Spekulasi Anak Kembar dan Lisa Surihani Enggan Ulas
Spekulasi Anak Kembar, Lisa Surihani Enggan Ulas, Yusry Bagi ‘Hint’ Di Instagram
Chef Wan – Bergaduh Tentang Asal Usul Popiah Memalukan
(9 GAMBAR)Nora Danish Di Anugerah MeleTOP Era 2015
Bagaimana Nak Mengaku Putus Cinta Jika Saya Tidak Pernah Mengaku Bercinta? – Sharnaaz Ahmad
(10 GAMBAR)Lisa Surihani Yang Dikhabarkan Hamil Anak Kembar
(40 GAMBAR)Sekitar Anugerah MeleTOP Era 2015
Johan Bolot Kemenangan Di Anugerah MeleTOP Era 2015
Spekulasi Anak Kembar, Lisa Surihani Enggan Ulas, Yusry Bagi ‘Hint’ Di Instagram
Spekulasi kehamilan anak kembar Lisa Surihani telah menyebabkan satu Malaysia tidak duduk senang hari ini. Semuanya excited dan tumpang gembira sekiranya berita tersebut adalah benar. Tambah menarik, rupa-rupanya Lisa Surihani dilahirkan bersama kembar. Malah keturuan pelakon jelita itu juga ada kelahiran kembar. Itu bermakna memang ada peratusan untuk Lisa Surihani menimang cahaya mata kembar.
Walaupun desas-desus ini sedang bertiup kencang, Lisa Surihani enggan membuat sebarang pengumuman atau pengesahan. Kata Lisa:-
Kalau betul Alhamdulillah tapi kenyataan itu bukan saya yang buat, bagi pihak saya lebih baik kami tidak umumkan apa-apa. Saya terima apa juga yang Allah kurniakan dan saya harap orang ramai juga mendoakan yang baik-baik untuk kami.
Saya dilahirkan sebagai kembar, begitu juga ayah dan sepupu saya. Saya harap semua orang hormati keputusan kita, jika saya tidak mahu berkongsi tentang sesuatu sudah pasti ada sebab tertentu dan masa yang tidak sesuai. Tapi saya rasa Yusry ada bagi hint dalam Instagram dia semalam tentang perkara ini.
Di bawah ialah gambar yang dimuatnaik oleh Yusry semalam. Berdasarkan ayat yang ditulis oleh Yusry, kemungkinan besar spekulasi kembar tersebut adalah tidak benar.
Kalau dapat kembar, Alhamdulillah rezeki. Kalau dapat sorang anak pun Alhamdulillah juga. Yang penting anak sihat dan dilahirkan sempurna. Tak sabar nak menanti. Semoga segalanya dipermudahkan buat Lisa dan Yusry. Sama-samalah kita doakan. Sumber Mstar Online.
Chef Wan – Bergaduh Tentang Asal Usul Popiah Memalukan
Posted: 22 Feb 2015 08:28 PM PST
Isu warga Indonesia tidak berpuas hati dan mendakwa pelbagai warisan budaya Malaysia berasal dari negara mereka bukanlah isu baru. Terbaru, 'Save Lunpia' yang diadakan oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FormasBudi).
Ia bertujuan untuk mendesak Malaysia agar tidak membuat tuntutan mengenai kulit popiah atau 'lunpia' yang dikatakan merupakan warisan asli Indonesia.
Chef selebriti Datuk Chef Wan telah memberikan komen mengenai isu itu di akaun Instagram miliknya. Beliau menyifatkan golongan itu berfikiran cetek dan pendek akal memandangkan popiah sebenarnya terdapat pelbagai versi di pelbagai negara, bukan sahaja di Malaysia.
Susah apabila manusia berfikiran cetek dan pendek akal mereka. Dah la kebanyakan mereka itu keluar negara sendiri pun tak pernah dan melihat popia atau Spring Roll need di serata dunia orang dan reka berzaman zaman lagi menguna pelbagai nama. From negara China tu Filipina yg mereka panggil Lumpia sehingga la ke Mexico yg diberi nama Chimicanga dan mcm2 lagi la.
The idea is always the same.Food that is wrap and roll lalu di goreng. Even di Thailand pun mau pun Vietnam have their own version of Spring roll..tak pulak mereka2 itu meyalak ke negara Asing seperti apa yg Indonesia is doing. Sungguh memalu kan.
Tak ada issue lain ke nak cari pasal? Dah la dunia di luar itu kecoh orang bergaduh pasal all kind of issue ini kita Allah turun kan makanan enak2 supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat dan bukan suruh berperang. Islam ke orang2 mcm tu?
Komen Chef Wan memang ada benarnya kerana popiah atau spring roll dalam bahasa Inggeris dikatakan merupakan makanan cina. Ia boleh diisi dengan pelbagai jenis inti bergantung kepada tempat dan popiah Malaysia ialah versi Malaysia dan tidak sama dengan popiah di negara itu.
Ia juga sama dengan isu batik, di mana mengikut Wikipedia, batik berasal dari negara China dan juga Mesir. Batik Indonesia dan batik Malaysia berbeza dari segi corak setelah melalui peredaran masa dan pengaruh setempat dan langsung tidak sama serta menghasilkan corak yang berbeza.
Mungkin rakyat yang tidak gembira akan mencari satu-satu isu walaupun yang remeh dan tidak masuk akal, apa saja yang boleh membuat mereka lupa akan kekurangan dalam kehidupan seharian mereka.
Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada, memang tak cool langsung bila berebut dan bergaduh tentang makanan yang merupakan kurniaan dan nikmat tuhan untuk umat manusia. Tak gitu?
(9 GAMBAR)Nora Danish Di Anugerah MeleTOP Era 2015
Posted: 22 Feb 2015 06:54 PM PST
Kehadiran Nora Danish di mana-mana majlis anugerah sememangnya akan mencuri perhatian ramai. Walaupun sudah berusia 30-an, Nora tetap tampak muda dan macam budak baru lepas SPM. Wajahnya yang keanak-anakan memang menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengannya. Di Anugerah MeleTOP Era 2015, Nora Danish bergandingan dengan Datuk Rosyam Noor untuk menjadi penyampai anugerah buat salah satu kategori yang dipertandingkan.
Semoga tahun 2015 ini Nora Danish akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dan cepat-cepat dipertemukan jodoh dengan insan yang teristimewa. Pasti ramai yang tak sabar mahu menatap kelibat Nora di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
dapat kembar rezeki berganda..bukan semua orang dapat keistimewaan begini
ReplyDeleteya bro. bkn semua.. tahniah kepada mereka.
Delete