Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Sebesar Manakah Empayar Syed Mokhtar Albukhary?
- Awas! Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg
- Pilu Lihat Derita Ditanggung Adik Ini
- Awek Sekolah Ini Buat Projek Selepas Habis Peperiksaan?
- Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Tarikh Pembayaran
- Pemuda Dilarang Naiki Pesawat, Kapal Kerana Terlalu Gemuk
- Jutawan Russia Beli Rokok Elektronik RM2.8 Juta Untuk Kekasihnya
- PM Komited Bantu Bangladesh
Sebesar Manakah Empayar Syed Mokhtar Albukhary? Posted: 19 Nov 2013 07:53 PM PST Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion. Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion. Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion. Oleh itu, kepentingan kolektifnya dalam kedua-dua syarikat itu bernilai lebih RM7 bilion. Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion. Namun, untuk sampai ke tahap itu bukanlah perkara mudah. Aset beliau sebenarnya dipelbagaikan dan pegangannya dipecah-pecahkan. "Banyak aset dikaitkan dengannya, tanah-tanah di Johor, sekarang orang bercakap bahawa beliau sebahagian daripada Eco World Development (Sdn Bhd)… jadi banyak aset dikaitkan dengannya. "Mungkin hanya beliau sahaja yang tahu nilai aset sebenarnya," kata sumber yang mengetahui perihal taikun perniagaan itu. Biografi Syed Mokhtar Albukhary Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Melalui alBukhary Foundation, beliau menerajui 3 buah syarikat utama iaitu MMC, Tradewinds, DRB-HICOM dan beberapa syarikat yang lain. Beliau pernah ditanya : "Perniagaan anda begitu besar, jadi mengapa anda masih bekerja keras?" Jawab beliau : "Kita semua perlu menjadi kuat dan berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain" Hari ini, Syed Mokhtar memiliki 3 kumpulan syarikat utama yang menggaji lebih 110,000 orang dan 250,000 secara tidak langsung. Melalui Yayasan Albukhary, beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialisis percuma, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan. Bagi Syed Mokhtar, beliau hanyalah penjaga kekayaan dan kekayaan tersebut harus dibelanjakan untuk kebaikan manusia. 12 Fakta Menarik Mengenai Syed Mokhtar AlBukhary
5 Nasihat Syed Mokhtar
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awas! Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg Posted: 19 Nov 2013 07:08 PM PST Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia. Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain. Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa. Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram. billyinfo | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilu Lihat Derita Ditanggung Adik Ini Posted: 19 Nov 2013 07:02 PM PST Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga. Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya. Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif. "Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak. Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim. "Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang," katanya. Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang. "Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk. "Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami. Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan. Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang," katanya. Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka. Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera. Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan. Sinar Harian sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif. Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya. "Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa. "Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya," katanya. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Esa di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awek Sekolah Ini Buat Projek Selepas Habis Peperiksaan? Posted: 19 Nov 2013 06:31 PM PST Gambar ini telah tersebar dengan meluasnya di alam maya terutamanya laman sosial facebook. Kononnya pelajar ini membuat maksiat setelah selesai menjalani peperiksaan...wallahulam | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Tarikh Pembayaran Posted: 19 Nov 2013 07:06 PM PST Semakan e-Penyata Gaji Bulanan Online Penyata gaji kakitangan awam boleh disemak menerusi laman rasmi Jabatan Akauntan Negara di http://www.anm.gov.my/index.php Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Dan Tarikh Pembayaran
Download Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Untuk muat turun jadual, sila klik Download Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemuda Dilarang Naiki Pesawat, Kapal Kerana Terlalu Gemuk Posted: 19 Nov 2013 06:40 PM PST Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang. Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat. Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang. Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang. Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan. Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis. Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jutawan Russia Beli Rokok Elektronik RM2.8 Juta Untuk Kekasihnya Posted: 19 Nov 2013 04:00 PM PST Moscow: Seorang ahli perniagaan menghadiahkan rokok elektronik bersalut berlian kepada kekasihnya untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran wanita itu, lapor media semalam. Rokok elektronik itu bernilai £550,000 (RM2.8 juta) dan ditempah khas seorang bilionair minyak Russia yang menetap di London tetapi tiada butiran mengenainya didedahkan. Menurut sumber, rokok itu mengambil masa empat setengah bulan untuk direka dan dihiasi 246 berlian dengan setiap satu bernilai £1,800 (RM9,216). "Ia juga dilengkapi 46 butir kristal kuning Swarovski dan enam karat berlian bujuk bernilai £46,000 (RM235,519) pada hujungnya. "Selain itu rokok berkenaan dihiasi kaca Itali yang ditempa khas dengan tangan serta disempurnakan dengan butang emas 24 karat," katanya. Ia menjadi lebih unik kerana diberikan nama khas, dikenali sebagai Shisha Sticks Sofia tetapi tidak dapat dipastikan jika ia boleh dianggap sebagai pembayang identiti penerima hadiah itu Pegawai syarikat Shisha Sticks, Anthony Mixides berkata, mereka menerima pesanan untuk menghasilkan rokok elektronik yang penuh kemewahan. "Kami dimaklumkan bahawa wang tidak menjadi penghalang kepada pesanan itu dan ahli perniagaan terbabit cuma mahukan produk terbaik," katanya dalam satu kenyataan. Sebaik saja reka bentuk itu dipersetujui, kata Mixides, mereka mencari berlian serta permata terbaik yang ada di pasaran ketika ini untuk ditampal pada rokok berkenaan. Katanya, walaupun begitu mereka yakin ia adalah rokok elektronik terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Nov 2013 06:36 PM PST Kerajaan sedang meneliti punca kelembapan kemasukan pekerja Bangladesh dalam sektor perladangan di bawah aturan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh hujung tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara punca kelembapan kemasukan pekerja adalah proses pengeluaran visa yang memakan sedikit masa, selain berkaitan penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia. "Ada dakwaan syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar sebelum ini menjadi penghalang kepada kaedah G2G ini. "Mereka dikatakan tidak lagi dapat mengaut keuntungan melalui proses kemasukan tenaga kerja dari Bangladesh melalui kaedah ini," katanya pada sidang akhbar. ps: :) |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment