Rindu Awak 200% Ungguli Carta Carian Google 2014 Untuk Kategori Siri TV

Felixia Yeap Selebriti Paling Banyak Dicari Di Google Sepanjang Tahun 2014
Putri Mardiana Berbohong, Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri
Shahrol Nafi Bermasam Muka Dengan Ajak
(26 GAMBAR)Sekitar Majlis Perkahwinan Wan Raja & Yaya Maembong Oleh LensaPhora
(50 GAMBAR)Sekitar Majlis Perkahwinan Faralyna & Fikri

Nampaknya memang sah siri tv paling hebat untuk tahun 2014 ialah Rindu Awak 200%. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang telah demam melihat aksi romantik Zul Ariffin dan Ayda Jebat dalam drama ini. Kehebatan lakonan mereka berdua dalam drama tersebut menyebabkan sehingga ke hari ini orang ramai masih lagi bercakap mengenainya. Malah nama Ayda Jebat daripada tidak dikenali terus menjadi popular. Sementara Zul Ariffin terus menjadi lelaki idaman Malaya.
Abang Nara ada menulis beberapa artikel mengenai Rindu Awak 200% terutamanya tentang Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Berikut ialah artikel-artikelnya:-
1. Kaki sado Zul Ariffin jadi bualan ramai
2. Peminat mahu Zul Ariffin dan Ayda Jebat kahwin
3. Gambar kemesraan Zul Ariffin dan Ayda Jebat buat peminat teruja
4. Zul Ariffin akui peluk peminat wanita di Langkawi
Menariknya di tempat kedua untuk kategori siri tv ini ialah drama Ariana Rose. Menariknya episod akhir drama ini ditayangkan pada bulan Februari 2014. Walaupun ada lebih kurang 10 bulan selepas itu, ternyata drama ini mempunyai pengikut yang amat ramai sehingga berjaya menempatkan diri di tempat kedua. Untuk makluman, episod akhir Ariana Rose telah ditonton oleh 4.5 juta orang sekaligus memecahkan rekod yang ada. Drama ini juga telah melonjakkan nama Keith Foo dan Hisyam Hamid.
Berikut ialah senarai penuh siri tv yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun 2014.
1. Rindu Awak 200%
2. Ariana Rose
3. Projek Memikat Suami
4. ?? ?? (Line Walker)
5. Temptation of Wife
6. Aku Isterinya
7. Doctor Stranger
8. Deivamagal
9. Jika Itu Takdirku
10. ?? (Ruse of Engagement)
Tahniah diucapkan kepada kesemua penerbit siri-siri tv tempatan terutamanya yang berbahasa Melayu. Semoga tahun 2015 akan ada drama yang lebih hit lagi.

Setiap tahun, Google selaku enjin carian paling hebat di cakerawala akan mengeluarkan statistik pencarian mereka. Untuk tahun 2014, Abang Nara agak kecewa kerana BeautifulNara tidak termasuk di dalam senarai. Tapi tak apa, tahun depan kalau tak ada juga Abang Nara nak resign terus. Hehehe. Apa pun, untuk tahun 2014, Felixia Yeap merupakan selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun.
Untuk anda yang tidak mengenali gadis ini, Felixia Yeap telah pun memeluk agama Islam pada bulan Ramadhan tahun ini. Model yang pernah menghiasi beberapa majalah antarabangsa ini telah memilih nama Raisyyah Rania sebagai nama Islamnya. Sebelum memeluk Islam, Felixia Yeap telah pun terlebih dahulu bertudung dan menutup aurat menyebabkan namanya menjadi bualan. Amoi comel la katakan. Hehehe.
Di tempat kedua tak lain tak bukan ialah Hanez Suraya. Nama pelakon ini cukup popular sepanjang tahun 2014 kerana kontroversi dengan suami orang, Romie. Hanez juga telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta Liyana Manan, isteri kepada Romie agar meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya tahun 2014 adalah tahun yang kurang baik buat Hanez. Semoga tahun 2015 akan membawa sinar yang lebih cerah kepada pelakon jelita ini.
Berikut ialah 10 tempat teratas selebriti yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2014. Wak Doyok pun ada tau. Jangan main-main dengan kepopularitan abang berjambang ini.
Ikuti juga senarai-senarai lain termasuk filem tempatan yang paling banyak dicari di Google 2014. Selamat membaca.

Kalau semalam Putri Mardiana memaklumkan yang kekasihnya, Ejump telah pun menceraikan isterinya di mahkamah semalam. Namun menerusi makluman terbaru yang Abang Nara terima iaitu daripada orang terdekat kepada isteri Ejump sendiri, kes penceraian mereka masih lagi berlangsung dan ia hanya akan dibicarakan pada bulan 2 tahun hadapan. Ini bermakna Ejump masih lagi berstatus seorang suami sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Putri Mardiana.
Menariknya isteri kepada Ejump sendiri turut sama memuatnaik status yang menyatakan kes penceraiannya masih lagi berlangsung dan belum selesai seperti yang dikatakan oleh Putri Mardiana.
Kepada Ejump, lepaskanlah sahaja isteri anda secepat mungkin. Tak perlu nak dera mental, fizikal dan emosi seorang isteri dan ibu. Kalau dah tak suka dan dah ada pengganti, tunggu apa lagi? Janganlah diperkotak-katikkan hak seorang wanita. Kesian pulak Abang Nara tengok nasib yang menimpa isteri anda. Semoga cepat-cepat ada jalan penyelesaian. Sumber Astro Gempak.
Shahrol Nafi Bermasam Muka Dengan Ajak
Persembahan kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sememangnya dinantikan oleh Abang Nara setiap minggu. Iyerlah, masa Maharaja Lawak Mega musim sebelum ini, lawak mereka memang kelakar. Sayangnya untuk tahun 2014 ini, kumpulan Shiro masih kurang menyengat. Lawak biasa-biasa je. Boleh dikatakan kumpulan Zero punya lawak lagi kelakar daripada mereka.
Kalau sebelum ini Shahrol pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu, baru-baru ini pelawak tersebut dilihat bermasam muka terhadap pasangannya sendiri, Ajak. Ada dakwaan yang menyatakan mereka berdua pura-pura akrab dan profesional di hadapan orang ramai untuk menyembunyikan konflik yang tercetus. Namun menurut Shahrol, dia tidak berperang dingin dengan Ajak sebaliknya kecewa dengan produksi MLM2014. Kata Shahrol:-
Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut rancangan. Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka, jadi tersebarlah cerita begini.
Pastinya para peminat Shiro menarik nafas lega mendengar penjelasan Shahrol ini. Agak rugi kalau Ajak dan Shahrol bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika MLM2014 sedang berlangsung. Nanti tak dapatlah nak buat yang terbaik. Apa pun, diharapkan Shiro akan meningkatkan mutu persembahan mereka minggu ini. Jangan terlalu selesa dengan nama anda. Peminat sekarang sudah bijak dan tak takut untuk tidak mengundi mereka yang membuat persembahan tak kelakar. Sumber Harian Metro.

Fuh~~ Ramai juga selebriti tanah air yang telah melangsungkan perkahwinan semenjak dua menjak ini. Alhamdulillah. Wan Raja dan Yaya Maembong juga telah selamat bergelar suami isteri pada hujung minggu lalu. Kedua-duanya nampak sangat cantik berseri-seri di majlis persandingan. Klasik sangat gaya yang ditampilkan. Abang Nara suka!!!
Wan Raja turut dilihat bersilat ketika majlis resepsinya itu. Memang sempoi. Muka pun dah macam pahlawan Melayu. Tengok gambar pun Abang Nara dah boleh rasa kemeriahan majlis yang diadakan. Ketika majlis pernikahan, kedua-duanya telah memakai persalinan pengantin berwarna putih. Memang sama cantik sama padan.
Semoga perkahwinan Wan Raja dan Yaya Maembong berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit gambar LensaPhora.

Posted: 15 Dec 2014 06:55 PM PST
Sama cantik sama padan. Suka Abang Nara melihat wajah gembira pasangan pengantin baru, Faralyna dan Fikri yang telah pun selamat bergelar suami isteri pada hujung minggu lalu. Majlis pernikahan telah diadakan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya manakala majlis resepsi telah dilangsungkan di sebuah dewan di One City Subang Jaya. Kedua-dua mempelai kelihatan amat cantik berseri-seri.
Semoga perkahwinan Faralyna dan Fikri ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat serta dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk menyerikan lagi hidup mereka. Selamat menjalani kehidupan baru dengan orang tersayang sentiasa di sisi menemani.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Faralyna dan Fikri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.
P.S: Ford Focus edisi khas pada harga RM132K

0 comments:
Post a Comment