Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Pokok Tomato Menghasilkan Ubi Kentang Pada Pokok Yang Sama
- Rahsia Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains
- Wanita Syria Kini Keluar Berjihad
- Taman Tergantung Ala Pandora Dalam Filem Avatar
- Aksi Budak Sekolah
- Kelakuan Sesat Syi’ah di Hari ‘Asyura
- Ngeri! Lelaki Bunuh Diri Terjun Tingkat 24 Pangsapuri
- Peminat Tuduh Fizo Omar Pernah Tidur Dengan Perempuan Lain?
- Penyokong Datuk Siti Dan KJ Berbalah
- Misteri Guidestones Georgia
- Roh Dalam Perlawanan Bola Sepak?
Pokok Tomato Menghasilkan Ubi Kentang Pada Pokok Yang Sama Posted: 14 Nov 2013 01:00 PM PST Tomato dan kentang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza. Buah tomato tumbuh tergantung pada batang daun sedangkan kentang adalah sejenis tanaman yang berbuah di dalam tanah. Sebuah syarikat hortikultur Thompson & Morgan s berjaya mencipta satu tanaman unik yang dapat menghasilkan kentang dan tomato pada waktu yang sama. TomTato adalah nama tanaman yang boleh menghasilkan tomato dan kentang dalam waktu yang bersamaan . Tanaman ini dihasilkan bukan melalui hasil kejuruteraan genetik . Dipetik dari BBC News , tanaman ini dihasilkan dengan cara melakukan teknik cantuman atau cantuman yang menggabungkan 2 tanaman berbeza untuk menghasilkan sebuah pokok . Memerlukan proses yang agak sukar dan memerlukan ketelitian untuk menghasilkan tanaman ini . Syarikat hortikultura ini juga mengatakan bahwan TomTato menghasilkan verietas tomato pilihan yang rasanya lebih manis dan bentuk sangat bagus berbanding dengan tomato- tomato yang dijual di pasar raya . Thompson & Morgan s juga mengatakan bahawa tanaman ini telah melalui ujian dan selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi racun. Selain itu tanaman ini boleh menghasilkan ratusan buah tomato segar dan juga kentang yang besar-besar, boleh dituai dalam satu masa. |
Rahsia Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains Posted: 14 Nov 2013 12:00 PM PST Seperti mana yang kita tahu berzikir boleh membuatkan hati menjadi tenang , tapi apakah kebenaran saintifik terhadap aktiviti berzikir ini? bahkan hasil kajian Dr Masaru Emoto telah membuktikan molekul air akan menjadi kristal sewaktu dibacakan doa....benarkah zikir akan menenangkan? Ikuti pembongkaran rahsia kelebihan berzikir dari sudut sains. Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna. Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG). Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering." Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya. Sebelum mengakhiri artikel apakata kita dengarkan zikir harian ini sekejap 4 minit jer. aidawahablovefun |
Wanita Syria Kini Keluar Berjihad Posted: 14 Nov 2013 09:51 AM PST Akibat pengepungan dan serangan-serangan tanpa henti rejim Assad ke kawasan-kawasan Ghoutah di tepi kota Damaskus, kaum Muslimah di kawasan tersebut memutuskan untuk terjun ke medan Jihad untuk menguatkan barisan kaum Mujahidin. Kaum Muslimah Syria sebelum revolusi terkenal dengan wanita-wanita yang menghidupkan masjid-masjid mereka dan rajin mengajarkan anak-anaknya untuk menghafal Al-Quran. Dan kini setelah revolusi bermula dan kezaliman bermaharajalela di Syria, mereka bagai singa-singa pemberani dilatih untuk menjadi wanita-wanita tangkas dan mampu berperang sehingga dapat melindungi diri dan anak-anak mereka. Kali ini, Mujahidah-mujahidah dari batalyon Muslimah "Katiba Ummahat Syuhada Al-Ghoutah" di Ghoutah Syarqiyyah menyerang kawasan-kawasan rejim Assad dengan mortar menggunakan teknologi modern untuk menghitung dan mengukur koordinasi markas tentera Syiah dengan teliti. Seorang Mujahidah mengatakan: ''Kami batalion Ummahat Syuhada Ghoutah bersama-sama dengan batalion Hara-ir Suriah akan melakukan operasi serangan keatas tentera rejim Assad dimanapun kami menemukannya biiznillah Ta'ala". Dan video ini merupakan pesan dari para Mujahidah-mujahidah Syria, bahawa mereka akan terus berjihad hingga rejim Syiah Assad jatuh. LINK : http://www.youtube.com/watch?v=HEu08HVW2Tc |
Taman Tergantung Ala Pandora Dalam Filem Avatar Posted: 14 Nov 2013 09:22 AM PST Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea.Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames. Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren. "Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya. Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. |
Posted: 13 Nov 2013 07:14 PM PST Mari kita layan pulak koleksi gambar budak-budak sekolah yang sama macam orang tak bersekolah. Entah-entah orang yang tak bersekolah lebih bagus dari mereka - malaysiasensasi.net Semoga dijauhi anak-anak kita dari melakukan perbuatan macam ni |
Kelakuan Sesat Syi’ah di Hari ‘Asyura Posted: 13 Nov 2013 07:08 PM PST Di antara kelakuan sesat Rafidhah (baca: Syi'ah) adalah memukul dada, menampar pipi, memukul bahu, mengiris-ngiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari 'Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi karena kecintaan mereka pada Husain bin 'Ali bin Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang mati terbunuh. Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat? Karena setiap perkara baru dalam ibadah dan ajaran yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Karena dalam Islam tidak boleh melakukan semacam itu baik karena kematian seorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahwa di masa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (paman Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja'far bin Abi Tholib, 'Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau melakukan seperti yang dilakukan oleh Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya. Coba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya'qub 'alaihis salam tertimpa musibah dengan hilangnya Yusuf 'alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dada? Apakah Nabi Ya'qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya sendiri dengan mengores-ngoresbadan? Apakah sampai dijadikan 'ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan Rafidhah? Amalan yang dilakukan Rafidhah tidak lain hanyalah warisan dari Jahiliyah, masa suram sebelum Islam. Islam dengan sangat jelas telah melarangnya. Hadits yang Membicarakan Tentang Berduka yang TerlarangDari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة "Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah." (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103). Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah di hari 'Asyura. Yang mereka lakukan jelas bukan ajaran Islam. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu 'anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu 'anhu. Sedih Atas Kematian Husain … Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Setiap muslim seharusnya bersedih atas terbunuhnya Husain radhiyallahu 'anhu karena ia adalah sayyid-nya (penghulunya) kaum muslimin, ulamanya para sahabat dan anak dari putri Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yaitu Fathimah yang merupakan puteri terbaik beliau. Husain adalah seorang ahli ibadah, pemberani dan orang yang murah hati. Akan tetapi kesedihan yang ada janganlah dipertontokan seperti yang dilakukan oleh Syi'ah dengan tidak sabar dan bersedih yang semata-mata dibuat-buat dan dengan tujuan riya' (cari pujian, tidak ikhlas). Padahal 'Ali bin Abi Tholib lebih utama dari Husain. 'Ali pun mati terbunuh, namun ia tidak diperlakukan dengan dibuatkan ma'tam (hari duka) sebagaimana hari kematian Husain. 'Ali terbunuh pada hari Jum'at ketika akan pergi shalat Shubuh pada hari ke-17 Ramadhan tahun 40 H. Begitu pula 'Utsman, ia lebih utama daripada 'Ali bin Abi Tholib menurut Ahlus Sunnah wal Jama'ah. 'Utsman terbunuh ketika ia dikepung di rumahnya pada hari tasyriq dari bulan Dzulhijjah pada tahun 36 H. Walaupun demikian, kematian 'Utsman tidak dijadikan ma'tam (hari duka). Begitu pula 'Umar bin Al Khottob, ia lebih utama daripada 'Utsman dan 'Ali. Ia mati terbunuh ketika ia sedang shalat Shubuh di mihrab ketika sedang membaca Al Qur'an. Namun, tidak ada yang mengenang hari kematian beliau dengan ma'tam (hari duka). Begitu pula Abu Bakar Ash Shiddiq, ia lebih utama daripada 'Umar. Kematiannya tidaklah dijadikan ma'tam (hari duka). Lebih daripada itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau adalah sayyid (penghulu) cucu Adam di dunia dan akhirat. Allah telah mencabut nyawa beliau sebagaimana para nabi sebelumnya juga mati. Namun tidak ada pun yang menjadikan hari kematian beliau sebagai ma'tam (hari kesedihan). Kematian beliau tidaklah pernah dirayakan sebagaimana yang dirayakan pada kematin Husain seperti yang dilakukan oleh Rafidhah (baca: Syi'ah) yang jahil. Yang terbaik diucapkan ketika terjadi musibah semacam ini adalah sebagaimana diriwayatkan dari 'Ali bin Al Husain, dari kakeknya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ia bersabda, ما من مسلم يصاب بمصيبة فيتذكرها وإن تقادم عهدها فيحدث لها استرجاعا إلا أعطاه الله من الأجر مثل يوم أصيب بها "Tidaklah seorang muslim tertimpa musibah, lalu ia mengenangnya dan mengucapkan kalimat istirja' (innalillahi wa inna ilaihi rooji'un) melainkan Allah akan memberinya pahala semisal hari ia tertimpa musibah" Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah. Demikian nukilan dari Ibnu Katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah, 8: 221. Demikian kesesatan Syi'ah pada hari 'Asyura. Kematian seseorang tidaklah dengan perayaan sesat seperti yang dilakukan oleh orang Syi'ah. Moga kita terlindung dari kesesatan semacam itu.Wallahul muwaffiq. Referensi: Fatwa Syaikh Sholih Al Munajjid dalam Al Islam Sual Jawab no. 74449.Diselesaikan di Maktab Jaliyat Bathaa', Riyadh-KSA, 9 Muharram 1434 H |
Ngeri! Lelaki Bunuh Diri Terjun Tingkat 24 Pangsapuri Posted: 13 Nov 2013 07:00 PM PST Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di George Town. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu. "Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan. Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya," jelasnya. nescafeais |
Peminat Tuduh Fizo Omar Pernah Tidur Dengan Perempuan Lain? Posted: 13 Nov 2013 06:52 PM PST Tak tahu apa motif sebenar wanita yang digelar 'selinanadra' ini membuat kenyataan seperti ini dimana bunyinya memburukkan Fizo Omar yang difahamkan esoknya nak bernikah dengan pasangannya Mawar. |
Penyokong Datuk Siti Dan KJ Berbalah Posted: 13 Nov 2013 06:02 PM PST PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis. Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri. "Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy. Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran. Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan 'budak suruhan' yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi. Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai 'budak suruhan' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara. Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu. "Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti. Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan. ps: penyokong KJ dah tentu org UM** jadi kita dapat lihat betapa biadapnya mereka, tanpa usul periksa dan faham maksud Datuk Siti terus mereka mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya..sama la seperti bos mereka |
Posted: 13 Nov 2013 04:00 PM PST Juga dikenali sebagai versi Amerika Stonehenge, yang Guidestones Georgia terletak di ElbertCounty masih diselubungi misteri, walaupun batu itu telah didirikan hanya pada tahun 1979.Ditulis di dinding adalah 10 "perintah baru" yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Swahili, Hindi, Hebrew, Arab, China, Rusia, dan Sepanyol walaupun tiada siapa yang pasti mengapa atauuntuk siapa perintah yang dimaksudkan itu. |
Roh Dalam Perlawanan Bola Sepak? Posted: 13 Nov 2013 04:00 PM PST Bolehkah terdapat bantuan ghaib ketika aktiviti sukan sedang berlangsung?. Jawapannya boleh, contohnya jika pemain A berdoa kepada Allah agar dia menang dalam perlawanan bandminton, dengan izin Allah dia boleh menang. Tetapi bagaimana dengan bantuan ghaib yang hadir secara jelas atau bukan bantuan yang hadir dari doa langsung kepada Allah?. Ia mungkin boleh terjadi akibat tipu helah syaitan melalui sihir atau sebagainya - posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment