(13 GAMBAR)Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin Oleh Annas Easkey
(13 GAMBAR)Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin Oleh Annas Easkey |
- (13 GAMBAR)Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin Oleh Annas Easkey
- Yasmin Hani Namakan Anaknya Noah Ismail Wong
- Tajaan Perkahwinan Che Ta & Zain Cecah RM13 Juta
- Saya Tak Perlukan Teguran Daripada Sesiapa – Nabila Huda
- Farid Kamil Masih Belum Bertemu Dengan Ibu Mertuanya
(13 GAMBAR)Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin Oleh Annas Easkey Posted: 26 Nov 2013 04:08 AM PST Fantastic! Marvelous! Beautiful! Romantic! Itulah perasaan yang Abang Nara rasakan apabila menatap gambar-gambar pra perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Menggunakan latar belakang keindahan kota Paris dan pulau Bali, kecantikan Che Ta dan kekacakan Zain memang tidak boleh dinafikan lagi. Daripada sinar mata Zain dan senyuman mereka berdua menatap Che Ta, Abang Nara boleh bayangkan betapa dalamnya cinta bakal pengantin ini. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Abang Nara paling jeles apabila melihat gambar Che Ta dipayungi Eiffel Tower. Awesome sangat-sangat!!! Tak sabar rasanya untuk melihat lebih banyak gambar mereka berdua dikongsikan oleh Annas Easkey. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan hasil karya Annas, bolehlah ikutinya di Instagram Annas Easkey dan Facebook Annas Easkey. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Baru lepas melahirkan anak? Sering kepenatan kerana berpantang sambil menjaga si comel anda? Cubalah ambil set pantang + ESP Shaklee yang pasti akan menambah tenaga dan juga susu badan anda. Kalau tak pasti mana yang terbaik, boleh LIKE Facebook Doktor Vitamin Anda dan tanyakan pendapat mereka yang pakar. Kalau nak lebih cepat, Whatsapp sahaja ke 013-217 8267.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Yasmin Hani Namakan Anaknya Noah Ismail Wong Posted: 26 Nov 2013 12:00 AM PST Akhirnya setelah merahsiakan wajah dan nama anak sulungnya, Yasmin Hani menerusi akaun Instagramnya telah pun berkongsi maklumat mengenai cahaya matanya itu. Diberi nama Noah Ismail Wong, sekali pandang wajah si comel ini tak tumpah seperti Yasmin Hani. Besar nanti confirm kacak bergaya!!! Semoga Noah Ismail Wong membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak. Kepada Yasmin dan suami, selamat menjadi ayah dan ibu. Sama-samalah kita doakan. P.S: Honda City 2014 bakal tiba tidak lama lagi Baca Yang Ini Pulak:- |
Tajaan Perkahwinan Che Ta & Zain Cecah RM13 Juta Posted: 25 Nov 2013 11:20 PM PST Wow~~~ Terlopong mulut Abang Nara apabila mengetahui jumlah tajaan yang diterima oleh bakal pengantin baru, Rozita Che Wan dan Zain Saidin. RM13 juta tue. Inilah namanya rezeki nak mendirikan masjid. Kalau perkahwinan Abang Nara ada orang nak sponsor sampai sebegini rupa, kecil tapak tangan, nyiru Abang Nara tadahkan. Setakat yang Abang Nara ketahui, ini adalah jumlah tajaan terbesar yang pernah diterima oleh selebriti tanah air. Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000. Bersyukur dengan tajaan yang sebegini banyak, Che Ta menafikan dia dan Zain membuat pinjaman bank untuk perkahwinan mereka. Kata Che Ta:-
Untuk makluman, pengacara untuk majlis pernikahan ialah Ahmad Fedtri Yahya manakala majlis resepsi pula akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman. Pasangan pengantin ini akan berbulan madu mengeliling Eropah terutama di Itali, Jerman dan Belanda selepas selesai majlis mereka. Abang Nara doakan agar semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kemeriahan nanti. Tak sabar nak menonton. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tak Perlukan Teguran Daripada Sesiapa – Nabila Huda Posted: 25 Nov 2013 06:28 PM PST Nabila Huda, Instagram dan kontroversi sememangnya tak boleh dipisahkan. Seringkali berkongsi gambar-gambar terbarunya di situ, kadang-kala berlaku pertelingkahan mulut antara peminat-peminat Nabila Huda. Terbaru, Nabila berkongsi beberapa gambar dirinya melakonkan watak Nabila yang kelihatan agak seksi dan telah ditegur oleh beberapa orang peminat. Setelah menerima beberapa teguran dan kritikan menerusi gambar yang dikongsi, Nabila Huda tampil memberikan komennya sendiri:-
Apabila ditarbiyahkan mengenai dosa dan pahala, Nabila Huda membidas:-
Susah bukan menjadi seorang selebriti? Semua orang ingin ambil tahu apa yang kita lakukan. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan, Nabila Huda adalah seorang yang mempunyai pendapat, pendirian dan percaya dengan apa yang dilakukan. Jadi biarkanlah sahaja Nabila. Kang tak pasal-pasal asyik bergaduh je. Lagi beberapa gambar Nabila Huda versi Saloma dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Farid Kamil Masih Belum Bertemu Dengan Ibu Mertuanya Posted: 25 Nov 2013 05:39 PM PST Nampak gayanya hubungan Farid Kamil dengan ibu mertuanya masih belum ada tanda-tanda untuk pulih. Agak pelik juga kerana sebelum ini Farid Kamil beria mahu memperbaiki silaturahim di antara mereka bertiga, lebih-lebih dengan kehadiran anak. Mungkin kesibukan dalam menjaga anak, isteri dan lakonan membataskan peluang Farid untuk bertemu dengan ibu mertuanya. Kata Farid Kamil:-
Agak pelik juga kenyataan di atas namun mungkin ibu Diana Danielle sudah berpindah selepas perkahwinan anaknya. Secara jujur, Abang Nara rasakan Farid kena berusaha lebih keras lagi dalam usaha mencari ibu mertuanya. Lagipun majlis kenduri doa selamat yang dirancang untuk anaknya sudah semakin hampir. Pasti lebih indah jika si nenek dapat bertemu si cucu dalam majlis tersebut. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan agar mereka dapat berbaik semula untuk kebaikan semua pihak. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment