Mahkamah Turunkan Kadar Jaminan Benjy
Mahkamah Turunkan Kadar Jaminan Benjy
Pelakon Benjy yang terdahulu didakwa atas tuduhan memiliki dadah tidak mampu untuk membayar wang jaminan yang agak tinggi untuk beliau keluar daripada penjara. Susulan perkara tersebut, pihaknya telah membuat rayuan agar kadar jaminan diturunkan.
Selepas sembilan hari didakwa, hari ini Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Noor hari ini membenarkan rayuan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim supaya mahkamah menetapkan jaminan yang lebih rendah kerana kurang berkemampuan.
Peguam yang mewakili Benjy iaitu Farhan Read dalam rayuannya menyebut, pihak penjamin iaitu tunang dan abang angkat anak guamnya itu hanya mempunyai wang sejumlah RM 5,000 dan tidak mampu untuk membayar lebih daripada jumlah yang dinyatakan.
Benjy sebelum ini telah ditahan pada jam 9.30 malam tanggal 5 Mac 2015 di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama seorang lagi wanita dan lelaki. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Gambar Viral Ferrari Ranap Bukan Milik Zizan Razak
Berita mengenai pelawak Zizan Razak yang terlibat dengan kemalangan sudah menjadi pertanyaan ramai apabila ia mula menjadi viral di media sosial. Pelbagai spekulasi mula timbul termasuklah laporan mengatakan kereta Ferrari kuning milik beliau ranap teruk di Putrajaya.
Ekoran daripada penyebaran foto tersebut, peminat Zizan menginginkan kepastian apakah keadaan terkini beliau dan punca kemalangan itu berlaku.
Namun, pengurus Zizan telah tampil menjelaskan bahawa segala laporan mengenai kemalangan tersebut di Internet adalah tidak sahih. Kereta Ferrari kuning beliau tidak ranap seperti yang digembar-gemburkan dan hanya terbabas sikit serta mengalami kerosakan kecil sahaja.
Zizan juga dikhabarkan tidak cedera teruk dan masih boleh menjalani penggambaran sebuah drama dengan keadaan sihat walafiat.
Berikut penjelasan daripada pengurus beliau:
ADA SEGELINTIR PENDEKAR DI LAMAN SOSIAL YANG MEMUAT TURUN GAMBAR TENTANG KEMALANGAN MELIBATKAN ZIZAN RAZAK PETANG SEMALAM.. GAMBAR & ARTIKEL ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.. KERETANYA TERBABAS SEDIKIT & HANYA KEROSAKAN KECIL YANG BERLAKU.. BUAT PENGETAHUAN SEMUA, DIA SIHAT WALAFIAT & SEDANG MEMBUAT PENGAMBARAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR.. TQ SEMUA YANG AMBIL BERAT. #inibenar#janganbuathal #ztf #kualalumpur #ANGINCINTA#malaysia
Alhamdullilah semuanya tidak apa-apa. Bukan apa ramai sebenarnya yang sayang dan prihatin terhadap keadaan Zizan Razak sebab itu mereka tertanya-tanya dan ingin mendapatkan cerita mengenainya. Anggap sahaja dugaan kecil ini sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas ini.
Eina Azman Tak Boleh Tukar Warna Rambut Kerana Terikat Dengan Kontrak
Posted: 18 Mar 2015 12:39 AM PDT
Berdasarkan pemerhatian daripada mata Abang Nara yang agak rabun ini, warna rambut Eina Azman sekarang ini ialah warna kuning. Sudah pasti ia bukan warna yang asli sebaliknya diwarnakan oleh pelakon itu sendiri. Rupa-rupanya Eina Azman tidak dapat menukar warna rambutnya kepada warna asal kerana terikat dengan kontrak. Kontrak apa? Mungkin kontrak lakonan, mungkin kontrak produk kecantikan atau kontrak pewarna rambut. Hanya Eina sahaja yang tahu.
Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Eina Azman ini, pelbagai kritikan, kecaman dan juga rasa kurang puas hati telah diluahkan oleh para pengguna laman sosial. Pelbagai persoalan dikemukakan malah ada yang menyentuh hal keagamaan seperti solat dan mandi junub.
Bab-bab agama ini Abang Nara bukanlah pandai sangat. Cuma nanti lepas habis kontrak, diharap Eina terus menukar warna rambutnya kepada warna asal. Pasti lebih cantik, bergaya dan disayangi suami. Lagi beberapa gambar Eina Azman dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Facebook Media Hiburan.
Ayda Jebat Tidak Hirau Tuduhan Gedik Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri
Ayda Jebat yang baru sahaja ingin mengukuhkan nama di dalam industri hiburan tempatan, sudah ditimpa dengan pelbagai tuduhan dan dilabelkan sebagai seorang yang gedik. Sikap beliau yang didkawa seperti budak-budak telah menimbulkan rasa kurang selesa oleh beberapa pihak.
Tidak menafikan ada sesetengah pihak yang menegur sikapnya itu, Ayda walaubagaimanapun tidak mahu menjadi hipokrit hanya untuk menjaga perasaan orang lain.
Memang ada yang tegur sikap saya yang mereka nampak seperti budak-budak tapi inilah diri saya.
Saya lebih selesa menjadi diri sendiri daripada terpaksa berpura-pura sopan semata-mata untuk jaga perasaan orang lain. Tapi bila di belakang, macam-macam pula perangainya.
Perkara ini sama sekali tidak akan menjejaskan mutu lakonan beliau dan Ayda tidak ingin mengambil pusing jika orang ramai terus ingin mengatanya begitu.
Tak kisahlah orang nak kata saya gedik atau apa sahaja kerana ia tidak jejaskan karier saya dan itu lebih penting sebab gedik tidak ada kaitan dengan prestasi lakonan.
Kadang kala tidak semua orang yang suka kita bersikap terlalu ramah. Namun, apa yang penting adalah kita tidak hipokrit dan menjadi diri kita sendiri. Untuk apa kita berpura-pura semata-mata untuk menjaga hati orang lain tetapi hati kita hakikatnya merana.
Sumber Berita: Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment