Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- MTUC Sambut Baik Pengambilan Pembantu Rumah Dari Kemboja
- Seorang Lagi Calon SPM Meninggal Dunia Hari Ini
- Ayam Ini Hidup Selama 21 Tahun Tanpa Kepala
- Mokhtar Dahari Dalam Teater 'SuperMokh'
- Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya
- Proses Pembuatan Beg Tangan Daripada Kulit Ular
- Kota Paris Tiruan Di Negara China
- Wanita Jual Bayi Kandung Secara Online RM15,895
- Berjalan Kaki Dari Pahang Ke Shah Alam, Bayar Nazar Pahang Menang Piala Malaysia
- Pak Guard Yang Dimaki ‘Bini Matyo’ Kini Berlakon Dengan Dazrin Dan zara Aishah
- Haiwan-Haiwan Di Tasik Ini Mati Menjadi Batu
MTUC Sambut Baik Pengambilan Pembantu Rumah Dari Kemboja Posted: 07 Nov 2013 07:10 AM PST ![]() Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Khamis menyambut baik keputusan kerajaan mengambil pembantu rumah dari Kemboja, sekali gus menamatkan moratorium selama dua tahun tentang perkara itu. Setiausaha agungnya Abdul Halim Mansor berkata langkah itu akan menamatkan penglibatan ejen dan orang tengah serta menghapuskan yuran pengambilan pembantu rumah yang amat mahal iaitu kira-kira RM8,000 hingga RM12,000 seorang. "Prosedur baharu ini akan memberi banyak kelegaaan kepada keluarga yang memerlukan pembantu rumah," katanya dalam kenyataan di sini. Beliau berkata oleh kerana Malaysia dan Kemboja mengambil inisiatif untuk memberi latihan menyeluruh kepada pembantu rumah, maka mereka perlu dibayar gaji minimum RM700 sebulan. MTUC juga mencadangkan agar Akta Pekerjaan diguna pakai terhadap pembantu rumah kerana ia boleh memberi penyelesaian muktamad serta menyediakan perlindungan undang-undang kepada mereka. - BERNAMA |
Seorang Lagi Calon SPM Meninggal Dunia Hari Ini Posted: 07 Nov 2013 06:21 AM PST ![]() Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini. Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang. Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini. Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia. Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya. Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. – BERNAMA |
Ayam Ini Hidup Selama 21 Tahun Tanpa Kepala Posted: 06 Nov 2013 10:04 PM PST Mike "seekor ayam" yang boleh hidup tanpa kepala selama dua tahun dan Mike menjadi terkenal di dunia kerana itu. Mike mula menjadi "Ayam Tanpa Kepala" pada 10 September 1945 setelah dipenggal oleh pemiliknya, Lloyd Olsen dari Fruita, Colorado, yang ingin memasaknya untuk makan malam. Tapi setelah Mike 'dipotong', entah kerana Lloyd memotong bahagian salah atau sebab lainnya, Mike masih tetap hidup. Bingung, pemilik berubah fikiran dan memutuskan untuk merawat ayam agar kembali sihat. Kemudian, Mike mula cuba mematuk di sekitar untuk makan, dan merawat bulu-bulunya. Namun semua itu sia-sia kerana dia sudah tidak mempunyai kepala. Si pemilik tidak kehabisan akal, ia menyuap Mike dengan biji-bijian dan memberikan minum menggunakan sejenis alat. Olsen membawa Mike ke University of Utah di mana para saintis terkejut melihat dari dekat ayam tanpa kepala. Menurut mereka , bekuan darah mencegah Mike dari mengalami pendarahan sampai mati selepas kapak Olsen telah memotong pembuluh darah. Telinga kiri MIke juga masih elok dan sebahagian besar batang otak masih elok, cukup untuk menjaga makhluk berbulu ini sihat selama dua tahun berikutnya. Rupanya refleks ayam terletak pada batang otak mereka yang menjelaskan mengapa Mike masih berusaha untuk mematuk dan bahkan ' berbunyi ' meskipun cacat. Olsen bersumpah untuk menjaganya selama sisa hidupnya, memberinya makan susu dan air dengan jarum suntik. Mike melakukannya dengan baik, ia bahkan bertambah berat badan. Lima setengah bulan kemudian, Ayam ini menjadi terkenal. Digelar "The Headless Chicken Nugget , " ia mengeliling negara dan orang -orang perlu membayar 25 sen untuk melihat tubuhnya. Pada satu titik, Mike berpendapatan $ 4,500 per bulan dan bernilai $ 10,000 , lebih mahal dari ayam lain pada umumnya. Selepas dua tahun Mike ditemui mati di bilik hotel , setelah overdos ubat- ubatan terlarang. Selain itu , Mike mati di bilik hotel di Arizona kerana di sebabkan pemiliknya , Olsen tidak dapat mencari alat penitis mata untuk membersihkan kerongkong Mike yang terbuka . |
Mokhtar Dahari Dalam Teater 'SuperMokh' Posted: 06 Nov 2013 10:03 PM PST Apabila penerbit teater Hans Isaac akan membawa kisah hidup legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari ke pentas Istana Budaya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia akan diterjemahkan dengan berkonsepkan muzikal. Dipentaskan buat pertama kali pada malam Rabu di Panggung Sari, Istana Budaya, Hans dan pengarah bersama Harith Iskander nyata belum hilang taring apabila teater SuperMokh Sebuah Muzikal berjaya dihasilkan dalam suasana cukup menghiburkan. Ia bukan sahaja sarat dengan fakta-fakta menarik mengenai diri Mokhtar tetapi konsep muzikal yang ditonjolkan cukup menyerlah seperti mana karya terdahulu mereka seperti Cuci-Cuci Muzikal dan Lat Kampung Boy. Meskipun mengakui sebelum ini sukar menterjemahkan sifat dan peribadi Allahyarham namun pihak produksi bijak menyusun perjalanan cerita menerusi babak-babak dengan bantuan nyanyian dan tarian bagi menjadikan ia lebih menarik dan tidak membosankan. Selain kisah yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat mengenai legenda bola sepak itu semangat kesukanan turut ditonjolkan dalam teater muzikal itu. Tirai persembahan dibuka dengan montaj tentang kejayaan Mokhtar lakonan Awie dan teater muzikal yang berkisar pada tahun 1979 itu dimulakan dengan babak selepas beliau berkahwin dengan isterinya, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim lakonan Maya Karin. Menariknya mengenai babak permulaan tersebut ia memaparkan sisi romantik Mokhtar yang tidak diketahui oleh para peminatnya sebelum ini. Malah sebuah lagu bertajuk Do You Remember? ciptaan Michael Veerapan pada babak tersebut cukup menyentuh perasaan apabila ia menceritakan mengenai kasih sayang di antara pasangan tersebut. Vokal Maya Karin dan Awie cukup serasi dalam lagu berkenaan dan ia memberi emosi berbeza kepada babak tersebut selain keserasian mereka di atas pentas cukup meyakinkan. Usaha Awie untuk menghidupkan watak Mokhtar juga harus diberi pujian walaupun dengan rujukan yang cukup terhad. Selain Awie dan Maya, SuperMokh turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Dina Nazir, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Ia dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 6 hingga 18 November depan. Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya. Selain sifat romantis Mokhtar, teater muzikal ini juga turut memaparkan beberapa kisah yang tidak diketahui umum seperti Mokhtar hampir memutuskan pertunangannya dengan Zarina sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berkahwin terus dengan wanita tersebut. RASUAH Malah kekecewaan Mokhtar terhadap dunia sukan bola sepak turut diperjelaskan apabila beliau pasrah apabila ada pihak yang ingin memberinya rasuah. Satu perkara yang cukup mengagumkan tentang teater ini adalah mengenai persahabatan di antara Mokhtar dan rakan-rakannya seperti R. Arumugam, Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Ia mengingatkan kita bahawa perbezaan kaum dan warna kulit bukan halangan untuk kita bersatu padu dan bekerjasama atas nama persahabatan dan keharmonian di antara masyarakat menjadi antara paparan menarik teater ini. Sementara itu, bagi mengelakkan penonton berasa bosan, Hans dan Harith mengambil pendekatan untuk memaparkan aksi Mokhtar di atas pentas menerusi tarian dan nyanyian yang cukup menarik. Lagu-lagu yang dipersembahkan seperti SuperMokh, Korea Vs Malaysia, Masih Bererti dan 1986 Malaysia Cup Final cukup menghiburkan dan maksud yang cuba disampaikan mengena kepada penonton. Dalam pada itu, watak Kenny lakonan Douglas Lim menjadi penyeri kepada teater muzikal ini yang menggambarkan kegilaan seorang rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak pada ketika itu. Douglas berjaya mencuri perhatian penonton dengan gelagat yang bersahaja dan mewujudkan hilai tawa terutamanya ketika dia mendendangkan lagu berjudul Kalau Saya Ni Football Player. SuperMokh Sebuah Muzikal berjaya mengangkat kisah hidup Mokhtar dengan cara cukup berbeza dan menghiburkan dan ia dapat memberi peluang kepada generasi muda mengenali figura terkenal itu dengan lebih mendalam. Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600. ![]() ![]() |
Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya Posted: 06 Nov 2013 08:00 PM PST Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini kisahnya. Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata 'dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi'. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu'alam. Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun. Seperti yang di janji kan oleh "sesuatu" (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain. Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah. Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa. Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja. Difahamkan, kulitnya lembut walaupun kelihatan keras dan kasar. Inilah tempat mandinya. Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen. Sempat lagi bergambar. Nur Hasanah nama diberi. Difahamkan, inilah kamar kembarnya. Sebelah-sebelah. Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga. Itulah ibu ! . perempuaningatan |
Proses Pembuatan Beg Tangan Daripada Kulit Ular Posted: 06 Nov 2013 07:20 PM PST Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik. Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi. Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir. Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan. Setelah selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan. Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (Rm 116) bergantung kepada saiz. Sekarang mari lihat proses pembuatan beg tangan daripada kulit ular di Indonesia. |
Kota Paris Tiruan Di Negara China Posted: 06 Nov 2013 06:19 PM PST Ada yang unik dengan Tianducheng, ibu kota wilayah Zhejiang, China, terdapat Menara Eiffel dan beberapa bangunan khas Eropah di bandar yang terletak di pinggir Hangzhou ini. China berjaya membuat miniatur bandar Paris seluas 19 km di Tianducheng. Pekara ini tentu saja membuatkan heboh dipekatakan di dunia. Namun sudah tidak menghairankan sebenarnya, China memang terkenal mahir dengan gelaran dalam membuat tiruan dari suatu benda. Miniatur bandar Paris ini merupakan projek yang dibuat selama 5 tahun sejak 2007 lalu. Projek kecil kota Paris ini dibangunkan oleh Zhejiang Guansha Co Ltd, sebuah syarikat hartanah China. Idea awalnya adalah agar penduduk China khususnya tidak perlu terbang jauh ke negeri Perancis untuk melihat keindahan menara Eiffel dan trademark Paris lain, sepeti Arc de Triomphe, atau bangunan-bangunan bergaya Eropah. Selain itu tentu saja pekara ini akan meningkatkan ekonomi China yang memang telah maju. Pemasukan akan bertambah, kerana penduduk China tidak perlu lagi terbang ke Perancis untuk melihat Paris, kerana di negara mereka juga mempunyai miniatur bandar Paris yang berjaya dibuat menyerupai asal. Jika anda berminat untuk melihat Paris ala China, sila berkunjung ke Tianducheng ketika anda bercuti di negeri tirai buluh ini. |
Wanita Jual Bayi Kandung Secara Online RM15,895 Posted: 06 Nov 2013 04:11 PM PST ![]() Mississippi: Seorang ibu ditahan kerana didakwa mahu menjual bayi lelakinya kepada wanita lain yang ditemui di iklan online. Pihak berkuasa berkata, Bobbie Jo Stojic, 23, dari Bay St. Louis dibenarkan jaminan AS$5,000 (RM15,895) selepas didakwa pada 29 Oktober lalu atas tuduhan menawarkan penjualan seorang kanak-kanak. Menurut dokumen mahkamah, Stojic didakwa menawarkan menjual anaknya berusia empat bulan dengan harga AS$5,000 dalam pesanan ringkas yang dihantar bulan lalu kepada seorang wanita di Louisiana yang menjawab iklan pakaian bayi dimuat naik olehnya di laman Craigslist. "Mereka kemudian menjadi semakin akrab malah kerap menghantar pesanan ringkas antara satu sama lain," kata Detektif Brandon Normand dari Pejabat Syerif Hancock. Normand berkata, dua wanita itu membincangkan kos bagi mengambil anak angkat sebelum Stojic menawarkan untuk menjual anaknya itu dalam pesanan ringkas yang dihantar pada 9 Oktober lalu. "Tawaran itu titik permulaan untuk Stojic sama ada menjual anaknya atau berusaha menipu wanita Louisiana terbabit," katanya. Stojic menafikan tuduhan terhadapnya. Setakat ini belum diketahui sama ada Stojic mempunyai peguam bela. Normand berkata, dalam pesanan ringkas, Stojic ada menyebut mengenai masalah kewangan dihadapinya termasuk kemungkinan diusir dari rumahnya. Menurutnya, wanita di Louisiana itu melaporkan dakwaan terbabit sebelum pejabat syerif mengambil alih siasatan dan penjagaan sementara bayi terbabit. - AP |
Berjalan Kaki Dari Pahang Ke Shah Alam, Bayar Nazar Pahang Menang Piala Malaysia Posted: 06 Nov 2013 03:59 PM PST Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan berjalan dari Masjid Negeri ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu. Abdul Majid Abdul Hamid, 57, yang diiringi rakannya, Abdullah Othman, 51, memulakan perjalanan jam 6.45 pagi tadi. Dia menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini. |
Pak Guard Yang Dimaki ‘Bini Matyo’ Kini Berlakon Dengan Dazrin Dan zara Aishah Posted: 06 Nov 2013 06:14 PM PST ![]() Hikmah daripada kesabaran dimaki dan ditendang celah kangkang, pengawal keselamatan yang pernah kontroversi dengan isteri Mat Yo di jemput berlakon dalam sebuah drama diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9.Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi.. ![]() ![]() |
Haiwan-Haiwan Di Tasik Ini Mati Menjadi Batu Posted: 06 Nov 2013 01:29 PM PST Tidak semua tasik berisi air yang segar, salah satunya sebuah tasik mematikan di Tanzania, Afrika Timur, Tiada siapa yang tahu dengan pasti bagaimana haiwan -haiwan itu mati, binatang yang yang tenggelam dalam air tasik di dalamnya,akan menjadi batu. Dengan suhu di tasik boleh mencapai 60 ° C, dan kealkalian adalah antara pH 9 dan pH 10.5., Tasik Natron mempunyai kealkalian yang tinggi akibat pengumpulan abu gunung berapi dari lembah Great Rift. Jurugambar Nick Brandt datang ke lokasi, mendokumentasikan bangkai burung dan haiwan kecil yang telah menjadi batu kerana pengapuran, korban tasik yang mematikan. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment