Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Tebusan Diselamatkan Ahli Keluarga Sendiri
- Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Dengan Harga Hanya RM350
- Fizo Omar Sebak Bergelar Suami Terkenang Pengorbanan Ibu
- Rumah Eminem Hangus Dijilat Api
- Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia
- Azhael Gagal Ke Peringkat Akhir AF 2013
- Amirul Hadi Milik Pahang Atau JDT?
- Kes Tembak Ketua Pengawai Penguatkuasa JAIP Didalangi Syiah?
- Gigil Tonton Pemuda Ditetak
- Suspek Pembunuh Pegawai Ambank Kini Direman Tujuh Hari
Tebusan Diselamatkan Ahli Keluarga Sendiri Posted: 10 Nov 2013 02:30 PM PST ![]() Louisiana - Sebuah keluarga membuat keputusan sendiri dengan menyelamatkan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga mereka yang diculik oleh bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong. Drama itu bermula apabila seorang wanita, Bethany Arceneaux dijadikan tebusan pada Rabu lalu oleh bekas kekasihnya, Scott Thomas. Thomas juga adalah bapa kepada seorang anak Arceneaux. Namun, beberapa anggota keluarga wanita tersebut termasuk bapa saudara Bethany, Marcus bertindak memasuki rumah tersebut. Apabila Marcus keluar dari rumah tersebut dengan mendukung Bethany, anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke dalam rumah berkenaan dan mendapati Thomas telah mati ditembak. Wanita yang berusia 29 tahun itu telah ditikam dan dikelar tetapi keadaannya tidak parah. Dia kini dirawat di sebuah hospital. Menurut seorang pegawai polis, Kapten Kip Judice, keluarga Bethany telah menembak Thomas semasa mereka cuba untuk membebaskannya. "Saya berasa amat gembira (ekoran kejayaan pembebasan Bethany)," kata seorang ibu saudara wanita tersebut,Monica Arceneaux-Henry. ![]() |
Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Dengan Harga Hanya RM350 Posted: 10 Nov 2013 11:00 AM PST Sejak 23 Oktober lalu,pelbagai kisah kad pengenalan palsu berjaya didedahkan dan menjadi persoalan bagaimana warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia dengan menggunakan MyKad palsu. La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350. Sejak kisahnya disebarkan, facebook Arjuna tidak lagi aktif. ![]() Semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk mengetahui samada lelaki di atas, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya. Berikut hasil dipaparkan. Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini dan di sini. Terkini, polis Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000. Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu. Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia. Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya. Bagaimanapun 2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah.
Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.nescafeais |
Fizo Omar Sebak Bergelar Suami Terkenang Pengorbanan Ibu Posted: 10 Nov 2013 09:50 AM PST ![]() Pelakon dan pengacara Fizo Omar mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim kerana terkenangkan pengorbanan ibunya membesarkannya sehingga saat ini. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan ibunya, Hasnah Jidin, 53, dan dia berharap akan dapat mencurah bakti kepada wanita itu. Fizo dan Mawar, 24, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights di sini pada Ahad lalu. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506. Dalam pada itu, mengulas mengenai jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang dihadiahkan kepada Mawar, Fizo berkata, dia memang berhasrat untuk memberikan hadiah berkenaan kepada wanita yang berjaya menawan hatinya. Tambah Fizo, kehidupannya kini semakin lengkap dan menganggap perkahwinan sebagai satu permulaan baharu dalam hidupnya sebagai seorang lelaki. Dalam perkembangan sama, Mawar ketika ditemui berkata, dia tidak akan menghalang atau meletakkan sebarang syarat sekiranya suaminya itu mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Jelas Mawar, dia akan sentiasa menyokong sebarang keputusan Fizo berhubung kerjayanya dan yakin suaminya itu tahu akan batasan selepas berumah tangga. Sementara itu, Fizo berkata, mereka bakal berangkat ke Eropah pada Disember ini untuk berbulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu. Fizo berkata, dia dan isterinya akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda. Dalam perkembangan berkaitan, Fizo berkata, dia berhasrat untuk memiliki empat orang cahaya mata dan menyerahkan soal anak kepada rezeki. |
Rumah Eminem Hangus Dijilat Api Posted: 10 Nov 2013 09:47 AM PST ![]() Rumah tempat penyanyi rap terkenal Eminem dibesarkan dilaporkan hangus selepas ia terbakar. Menurut laporan Detroit News, api mula menyala pada bahagian bumbung rumah sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain sebelum ia disedari oleh jiran berdekatan. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut. Menurut maklumat awam, rumah berkenaan adalah milik ibu kepada Eminem iaitu Deborah Mathers sejak tahun 1980. Bagiamanapun, status pemilikan itu berubah dan rumah berkenaan sedang dilelong untuk dijual. |
Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Posted: 10 Nov 2013 09:43 AM PST ![]() Berita mengejutkan, pelakon Ahmad Busu telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi di Hospital Klang, Selangor. Pelakon yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu difahamkan mengidap penyakit kencing manis yang agak teruk dan sebelum ini beberapa kali telah mengalami serangan strok. Budiey difahamkan, Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya – bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5, Disebabkan penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa. Kali terakhir Budiey jumpa beliau ialah semasa beliau menghadiri Anugerah Lawak Warna 2013 yang diadakan di Istana Budaya. Syukur, beliau tidak tinggal solat dan Budiey sempat berbual-bual dengan allahyarham. Dia kata, lututnya sakit dan tak dapat berjalan dengan betul selepas kena strok. Semasa hadir, beliau datang dengan bantuan tongkat. Sedih pulak Budiey dengar cerita Allahyarham masa tu. Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci. Allahyarham Ahmad Busu meninggal isteri Seri Binti Mohamad dan empat orang anak. Marilah sama-sama kita doakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah. ![]() |
Azhael Gagal Ke Peringkat Akhir AF 2013 Posted: 10 Nov 2013 09:43 AM PST ![]() Kejutan pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) apabila peserta duo daripada Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain). Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaituNadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan. Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun redha dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya. "Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujarnya kepada mStar Online. Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU. Ia dihoskan oleh Zizan Razak. Sementara itu, Siti berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta telah menunjukkan peningkatan cemerlang terutama dari segi vokal dan berharap mereka yang melayakkan diri ke peringkat akhir dapat memberikan persembahan terbaik pada minggu terakhir AF 2013. "Walaupun Azhael tersingkir tetapi mereka telah memberikan persembahan terbaik dan saya yakin mereka mempunyai peluang cerah untuk maju dalam bidang nyanyian. "Secara keseluruhannya kesemua peserta telah memberikan persembahan terbaik dan mendapat kritikan baik daripada pengkritik," ujarnya. Pada minggu ini kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu menerusi dua segmen. Menariknya pada malam tersebut beberapa artis terkenal seperti Zamani, Ella, Rahmat (Mega), Salem (Iklim) dan Mus (May) membuat kejutan apabila muncul pada persembahan peserta. Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili. Selain Siti Nurhaliza, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai 'Inspirer' iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslow. AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135). |
Amirul Hadi Milik Pahang Atau JDT? Posted: 10 Nov 2013 10:32 AM PST ![]() Kedudukan bekas pemain kebangsaan, Mohd. Amirulhadi Zainal terus menjadi tanda tanya. Meskipun terdapat laporan Mohd. Amirul telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Pahang, namun menurut Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pemain kelahiran Melaka itu masih berhasrat untuk beraksi bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) musim hadapan. Jelas Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Mohd. Amirulhadi mendakwa dia masih belum menandatangani mana-mana kontrak lanjutan bersama Pahang. "Saya tidak tahu apa status Mohd. Amirul ketika ini. Pahang mendakwa Mohd. Amirulhadi sudah menandatangani kontrak lanjutan bersama mereka namun (Amirul) memberitahu saya dia masih belum tandatangan mana-mana kontrak. "Setahu saya, dia dan keluarganya memang berhasrat untuk datang ke Johor," kata Tunku Ismail pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam. Akhbar sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah meminta PBNJ melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Mohd. Amirulhadi kerana pemain tengah terbabit telah menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah, dua bulan lepas. Begitupun menurut Tunku Ismail, dia akan tetap hormati apa juga keputusan Mohd. Amirulhadi sama ada ingin menyertai Johor DT atau mahu terus bersama Pahang. "Kalau sudah sah kekal bersama Pahang, saya hormati keputusan dia dan saya ucapkan selamat berjaya untuk dia dan pasukan Pahang," katanya. Dalam pada itu, Tunku Ismail mendedahkan, pasukan Liga Premier Johor akan mula dikenali sebagai pasukan Johor Darul Takzim II (Johor DT II) bermula musim hadapan. "Kita ada dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor DT dan Johor DT II. Kami telah menyerahkan permohonan ini kepada Suruhanjaya Sukan. "Pasukan Johor DT II merupakan pasukan sokongan buat pasukan utama dan ia terdiri daripada majoriti pemain-pemain muda," katanya. Jelas Tunku Ismail, tugas jurulatih Johor DT II untuk musim hadapan akan kembali digalas Azmi Mohamed. |
Kes Tembak Ketua Pengawai Penguatkuasa JAIP Didalangi Syiah? Posted: 10 Nov 2013 09:10 AM PST ![]() Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes tembak. Kali neh berlaku di Pahang. Seorang penguatkuasa JAIP telah ditembak sebanyak 3 das peluru dan mati serta merta di kawasan rumahnya selepas diserang oleh 3 individu yang tidak dikenali. Dikenali dengan nama Ustaz Raffli Malek. Menurut laporan dari berita BERNAMA , berikut rentetan kejadian:-
rujukan: Soyzcili ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini semalam. Dalam kes pertama kali berlaku di negeri ini hasil maklumat awam kira-kira pukul 2 petang itu, pihak JAIP turut merampas beberapa buah buku disyaki berkaitan Syiah. Selain itu, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik berkata, lelaki itu yang juga peneroka di Felda Selancar 1 di sini, dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu. Katanya, dia yang berasal dari Kelantan bagaimanapun mengaku tidak menyebarkan ajaran Syiah ketika menjadi imam. Kata beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun. "Semasa pemeriksaan, anak lelakinya berusia 32 tahun turut berada di dalam rumah dan telah diambil keterangan untuk siasatan lanjut, manakala isteri dan keluarganya di Felda Selancar. "Setakat ini, kita percaya dia hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dan tidak menyebarkannya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah di sini hari ini. Kata Ahmad Raffli, kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu. "Sebelum menyertai ajaran ini, dia juga dipercayai mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor," katanya yang memberitahu, kes itu merupakan yang pertama kali selepas kerajaan negeri mewartakan pengharaman ajaran Syiah di Pahang, 12 September lalu. Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ajaran itu supaya boleh tampil memberi maklumat kepada JAIP. |
Posted: 10 Nov 2013 10:53 AM PST ![]() Seorang wanita dipaksa menyaksikan pembunuhan kejam dilakukan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang yang menetak keseluruhan anggota badan seorang pemuda dalam kejadian di sebuah rumah di Hala Timur 7, Chandan Desa, Ipoh, 2.30 petang (10/11/13). Mangsa berusia 22 tahun maut selepas ditetak berkali-kali kumpulan lelaki terbabit dan kejadian itu disaksikan rakan mangsa yang juga penyewa rumah berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, ketika kejadian, mangsa dan saksi wanita terbabit berada di ruang tamu sebelum sekumpulan empat lelaki yang memakai topeng ski dan kesemuanya bersenjatakan parang menyerbu masuk rumah serta terus menetak mangsa. "Siasatan awal mengikut keterangan saksi dan jiran mangsa, mendapati sekumpulan lima lelaki menaiki Proton Perdana warna hitam ke rumah mangsa, sebelum empat daripadanya yang bertopeng memasuki rumah, manakala seorang lelaki tidak bertopeng bertindak sebagai pemandu menunggu dalam kereta. "Ketika suspek di dalam rumah, penghuni yang juga saksi utama kejadian dipaksa duduk di satu sudut ruang tamu dan tidak dibenarkan bergerak, manakala mangsa boleh dikatakan ditetak di seluruh anggota badan oleh kumpulan penyerang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Ahmad Tarmizi berkata, kesemua suspek kemudian meninggalkan rumah berkenaan dan wanita itu tidak diapa-apakan, sebelum jiran mangsa yang menyedari kejadian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian. "Wanita terbabit menyewa rumah itu bersama suaminya, manakala mangsa baru saja menumpang di rumah berkenaan sejak hampir dua bulan lalu. Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai mekanik tiada di rumah ketika kejadian. "Kes ini mungkin bermotifkan dendam kerana polis turut menerima satu lagi laporan berhubung serangan sama yang berlaku di Lebuh Rapat Baru, Taman Seong Choon yang terletak kira-kira dua kilometer dari kejadian pertama. "Serangan kedua berlaku 45 minit kemudian dipercayai membabitkan kumpulan sama berdasarkan kereta yang digunakan, namun mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis," katanya. Menurutnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek serta mengesan suami penyewa rumah untuk membantu siasatan. Sementara itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Kiah, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang menukar air kolam ikan di halaman rumahnya, sebelum melihat sebuah kereta berhenti di depan rumahnya. "Saya terperanjat apabila melihat empat lelaki keluar dari kereta itu dengan masing-masing membawa parang dan meluru masuk ke dalam rumah mangsa. Seorang anak saya yang turut melihat kejadian itu menarik saya masuk ke dalam rumah dan kami mengunci pintu kerana ketakutan. "Kemudian, saya terdengar mangsa menjerit meminta tolong dan tidak sampai lima minit selepas itu saya lihat semua lelaki berkenaan menaiki semula kereta dan beredar, manakala penghuni wanita itu pula keluar rumah dalam keadaan menggigil ketakutan serta menangis," katanya. ![]() ![]() |
Suspek Pembunuh Pegawai Ambank Kini Direman Tujuh Hari Posted: 10 Nov 2013 07:41 AM PST ![]() Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Dia direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. ![]() |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment