didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan cuba untuk merampas beg tangan dan telefon bimbit wanita tersebut. Lelaki ini telah mengeluarkan pisau untuk mengugut wanita ini. Namun wanita tadi tidak memberikan juga beg tangan dan telefon bimbitnya. Akhirnya lelaki itu terus menikam bahagian perut wanita ini. Wanita ini menjerit untuk meminta tolong. Nasib baik pengawal keselamatan yang berada berhampiran mendengar jeritan wanita tersebut dan menyelamatkannya. |
Amah Suspek Buang Bayi Depan Rumah Majikan Posted: 24 Nov 2013 04:37 PM PST Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 30 tahun ditahan polis selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian meninggalkan bayi di depan kediaman majikannya, lapor media. Menurut pemilik kediaman berkenaan, bayi terbabit yang masih mempunyai tali pusat ditinggalkan di luar sebuah rumah di Sixth Anevue, semalam. Wanita yang berusia 50-an itu itu memberitahu media yang pembantu rumahnya menemui bayi berkenaan pagi semalam ketika ingin membuang sampah. Pembantu rumah berkenaan kemudian membawa masuk bayi terbabit ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada suami majikannya yang seterusnya membuat laporan polis. "Saya tidak tahu mengapa bayi itu ditinggalkan di situ," katanya dalam satu kenyataan. - Agensi |
Kontrak K Rajagobal Tidak Disambung Posted: 24 Nov 2013 04:32 PM PST ![]() Segala persoalan mengenai kedudukan Datuk K Rajagobal akhirnya terjawab apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan menyambung kontrak pengendali itu yang berakhir pada 31 Disember ini. Keputusan yang dicapai menerusi Mesyuarat Exco FAM dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah itu menyaksikan jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara skuad senior sementara mereka mendapat jurulatih baru. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila FAM tidak memberikan kontrak lanjutan kepada Rajagobal memandangkan beliau gagal mencapai misi untuk merebut dua slot automatik Kumpulan D ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selain prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun apabila Harimau Malaya hanya menang dua daripada 19 perlawanan. Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal bagaimanapun hanya menyatakan keputusan FAM itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada jurulatih baru untuk membimbing Harimau Malaya. Sebelum ini kedudukan Rajagobal menjadi persoalan apabila kontraknya tamat hujung tahun ini sedangkan skuad kebangsaan yang masih mengharapkan nasib untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sebagai pasukan ketiga terbaik keseluruhan kempen kelayakan masih mempunyai perlawanan terakhir dengan Yaman pada Mac depan. Menurut Subahan yang juga Naib Presiden FAM, kontrak Kim Swee sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun negara yang tamat hujung bulan depan bakal dilanjutkan namun tempoh kontrak itu belum diputuskan. Rajagobal, 57, dianggap antara jurulatih tempatan paling berjaya apabila membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan Piala AFF 2010 namun pendekatannya yang suka melakukan eksperimen dan menggunakan pemain yang sama mengundang rasa kurang senang pemerhati dan peminat bola sepak tanah air. Beliau yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan majikannya itu. Selain Kim Swee, antara nama yang hangat diperkatakan untuk mengisi tempat itu adalah bekas jurulatih Jepun, Phillippe Troussier, bekas kapten skuad juara Piala Dunia 1998 Perancis, Marcel Desailly, bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic dan jurulatih Pahang yang dikaitkan perpindahan ke PDRM, Dollah Salleh. |
Posted: 24 Nov 2013 04:28 PM PST ![]() Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun bertindak bijak apabila berlari keluar dari kenderaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyelamatkan dirinya daripada dilarikan seorang lelaki, selepas sampai di LRT Taman Melati. Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia enam tahun sedang bermain berdekatan rumahnya di Flat Sri Pahang, Bangsar sebelum didatangi seorang lelaki tempatan. Menceritakan mengenai kejadian itu, mangsa berkata, ketika dia sedang bermain bersama rakan-rakannya, seorang lelaki menarik tangannya. Katanya, dia yang takut dan panik melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri dan mengikut lelaki itu. "Saya dibawa menaiki LRT dan saya menjadi lebih takut selepas memasukinya. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment