Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?
Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?
Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?
Keluarga Harun Salim Bachik Jelas Cerita Di Media Sosial Tidak Benar
(30 GAMBAR)Majlis Resepsi Sebelah Pengantin Lelaki Yana Samsudin & Fadzil Zahari
Alyah Sudah Lupakan Pergaduhan Dengan Suami, Sengaja Tak Pakai Cincin Kahwin
Nak Eksport Produk Rekaan Anda? MATRADE Sedia Membantu!!!
Taufik Batisah Hormati Privasi Bakal Isteri
Harun Salim Bachik Telah Selamat Dikebumikan
Abby Abadi Sudah Bernikah?
(TAHNIAH)Diana Amir Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?
Posted: 09 Mar 2015 12:36 PM PDT
Tidak pernah menyatakan dirinya sedang bercinta dan dimiliki, Taufik Batisah nyata membuat ramai yang terkejut apabila berita beliau bakal berkahwin didedahkan oleh sebuah portal berita Singapura.
Memilih gadis dari Singapura juga, Taufik dikatakan mahu menjaga privasi bakal isterinya dengan tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut seperti tempat dan waktu bagi majlis perkahwinan mereka nanti.
Namun, sebuah foto mesra Taufik bersama seorang gadis manis telah tersebar sejak semalam. Memetik laporan di Media Hiburan, gadis yang dikenali sebagai Sheena Akbal itu adalah bakal isteri penyanyi tersebut.
Sehingga kini, Taufik masih lagi berdiam diri dan tidak mendedahkan wajah bakal isterinya.
Jika foto itu adalah benar, kami tidak dapat sangkal lagi bahawa Sheena Akbal seorang yang cantik dan sepadan dengan pelantun lagu Awak Kat Mana. Kami harap, jika tidak mahu bercerita lanjut mengenai aturcara majlis perkahwinan, sekurang-kurangya kenalkan lah bakal isteri anda kepada kami. Hehe
Sumber Berita: Media Hiburan
Keluarga Harun Salim Bachik Jelas Cerita Di Media Sosial Tidak Benar
Posted: 09 Mar 2015 03:32 AM PDT
Keluarga kepada Allahyarham Harun Salim Bachik, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyebar foto dan berita bahawa pelawak itu telah jatuh di tandas R&R Semanggol sebelum meninggal dunia.
Menurut anak kedua Harun Salim Bachik iaitu Danial AL-Rashid, bapanya meninggal dunia dipangkuan adiknya selepas mengalami sesak nafas. Allahyarham sememangnya menghidap penyakit Asthma yang agak kronik sejak lima tahun yang lalu.
Arwah tidak jatuh seperti yang tersebar di Facebook, dia sesak nafas dan berpaut pada tiang hingga adik saya memapah dan memangkunya pada saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir.
Selepas saya dapat berita tentang itu dan lihat sudah tersebar gambar-gambar arwah serta cerita yang salah. Saya harap orang ramai tidak menyebarkan lagi gambar tersebut.
Kesihatan Allahyarham mula terjejas apabila beliau terlalu kuat bekerja sewaktu menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013 bersama kumpulan Boboy.
Antara punca kesihatan dia semakin teruk kerana terlalu kuat bekerja, kami ada paksa dia agar berehat dan dia memberitahu tahun ini akan memperlahankan aktiviti seni.
Keadaan penyakit asma mula serius lepas menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 lalu dan selepas itu dia sering mendapatkan rawatan di hospital.
Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi tadi.
Pada awalnya, jenazah Allahyarham telah tiba di kediaman beliau di Taman Pandan Perdana pada jam 1.15 awal pagi Isnin dengan menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam dari Hospital Parit Buntar. Jenazah dimandikan serta disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1 pada jam 9 pagi.
Atas permintaan keluarga, kami sarankan agar anda tidak menyebarkan lagi foto arwah yang sedang terbaring di media sosial lagi. Hormatilah beliau yang sudah pergi untuk selamanya.
Sumber Berita: mStar Online
(30 GAMBAR)Majlis Resepsi Sebelah Pengantin Lelaki Yana Samsudin & Fadzil Zahari
Posted: 09 Mar 2015 01:21 AM PDT
Amboi, amboi, amboi. Cantik, segak, jelita dan kacak sungguh pasangan pengantin baru kita ini. Hujung minggu lalu, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari telah bersanding sekali lagi di majlis resepsi sebelah pengantin lelaki di Kedah. Tampak meriah sangat majlis ini. Kedua-dua pengantin tampak sangat berseri-seri dengan pakaian pengantin serba hijau. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan.
Abang Nara tengok Yana makin cantik sejak bergelar isteri orang. Betullah kata orang perkahwinan itu membahagiakan, melengkapkan dan menyempurnakan kehidupan seseorang. Semoga kebahagiaan yang sedang dikecapi ini berkekalan buat selamanya buat Yana dan Fadzil.
Tahniah sekali lagi kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.
Alyah Sudah Lupakan Pergaduhan Dengan Suami, Sengaja Tak Pakai Cincin Kahwin
Posted: 09 Mar 2015 12:54 AM PDT
Januari lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka. Mungkin emosi amarah menguasai diri ketika itu. Namun kini sudah pun masuk bulan Mac 2015, segala peristiwa hitam itu telahpun dilupakan oleh Alyah.
Sering dihimpit persoalan tentang cincin perkahwinannya yang tidak nampak dijari, Alyah menjelaskan yang dia memang sengaja tidak mahu memakainya, bukannya kerana bergaduh dengan Datuk Ramli MS Kata Alyah:-
Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab. Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini (pergaduhan), saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah bergaduh dalam perkahwinan. Cuma jangan melampau-lampau sampai berakhir dengan perpisahan sudahlah. Bila bergaduh ia akan mengajar kita mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Tak gitu? Semoga Alyah dan Datuk Ramli MS akan terus hidup bahagia. Mana tahu tahun ini ada rezeki nak dikurniakan cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Seni biskut Oreo yang sangat cool
0 comments:
Post a Comment